Melawat Asma' di SMAPK. Sambil itu berkelah bawah pohon rambutan di tepi padang.
Saturday, June 25, 2011
Thursday, June 23, 2011
Kelas Coklat Bersama Siti
Alhamdulillah, pada 5 Jun 2011 yang lepas, K.An berkesempatan mengikuti Kelas Membuat Coklat bersama Siti di rumah beliau di Seri Kembangan. Terima kasih banyak K.An ucapkan kepada Siti yang sudi berkongsi ilmu dan pelbagai tips berguna bagi menghasilkan coklat yang bermutu dan sedap. Seronok juga bersembang dengan siti dan suminya Wan yang merupakan usahawan dari rumah sahaja... Inspirasi mereka memberi semangat kepada K.An untuk terus melangkah ke depan walaupun secara kecil-kecilan di rumah. Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas yang sama, bolehlah rujuk blog Siti di ShOcOlat's House untuk pelbagai pakej menarik.
Anak murid bersama Cikgu Siti
Zaini dan Tisha yang turut serta di kelas tersebut
Hasil kerjatangan K.An dengan bimbingan Siti
Sesiapa yang berminat nak menempah, boleh e-mail K.An di raihanshaari@gmail.com ye atau mesej K.An di Facebook Raihan Shaari.
Selain untuk dimakan sendiri, coklat ini sesuai dijadikan buahtangan untuk harijadi anak-anak, kenduri kahwin dan hadiah untuk yang tersayang. Yang penting, bahan-bahan yang digunakan dijamin Halal.
Wednesday, June 22, 2011
Karipap Sejuk Beku
Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi kita menghirup udara segar di bumi bertuah ini.... apapun yang kita lakukan, jangan lupa niatkan kerana Allah. Barulah dapat pahala ibadah dan menjadi bekal kita di akhirat nanti InsyaAllah.
Hari ini, K.An kongsikan resepi karipap sejuk-beku yang selalu K.An buat di rumah ni. Setakat ni belum sempat nak menjual sebab makan sendiri pun tak paus-puas. Semuanya 'hantu' karipap. Tambah pulak kalau, siap goreng, masukkan dalam bekal, berkelah sambil jalan-jalan kat dalam kereta. Belum keluar dari Presint 8, semuanya dah liciiin. Entah bila nak menjualnya..hehehheh..
Resepinya lebih kurang sama dengan resepi yang K.An kongsikan sebelum ni. Cuma yang ini K.An gunakan semuanya minyak masak.. Tak guna margerin... Boleh cuba sendiri nanti.
Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 35 biji karipap)
400 gm tepung gandum
80 gram minyak masak
1 sudu teh garam
120ml-150 ml air ais- air yang disejukkan di dalam peti ais
Cara membuatnya:
Sila rujuk di entry yang lepas Cara-cara membuat karipap menggunakan mesin mee. Resepi inti karipap pun dah ada... kalau nak gamti atau tambah daging yang dicincang pun boleh.. Ada juga yang sukakan rasa udang kering, boleh juga tambah sedikit.
Dah siap karipap, simpan dalam bekas yang dialas plastik Setiap lapisan karipap pun kena letak plastik agar tidak melekat antara satu sama lain. Tips penting, karipap perlu dikeluarkan dari bekas, ketika beku agar tidak melekat antara satu sama lain. Cara lain, goreng karipap separa masak, dan simpan beku. Lebih cepat dan mudah ketika digoreng kali kedua.
***satu lagi tips penting dari tokey-tokey karipap sejukbeku, Ilahjy dan Beuty of Maya... bakar karipap yang dah siap dalam oven selama 10 minit sekadar mematikan tepung. Lepas baru disimpan di dalam bekas bertutup dalam freezer. InsyaAllah karipap tidak akan melekat ketika hendak digoreng.
terima kasih ye...
Fluffy Pancake
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera semua...
Kepada yang ada di rumah dan belum bersarapan, pagi ni bolehlah cuba buat penkek sendiri... dengan sedikit bahan yang mudah, boleh dapat 5 X ganda jumlah penkek berbanding harga yang sama di restoran makanan segera yang menghidangkan menu sama... (K.An cuma rasa agak tidak munasabah harga yang dikenakan untuk 2 keping penkek dengan golden syrup...ishk..ishk..ishk..)
Sebelum ni K.An dah pernah kongsi resepi penkek versi K.An. Tapi kali ni K.An nak kongsi resepi yang laaagi mudah diingat, yang kawan merangkap Junior K.An di UIAM dulu (Nurbani) kongsikan.
Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 7- 10 keping penkek-ikut saiz)
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur A/B
1st baking powder
1 sudu besar minyak masak
Cara membuatnya:
2. Selepas 30 minit, panaskan kuali leper dan lenserkan dengan sedikit margerin. Gunakan api kecil. Sendukkan adunan secukupnya ke atas kuali. Biarkan seketika kerana adunan akan mengembang sedikit ketika dimasak. Bila penkek meletup-letup, bolehlah diterbalikkan. Biar masak seketika dan boleh diangkat.
3. Ulang proses hingga habis adunan. Bila siap, bolehlah dimakan bersama madu, krim atau sambal sardin... hmmm, yummy...
Kalau ada sesiapa yang kata buat penkek susah, memang tak patut.... Bahan senang, cara menyediakan senang, nak masak pun senang. Makan, lagi lah senang. .... Jangan hairan kenapa K.An kata macam ni ye, bukan marah, cuma nak membuktikan hakikat kepada orang yang sebut ayat susah tu... heheheh...
***sebenarnya baru-baru ni, anak kedua K.An -Asma' nak masak penkek untuk projek sarapan Kemahiran Hidup. Cikgu dia tak bagi sebab katanya itu untuk tahap Tingkatan 3. Tingkatan 1 ni buat yang senang-senang je.... hisssh... cikgu ni.. tak patut. Pssst.. jangan bagitau sesiapa yang berkaitan ye...hehehheh..
Apapun, jutaan terima kasih Bani untuk resepi yang best ni.... K.An buat dua adunan dan bagi jiran sebelah ... dia kata, cantik sangat penkek ni sampai sayang nak makan... heheheh..kelakar la Kak Lin.." Saya bagi ni untuk makan la,.jangan pandang je...."

Ramai yang tanya, apa bendanya 'whisk' tu.. Ianya adalah alat mengacau adunan/ bater yang agak cair seperti adunan mafin, ketayap, kuih talam dan penkek. Boleh beli dari pasaraya atau kedai barang-barang peralatan dapur atau kedai pembekal bahan-bahan kek.
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk adunan. Gaul sebati menggunakan whisk hingga adunan licin. Tutup dan biarkan 30 minit.
2. Selepas 30 minit, panaskan kuali leper dan lenserkan dengan sedikit margerin. Gunakan api kecil. Sendukkan adunan secukupnya ke atas kuali. Biarkan seketika kerana adunan akan mengembang sedikit ketika dimasak. Bila penkek meletup-letup, bolehlah diterbalikkan. Biar masak seketika dan boleh diangkat.
3. Ulang proses hingga habis adunan. Bila siap, bolehlah dimakan bersama madu, krim atau sambal sardin... hmmm, yummy...
Kalau ada sesiapa yang kata buat penkek susah, memang tak patut.... Bahan senang, cara menyediakan senang, nak masak pun senang. Makan, lagi lah senang. .... Jangan hairan kenapa K.An kata macam ni ye, bukan marah, cuma nak membuktikan hakikat kepada orang yang sebut ayat susah tu... heheheh...
***sebenarnya baru-baru ni, anak kedua K.An -Asma' nak masak penkek untuk projek sarapan Kemahiran Hidup. Cikgu dia tak bagi sebab katanya itu untuk tahap Tingkatan 3. Tingkatan 1 ni buat yang senang-senang je.... hisssh... cikgu ni.. tak patut. Pssst.. jangan bagitau sesiapa yang berkaitan ye...hehehheh..
Apapun, jutaan terima kasih Bani untuk resepi yang best ni.... K.An buat dua adunan dan bagi jiran sebelah ... dia kata, cantik sangat penkek ni sampai sayang nak makan... heheheh..kelakar la Kak Lin.." Saya bagi ni untuk makan la,.jangan pandang je...."
Friday, June 17, 2011
Roti dan Bun Kismis
Mata K.An ni dah layu sangat dengan mulut ni asyik menguaaap je, akibat tidur 2 jam je malam tadi... Bukannya K.An on-call doktor atau rukun tetangga yang bertugas, tapi kejadian menyiapkan tempahan Pulut Kuning Datin Salbiah dan anaknya Faiz... Alhamdulillah siap juga ikut masa yang diingini... Terima kasih datin sebab teringatkan saya bila nak 'order' pulut kuning. Terima kasih juga sebab Datin banyak tolong K.An masa hari pemergian Arwah Munirah.. Almaklum, masa tu, K.An rasa macam kosong je...tak pasti apa yang nak dibuat dulu...Kalau Datin dan kerabat pejabat Abang Azam tak ada, boleh pitam juga K.An dibuatnya...
Petang ni K.An bukan nak cerita pasal pulut kuning, tapi nak ajak semua buat roti... Yuk buat roti kata Chef Wan... (nak cerita pulut kuning pun tak boleh sebab semuanya dah licin, tak sempat nak ambik gambar..hihihi..)
Resepi roti Kismis ni dipetik daripada Buku Aneka Roti yang diselenggarakan oleh Sa'adiah Mohamad, terbitan Alaf 21.
Bahan-bahan:
450 gm tepung roti (tepung berprotein tinggi)
100 gm kismis hitam
40 gm margerin dicairkan
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh rempah campur/ mixed spice (K.An tak letak pun)
Bahan A dilarutkan
50 gm gula kastor
7 gm yis kering segera
150 ml susu segar
100 ml air suam
Bahan ising disatukan
35 gm gula kastor
sedikit air suam
Cara membuatnya:
1. Ayak tepung, rempah campur dan garam dalam mangkuk adunan. Masukkan kismis hitam, telur dan margerin. Gaulkan hingga rata.
2. Tuangkan bahan A. Uli doh hingga lembut dan kenyal. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap atau tuala dapur. Biar doh naik dua kali ganda selama 1 jam.
3. Selepas 1 jam, tumbuk doh dan bentukkan ikut citarasa. Masukkan ke dalam loaf tin yang telah di gris. Biarkan doh naik lagi hingga memenuhi tin.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius. Bakar selama 20 minit atau roti keperangan. Ketika roti masih panas, sapukan ising.
***K.An bahagi 2 adunan. satu dijadikan loaf, satu lagi dibulat-bulatkan... inilah hasilnya...
Bun nak macam sama dengan pipi Maryam....hehehhehh
Thursday, June 16, 2011
Bendi Goreng dengan Telur
Tiada ucapan yang lebih bermakna selain ucapan Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua... walau berjuta kali diucap, namun itulah yang kita ucapkan setiap hari bila bertemu orang lain kan... mendoakan keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan adalah yang terbaik tanpa mengira masa dan tempat.
Pagi ni, tak perlu cerita panjang lebar sebab, ramai yang sibuk zaman sekarang ni... semuanya nak cepat. Jadi, kita tengok resepi sayur yang ringkas daripada K.An... resepi turun-temurun tok nenek, mak, kakak... semuanya dah biasa dengan aneka sayur goreng dengan telur ni. K.An pun dah pernah kongsikan di periuktanah, kacang panjang goreng telur dan tauge goreng telur. Macam-macam sayur boleh dimasak sebegini seperti, kobis bulat, kobis panjang, sawi dan selom.
Bahan-bahan:
5 tangkai kacang bendi- potong serong 1cm tebalnya
1 biji telur
3 ulas bawang merah dihiris
1 tangkai cili merah-hiris serong juga
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih kacang bendi dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan cili merah. Masukkan kacang bendi. Tambah sedikit air (1/4 cawan) dan tutup periuk.
2. Masak seketika. Buka tudung periuk dan pecahkan telur. Biar telur masak sedikit dan kemudian kacau rata. Tambahkan garam secukupnya. Kacau sedikit hingga airnya kering. Matikan api dan sedia dihidang.
Tuesday, June 14, 2011
Gulai Tempoyak Ikan Keli dan Tauge Kasar
Sudah 2 hari sesi persekolahan dimulakan dan seperti biasa selesai juga sesi melayan anak-anak selama 2 minggu... Kembali sahaja dari kampung, K.An kerah anak-anak supaya menyiapkan kerja-kerja sekolah.. Sambil-sambil tu ajar buat kerja-kerja rumah yang mudah. Walaupun penat mulut juga dibuatnya, tapi kalau tak dilatih, takut nanti sampai ke tua kekok nak menolong orang tua... paling kurang setakat nak sidai kain, lipat kain, sapu sampah, kemas bilik sendiri, buat air dan cuci pinggan mangkuk boleh diharap.. Betul tak..?
Selain sibuk dengan anak-anak, K.An juga tolong jagakan anak kecil kawan Kak An, Mimi yang ditimpa masalah biasa zaman sekarang... apa lagi kalau tak 'bibik' lari... atau dalam bahasa ibunda mereka... 'kaburrr'.. K.an tak ada masalah nak tolong, lagipun ada Asma' dan Sarah yang membantu.. Kesian Mimi.. kenalah cari pembantu yang lain.
Bila sibuk, K.An pun masak yang senang-senang je.. tak sempat nak kejar sana-sini. Teringat resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli dalam majalah Saji yang disiarkan dalam Edisi Februari 2009... Mari kita Cuba.

Bahan-bahan: hidangan untuk 5 orang
3 ekor ikan keli- dibersihkan dan potong ikut citarasa (K.An potong 3)
4 sudu besar tempoyak
10 tangkai cili api- kurangkan kalau tak tahan pedas
2 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
sedikit daun kesum
1 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa
3-4 cawan air
50 sen tauge kasar dibuang akarnya
Cara membuatnya:
1. Tumbuk/ kisar lumat cili padi, cili merah, kunyit hidup dan bawang merah.
2. Masukkan air, bahan kisar/ ditumbuk ke dalam periuk. Didihkan. Kacau rata dan masukkan ikan. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Perlahankan api dan biar mereneh selama 10 minit. Akhir sekali masukkan tauge kasar. Kacau sedikit dan matikan api. Sedia dihidang bersama nasi panas...
*** masak lauk macam ni, ikut citarasa masing-masing. Kalau suka kuah lebih pekat, tambahkan tempoyak. Kalau suka pedas, tambahkan cili. Begitu juga, rasa masam,manisnya... pandai-pandai le nak tambah ye..

Cuba ye, jangan tak cuba...!!
Tuesday, June 7, 2011
Lepat Ubi Kayu
Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera semua... seperti biasa, bila lama tak ke udara ni, bermakna, K.An dan keluarga ke tempat lain, berehat ataupun balik kampung. Almaklum, cuti sekolah. Awal-awal lagi kami balik sebab nak melapangkan minggu kedua untuk anak-anak menyiapkan kerja sekolah... Alhamdulillah, terasa keberkesanannya.
Bila balik kampung, jiwa kampung pun terasa... kikihkih.... Memang sah, K.An orang Melayu asli... tekak ni dah sebati dengan kuih-muih kampung dan masakan kampung. Kalau nak diselang-seli dengan menu lain tu, sekali-sekala bolehlah...
Jadi pagi ni, apa lagi, jom kita layan resepi kuih tradisonal Melayu yang dinamakan Lepat Ubi Kayu... Resepi K.An sendiri ikut selera K.An dan citarasa yang diturunkan oleh Mak tercinta Hjh Selamah...
Bahan-bahan: Menghasilkan lebih kurang 10- 12 batang lepat ikut saiz
2 cawan ubi kayu siap diparut- K.An tak beri sukatan dalam kg, sebab ubi kayu ni bila kita beli, kadang-kadang berkayulah, tak elok lah... bila diparut akan menyusut... Jadi ikut sukatan cawan yg K.An beri ni untuk ketepatan. (beli lebih kurang 1 1/2 kg, kalau lebih boleh buat kuih lain atau direbus begitu sahaja)
1 cawan pati santan
1/2 cawan gula pasir (boleh campur atau ganti dengan gula merah jika suka)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning- jika guna gula merah, tak perlu letak
Daun pisang yang dilayur secukupnya. Pastikan tidak berlubang agar adunan tidak terkeluar ketika membungkus.
Cara membuatnya:
1.Campurkan semua bahan di dalam satu mangkuk. Gaul Rata.
2.Panaskan pengukus dan didihkan air sementara proses membungkus. Isikan satu sudu besar adunan atau lebih (ikut saiz kegemaran) dan bungkus kemas seperti membungkus lepat lain. Susun di dalam periuk pengukus. Gaul adunan di dalam mangkuk adunan sekali sekala agar bahan-bahan sekata sebelum disudukan ke atas daun pisang.
