Friday, May 22, 2009

Tak Jadi tapi Sedaaap.. Slice Cheese Cake

Buat pertama kalinya K.An tak rasa kecewa bila kek yang K.An buat tak jadi sama macam resepi asal... hahhaah.. Sebabnya, walaupun tak jadi tapi dia jadi versi lain yang tak kurang sedapnya... Panjang salasilahnya kek keju ni,tapi dipendekkan cerita. K.An salin daripada blog Hana Resepi Pandan Slice Cheese Cake . Hana belajar daripada rosonigiri Terliur nengoknye.."
Tapi kenapa agaknya K.An buat jadi 2 lapis pulak ye..? Lapis atas tu memang lembut dan gebu, lapisan bawah macam puding lemak manis keju..Dah 2 kali buat sama juga.. A.Azam kata.. bior jelah..yang penting sedaaap.. (Mungkin sebab jenis cheese kot... nanti cuba jenama lain pulak.. tengok macamana hasilnya.

Bahan-bahan:

4-5 keping cheese (k.An guna 4 keping)

200 ml susu segar

70gm butter

70 gm tepung gandum (ayak dahulu)

70 gm gula

4 biji telur saiz M

esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Potong/ gunting kepingan keju kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar. Masukkan ke dalam periuk. K.An guna kaedah 'bain-marie' ikut cara Mat Gebu. Gunakan api perlahan dan biarkan keju cair. Kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Dalam bekas lain, asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali, campurkan meringue ke dalam aduanan tadi dan beberapa titik esen vanilla. Gunakan cara kaup balik supaya adunan cepat rata. Glis acuan kek dengan margerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek ke dalam acuan.

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu ke 140 darjah selama 40 minit. Gunakan acuan kek berukuran 20 cm dan letakkan sedikit air di bawah loyang (kaedah 'bain-marie')untuk mendapatkan kek yang halus.

Apabila kek masak-, sejukkan sebelum dikeluarkan daripada loyang... selamat mencuba... tengok yang mana satu hasilnya..heheh

***tolong Hana.. tolong Mat..!! Kenapa kek akak jadi gitu..?

*** Tips daripada Ros empunya resepi: Bahagikan meringue kepada 3 bahagian dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam aduanan. Gaul menggunakan senduk kayu dan jangan 'over-mix'


9 comments:

Mat Gebu said...

kak..walau pun tak jadi...org mesti ingat akak buat kek versi baru..kalau tak cerita..sure semua mintak resipi, sebab unik...

Raihan Shaari said...

Mat.. Macam tu le hubby akak kata. Jadi macam puding lapis kek..kikik... alhamdulillah laku juge dan habis liciiin.. tapi nanti akak nak cuba lagi buat kek ni sampai jadi.. memasak ni tak boleh putus asa kan..?

hana said...

mmula td kita tgk pon suspen jerk! igtkan akak wat resepi br dr kek slice cheese tuh! ghupernyer salah lorong yer! hihihi...

tk tau la kenapa jd gtu k.an... rasanya masa akak campurkan adunan tuh kurang sebati kot.. ataupon maybe silap cis.. akak gune cis apa yer? tp yg atas tuh nmpk elok pulak! hmmmm.. konpius juga nih...

ppon jgn putus asa kak yer.. mmg btol kek nih wpon tk jd samada bantat ke hapa ker tetap menten sedap! kita pon dh byk kali buat dan mcm2 pengalaman ader! hikhikhik

hana said...

opsss satu lg soklan.. masuk air ke kak bwah tuh??

Raihan Shaari said...

kelakar pulak jadinye Hana... hahah.. bawah tu tak masuk air coz akak guna loyang biasa je. First time buat rasa pandan, jadi gitu juga. akak x snap gambar. kek habis juge... 2nd time akak snap je..tak ingat pulak jenama cis tu..dah buang peket dia. akak dah beli cheesedale, nak try buat lagi. Agaknya mcm ros kata, over mix kot...

adawiyah said...

salam... kak kita buat cake ni jd mcm ni gak... kita pakai mother's choice nyer cheese...
pas ni nak try wat lg... yg atas dia ok dah... tp bawah tu... hehehehhe terasa cheesenyer....

fawwaznuha said...

salam kak

dah lama entri ni ye

saya try kali ke 2 kek ni, sama mcm akak..nape ye? semua step2 dah follow..ph ya sy ikut resepi light cheese cake k.hasue

Raihan Shaari said...

fawwaznuha: K.An dah try kali ke-3, akhirnya menjadi elok. Ikut step yang ros cadangkan. Satu lagi K.An masukkan putih telur yang betul2 kental je.. alhamdulillah ok.. ada kt entry satu lagi. cuba search kt cari resepi tu.

ierah_myra said...

kali pertama saya buat kek ni cantik je menjadi.. kali kedua smpai ke 6 xjadi.. jd macam akak punya.. sedih...dah la skrg kat jepun,..nk cr ovallet susah.. huwarghh sedih... xtahu la knp tiap kali buat mesti jd dua layer mcm ni..tp x konsisten.. ad ayg layer nipis ada yg layer tu ditengah2.. tension giler buat kek no.. sedih sgt2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin