Assalamualaikum semua..
alhamdulillah k.An kembali bersiaran setelah agak lama merehatkan diri dari blog ni.. Masih belum pulih 100%, tapi anak-anak, alhamdulillah dah sihat semuanya. K.An masih batuk dan sakit-sakit badan..
Allah dah bagi sihat lama, sekali-sekala demam dan sakit ni kita terima sebagai penghapus dosa kan.. Dalam tempoh seminggu ni berat badan K.An turun lagi 2 kg. Jadi kepada yang kali terakhir jumpa, kata K.An dah susut, tengok sekarang...laaagi susut. Kelakarnya, dalam 3 hari ni dah 2 orang yang menjengah di pintu bertanyakan tuan rumah.. ada yang kata panggilkan mak kepada K.An... heheh... Sorry ye.. kat rumah ni sayalah mak..!!
Oklah... banyak yang berlaku dalam tempoh seminggu... yang gembira, sedih dan macam-macam lagi. Adik K.An pun dah selamat bertunang minggu lepas.. selesai satu peringkat. InsyaAllah bulan Disember nanti satu peringkat lagi menyusul.
Ketika majlis minggu lpeas, kami di Putrajaya diamanahkan menyediakan pulut kuning dan rendang sebagai mengisi salah satu dulang hantaran. Dah lama tak cuba resepi tradisi perak, ada peluang , sesuai sangat rasanya kalau pulut kuning tu dipadankan dengan Rendang Tok Perak.. Alhamdulillah memang sedap. Sambil mengacau rendang, hampir semangkuk masuk mulut tukang kacau dulu....hihih...
1 kg daging (biasa)- dipotong dadu, jika guna daging batang pinang, potong besar-besar agar tidak hancur ketika dikacau.
1 kati bawang merah- resepi lama guna Kati-.....heheh
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering- rebus lembut dan kisar halus
1 peket kecil rempah kari daging
2 inci halis
1 inci lengkuas
10 batang serai
3 biji kelapa- diambil 5 mangkuk santan
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
1 sudu kecil jintan putih-disangrai wangi
1 sudu kecil biji ketumbar
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Giling atau kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, ketumbar, jintan hingga halus.
2. Gaulkan bahan giling tadi, cili kisar, kerisik dan rempah kari dengan daging. Perap selama 10 minit.
3. Masukkan daging dan semua bahan perapan ke dalam kuali dan jerang atas api sederhana. Masukkan santan.
4. Apabila mendidih, kacau sekali sekala agar semua bahan mesra. Proses mengambil masa lebih kurang 2 jam.
5. Bila rendang mula pekat (gambar 3) masukkan garam, gula dan serai yang diketuk. Masukkan juga daun kunyit dan daun limau purut yang dihiris halus. (K.An suka rasa rendang waktu ni.. sangat sedap. Kalau tak nak kering dan nak berkuah, bolehlah dihidangkan masa peringkat ni sahaja..)
6. Perlahankan api dan kacau rendang hingga kering dan berwarna gelap.
4 comments:
giling kesemua bahan-bahan tu?
err kak, blend je takleh ke?
mana pulak teman nak carik penggilingnye.
boleh je nak guna blender... tak lari rasanya.. resepi tu, resepi dulu2 zaman tak ada blender.. ada batu giling je.
Alhamdulillah akak dah sihat sikit yer... rendang tue nampak best la kak an... makan dgn pulut mesti best sgt tue....
hari tu sibuk + taksihat... tak sempat snap full presentation ngan pulut kuningnya... tunggu orang lain pulak bertunang, kita ambik gambar lain... makan ngan pulut..saangat sedap
Post a Comment