3. Buat hingga habis adunan. Kukus dengan api kuat selama 15 minit. Angkat dan sejukkan lebih kurang 30 minit sebelum dihidang. (tak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk)
Selamat mencuba...
Monday, June 6, 2011
Pakej Iklan
Alhamdulillah, ramai tetamu yang telah mengunjungi PeriukTanah. Sehingga Jun 2011, K.An telah menerima lebih 240 ribu hits. Kunjungan purata sehari mencecah 300 hits.
Ada tetamu yang memohon beriklan di PeriukTanah. Jadi untuk tidak menghampakan, K.An buat 2 pakej iklan di sini:
Pakej 1 : Iklan bersaiz (+/-) 468 x 60; sewanya RM25 sebulan. Kalau ambil 4 bulan, K.An bagi percuma tambahan 1 bulan. Contohnya seperti ini:

Pakej 2 : Iklan bersaiz (+/-) 200 x 60; sewanya RM15 sebulan. Sama juga, kalau ambil 4 bulan, 1 bulan tambahan percuma K.An bagi.

Untuk beriklan, mudah sahaja:
Masukkan bayaran ke akaun Bank Rakyat 220591102469 Raihan binti Shaari. Kalau dari bank lain pun tak ada masalah, boleh guna kemudahan interbank giro transfer.
Emelkan butiran iklan ke raihanshaari@gmail.com seperti berikut:
nama
jenis iklan dipilih (1 atau 2)
tempoh sewaan (dalam bulan)
no tel untuk dihubungi
lampiran banner (anda boleh buat dengan percuma di laman bannersnack.com atau bannerfans.com)
link banner
bukti pembayaran (slip bank)

Tuesday, May 24, 2011
Sarapan Roti dengan Kuah Tomato
Alhamdulillah.. hari ni dapat lagi kita bersua muka di laman periuktanah, Laman Resepi dan Cerita Masak-masak K.An dan keluarga... Walaupun masak biasa-biasa je, memang betul kata orang, air tangan ibu tu amat penting dalam mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.. Paling kurang, ada sesuatu yang suami atau anak-anak ingat bila berjauhan. 

Sebut tentang masak biasa-biasa, hampir setiap keluarga ada hidangan yang digemari dan selalu diulang makan dan masak. Tak kiralah makan di kedai mahupun di rumah. Mana ada orang yang sanggup masak setiap hari, menu baru.. ye tak? Di rumah K.An ni, kami berkongsi banyak makanan kegemaran. Kalau lauk-pauk tu seperti, Masak Lemak Cili Api Telur Itik, Kurma Ayam, Ikan Keli Sambal, Sambal Tumis Petai, Sambal Goreng Tempe, Aneka Sup seperti Sup Tulang, Sup Siam, Sup Ayam, Pajeri Telur, Kari Ikan dan macam-macam lagi. Seingat K.An , lauk-pauk ni dah beratus kali dimasak untuk suami dan anak-anak.
Makanan ringan seperti kuih-muih dan hidangan sarapan dan minum petang pun begitu juga. Aneka sanwic, Roti John, Lempeng, Mee, Mihun dan Kue-Teow dan pelbagai kuih tradisional yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Lagipun bila ada 5 orang anak, macam-macam permintaan mereka yang K.An perlu penuhi. Selalunya mereka nakkan rasa yang sama seperti selalu K.An buat. Jadinya, cuma sekali-sekala K.An mencuba resepi baru. Jadi kalau ada yang bertanyakan resepi Kari Ikan contohnya; bolehlah punggah resepi lama-lama K.An yang ada dalam periuktanah ni... (di ruangan Cari Resepi tu ye...)
Hampir kesemua resepi yang K.An kongsikan di Periuktanah adalah yang paling K.An suka rasanya: (secukup rasa gitu..) Kecuali jika K.An sebutkan resepi yang lain yang lebih baik..
Antara resepi ulangan yang digemari semua daripada Abang Azam, Iqbal, Asma', Sarah dan sehinggalah Maryam dan 'Aisyah ialah kuah tomato dimakan bersama kepingan Roti sanwic. Nampak sungguh ringkas, tapi percayalah, ianya sungguh sedap dan berkhasiat. Inipun dah beratus kali K.An buat sebab mudah untuk sarapan sebelum ke sekolah.
Resepinya pernah disiarkan sebelum ni, dengan tajuk Sarapan Ala Mediterranean.. Untuk kemudahan semua K.An siarkan sekali lagi untuk dicuba....
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)
2 biji tomato saiz besar (XL) buat 3 jika saiz sederhana- didadu tanpa dibuang biji
1 labu bawang besar Holland saiz sederhana-didadu
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masaak
secubit garam
1/2 sudu teh gula
1/2 cawan air
Roti sanwic secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau wangi, Masukkan tomato dan air. Biarkan mendidih dan tomato agar hancur.
2. Tambahkan garam dan gula. Gaul rata dan biar kuah agak pekat. Matikan api dan sedia dihidang ketika panas atau sejuk.
Monday, May 23, 2011
Al-Fatihah... Takziah kepada semua keluarga Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah, Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat
Petang 21 Mei 2011, seluruh rakyat Malaysia, sekali lagi dikejutkan dengan berita menyayat hati in. Kejadian yang pernah berlaku, tetapi masih belum diambil iktibar oleh kita semua. Semuanya adalah di tangan Allah dan kita wajib menerima ketentuanNya.
Namun yang penting, ambillah iktibar. Jauhilah malapetaka. Janganlah lagi kita melakukan kesilapan dengan membuat pembangunan di cerun bukit yang merbahaya... Bumi ini milik Allah dan peliharalah ia dengan sebaiknya.
Di sini ingin K.An merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat. 16 orang yang terkorban dan 9 orang terselamat... Sama-samalah kita panjatkan doa agar mereka ditempatkan di sisi Allah bersama orang-orang yang beriman. Cukuplah gambar-gambar ini menjadi cerita tanpa suara... (gambar di petik daripada The Star Online)
Al-Fatihah
Sunday, May 15, 2011
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum wrt...
Di kesempatan ini K.An ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada suami tercinta Ustaz Nor Azam Abdullah, kakak K.An, Cikgu Siti Azemah, Adik ipar, Ustaz Ismail, abang Ipar, Cikgu Abdul Aziz, adik ipar Cikgu Hamizawaty dan semua guru-guru di seluruh Malaysia. Teruskanlah usaha mendidik anak bangsa tanpa rasa jemu. Juga kepada semua guru-guru yang mendidik anak-anak K.An, Ahmad Iqbal di Maahad Hamidiah Kajang, Asma' di SMAP Kajang dan Sarah Huda di SK Putrajaya Presint 8 (1). Terima kasih atas kesabaran kalian menghadapi kerenah mereka ini. Didik dan ajarlah mereka seperti mengajar anak sendiri. Jutaan terima kasih saya ucapkan.

Tuesday, May 10, 2011
Buku Mesti Baca
Assalamualaikum wrh wbt.
Sambil kita cerita tentang resepi dan masak-masak, Hari ni K.An ambil peluang untuk cadangkan buku yang amat baik ini. Tajuknya Diskusi Isu Aqidah & Pemikiran Semasa di Malaysia, karangan Us Mohd Aizam Mas'od. Us Aizam mengajar aqidah di surau Al-Mizan Presint 8 dekat rumah kami ni. Beliau adalah Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, dan memang banyak mengkaji tentang permasalahan aqidah semasa.
Antara isu aqidah yang disentuh dalam buku setebal 300 mukasurat ini: ajaran sesat, liberalisme dan prularisme agama, bid'ah, anti mazhab, wahhabi, esq, khurafat, penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian dan beberapa isu lain yang mesti diketahui oleh semua umat Islam yang mahu memelihara aqidah dan agamanya.
Oleh kerana manfaatnya yang besar itu, Abg Azam cadangkan pada K. An supaya uar-uarkan juga kepada pembaca dan follower PeriukTanah. Dapat juga faedahnya dikongsi bersama.
Harganya RM20.00 sahaja. kalau sekitar Putrajaya, bolehlah janji jumpa kat mana-mana. Kalau jauh dan perlu pos, harapnya tak keberatan untuk tambah sikit belanja pos RM5.00.
Kepada pengunjung PeriukTanah yang berminat untuk mendapatkan buku yang bagus ini, sila SMS terus Abg Azam di talian 012-3823066 atau emel ke azraihan2@gmail.com.
Monday, May 9, 2011
Kerabu Limau Bali Dengan Tilapia.. hidangan segar di Hari Ibu
Ramai yang belikan kek khas untuk ibu di Hari Ibu, tapi tak semua mak yang sukakan kek. Kena pulak yang dah di usia emas. Kalau anak tolong masakkan nasi dengan lauk-pauk kampung, mungkin lebih istimewa untuk mak sebab boleh makan banyak-banyak. Kalau kek, setakat sepotong dua je, yang lain anak cucu le yang tolong habiskan.... Jadi, apa kata kita pakat masak untuk ibu, emak, mommy, ummi, di hari Ibu.
Istimewa, tak semestinya susah... ingat tu..
Hari ni, kita buat kerabu Limau Bali dengan Ikan Tilapia 'spesel' dan tak boleh dapat kat kedai kecuali kedai tu kita punya sendiri..hihihih...
Selain dimakan begitu sahaja, limau bali boleh dijadikan salad atau kerabu. Ikutlah citarasa masing-masing nak gunakan bahan asasnya. Boleh guna ayam, sotong, udang ataupun ikan. Ikut resepi asal yang K.An tengok di TV, chef tu gunakan ayam. K.An tukarkan menggunakan ikan tilapia goreng. Bahan-bahan lain pun K.An campurkan ikut citarasa.... Nak tahu sedap atau tidak, cubalah sendiri.. memang tak rugi, InsyaAllah..
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang bersama lauk-pauk lain)
1 ekor ikan Tilapia Merah saiz sederhana -gaul dengan garam dan kunyit, goreng separa garing (Boleh gantikan ikan tilapia dengan ikan lain seperti ikan keli, ikan kembung atau kerisi)
200 gm isi Limau Bali dicerai-ceraikan sedikit
1 urat kacang panjang- dipotong kecil
3 ulas bawang merah dihiris nipis
5 tangkai cili api akar- ditumbuk halus (ikut citarasa pedas)
1 batang serai dihiris kecil dan ditumbuk halus juga
1 biji tomato- dihiris kecil atau didadu
1 biji limau nipis- perah jusnya
sedikit garam dan gula
Cara membuatnya:
1. Asingkan isi ikan daripada tulang dan carik kecil-kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan-bahan lain, kacang panjang, bawang merah, cili padi, tomato, serai dan limau bali. Perahkan limau nipis dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul lagi dan sejukkan sebentar di dalam peti ais. (Jika limau sememangnya telah disejukkan, bolehlah dihidang terus bersama nasi dan lauk-pauk lain)
Untuk lauk sepadan, lauk-pauk ala Thai sungguh sesuai dihidang bersama sebab kerabu ni ikut selera Thai yang ada pedas, masam, manis dan rangup.
Selamat Hari Ibu....
Seindah senyuman suria di luar sana, harapan K.An begitulah juga indahnya senyuman para ibu semua bersempena Hari Ibu kali ini.
Kerana kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, tak sempat K.An nak mengemaskini periuktanah. semalam. Tapi belum terlewat rasanya untuk K.An mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia.... Ucapan khas ditujukan kepada Mak K.An yang tercinta Hjh Selamah dan ibu mertua tersayang Hjh Siti Zainab, kedua-duanya berada di Perak.
Kepada semua, jasa kalian sebagai ibu insyaAllah akan Allah balas dengan sewajarnya. Teruskan usaha mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran terutamanya di zaman serba mencabar ini. Jadikanlah Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda dan juga Para Anbia' yang lain sebagai contoh dalam mendidik anak-anak. Tahniah kepada mereka yang telah mengharungi kehidupan sebagai ibu... penat-lelah kalian tetap dikenang selamanya...
Terima kasih kepada suami tercinta yang belanja makan sempena Hari Ibu dan anak-anak yang bagi ucapan dan hadiah.... Ummi sayang semua tak kira bagi hadiah ataupun tidak.. yang penting jadilah anak-anak soleh dan solehah.

Wednesday, May 4, 2011
Buttered Crab
Selalunya jika ditanya menu pilihan ketam, pastinya ketam bercili (resepi kat sini...) jadi pilihan utama... mesti undi terbanyak.. Tapi kali ni, K.An teringin nak goreng gitu je... Cuma tak nak bunyinya 'simple' sangat, maka K.An jadikan Buttered Crab atau senang cerita, ketam Goreng Mentega... Dah siap masak, hidang... haaaa... liciiin kau! Ketam Goreng Mentega ni K.An padankan dengan Kari Ikan Bawal dengan Bendi... Memang sesuai dan padan.
Resepi pun senang, sama macam kita buat Buttered Prawn tu.. cuma bahan utamanya je diganti...
Bahan-bahan: Hidangan untuk 3-5 orang bersama lauk-pauk sampingan
500 gm ketam- bersihkan dan potong 2
10 tangkai cili padi akar dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
5 tangkai daun kari- dilurut daunnya
3 biji kuning telur- dipukul sedikit
garam dan kunyit
2 sudu besar mentega
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Goreng selama 3 minit untuk setiap bahagian.(ikut saiz ketam- tapi jgn lama sangat, nanti hilang manis ketam) Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
2. Ambil 2 sudu besar minyak masak gorengan ketam tadi dan masukkan ke dalam kuali lain. Masukkan mentega dan panaskan. Goreng bawang putih, daun kari dan cili api hingga layu dan wangi. Angkat dan tuangkan ke atas ketam.
3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala dan terus di masukkan ke dalam kuali. Sebelah tangan menggoyang acuan roti jala dan sebelah tangan lagi kacau telur dengan senduk hingga telur bersarang dan garing. Angkat dan toskan di dalam penapis sebelum dicurah ke atas ketam. Sedia dihidang.

Monday, May 2, 2011
Nasi Antah (Talam Nasi)
Assalamualaikum wrt.. Selamat Hari Buruh dan selamat Bercuti kepada semua... hmmmm... malasnya nak ke pejabat esok kan..? K.An faham sangat, bila dah bercuti panjang, memang berat hati nak bekerja semula.. Tapi, demi tanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara... teruskanlah perjuangan dengan semangat waja.. Lagipun, dari mana kita nak dapat duit belanja tanggung keluarga kalau tak bekerja? Kecualilah kalau ada harta berkoyan-koyan, rumah sewa 10 pintu, saham berjuta-juta...hmmm, bolehlah goyang kaki..
tak apalah, asalkan kita tak kelaparan, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan.
Hari ni K.An sambung tugasan di periuktanah yang dah sebulan K.An tinggalkan. Tugas memasak tak tinggal tau....!! hari-hari masak, cuma tak masuk blog je. Ok.... kita mulakan dengan resepi orang Banjar warisan mak K.An yang tercinta. Sesuai untuk mereka yang suka kuih Seri Muka, tapi tak tahan dengan pulut...( asal makan pulut je, angin naik satu badan), boleh le cuba kuih ni... Orang banjar yang kreatif, sediakan resepi alternatif... tak kurang sedapnya..
Bahan-bahan- (adunan sesuai untuk loyang berdiameter 7 1/2 inci atau 20 sm lebih kurang)
Bahan lapisan bawah:
1/2 cawan beras- rendam dalam 1 cawan air selama 2 jam- toskan
1/2 cawan kelapa putih- dapat yang muda macam nak buat inti tu lagi sedap
1/2 cawan santan cair
sedikit garam
Lapisan atas:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air gula melaka atau gula merah ( K.an masak 1 keping gula melaka dengan 1 cawan air hingga gula cair)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar gula pasir (ikut citarasa manisnya)
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus. Tumbuk kasar beras yang telah direndam dan ditoskan tadi.. Gaulkan dengan kelapa dan ratakan di dalam loyang. Tuangkan santan yang telah dicampur garam. Kukus selama 15 minit. Keluarkan dari kukusan dan jika nasi telah masak (terus mengukus jika nasi belum masak), gaul semula hingga rata. tambah garam jika belum cukup masinnya. Tekan padat nasi menggunakan belakang senduk seperti buat seri muka.
2. Campurkan semua bahan lapisan atas di dalam mangkuk menggunakan whisk. Tapiskan ke atas lapisan nasi dan kukus selama 15-20 minit. Kuih masak sempurna jika kita golekkan loyang ke kiri dan kanan, bahagian tengan kuih mantap.
3. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan dihidangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)