Thursday, June 23, 2011

Kelas Coklat Bersama Siti

Alhamdulillah, pada 5 Jun 2011 yang lepas, K.An berkesempatan mengikuti Kelas Membuat Coklat bersama Siti di rumah beliau di Seri Kembangan. Terima kasih banyak K.An ucapkan kepada Siti yang sudi berkongsi ilmu dan pelbagai tips berguna bagi menghasilkan coklat yang bermutu dan sedap. Seronok juga bersembang dengan siti dan suminya Wan yang merupakan usahawan dari rumah sahaja... Inspirasi mereka memberi semangat kepada K.An untuk terus melangkah ke depan walaupun secara kecil-kecilan di rumah. Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas yang sama, bolehlah rujuk blog Siti di ShOcOlat's House untuk pelbagai pakej menarik.

 Anak murid bersama Cikgu Siti

Zaini dan Tisha yang turut serta di kelas tersebut

Hasil kerjatangan K.An dengan bimbingan Siti



Sesiapa yang berminat nak menempah, boleh e-mail K.An di raihanshaari@gmail.com ye atau mesej K.An di Facebook Raihan Shaari.
Selain untuk dimakan sendiri, coklat ini sesuai dijadikan buahtangan untuk harijadi anak-anak, kenduri kahwin dan hadiah untuk yang tersayang. Yang penting, bahan-bahan yang digunakan dijamin Halal.

8 comments:

Faradilla Rashid said...

Salam Kak An...

Nak blajo buah coklat ngan kak An la gini.... cam best je sbb cikgu tak garangggg....hehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam raihan..bestnya g kelas2 memsk nie....!!

munna said...

teringin juga nak belajar...tapi jauh lah pulak...

~~zAnAfAhMi~~ said...

baguslah dpt belajar, kakzana buat sendiri je, takde kelas melas....
acuan coklat mcm dlm gmbr Raihan tu ada, mood nak membuatnya yg takde..

Raihan Shaari said...

Salam Fara.. ye ke K.An tak garang? Belajar memasak bukan mcm kelas matematik..nak kena garang baru pandai.. Fara dtg le KL.. lepak umah K.An

Salam atie; tua2 ni seronok pulak gi kelas..hihihih..

Muna: sekarang ni ada byk kelas gini, cuba google je

kak zana: tak berani nak cuba sendiri, tu yang pegi kelas.. dah belajar dari cikgu, baru puas hati..

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. bestnya dapat gi kelas.. teringin nanti bila balik msia pergi..:)

Faradilla Rashid said...

Kak An, Farah mmg kat KL skrg ni, Farah keje kat MPM Selayang, InsyaAllah nanti Farah ajak tini sama boleh sembang meriah sikit sbb lama tak jumpa Kak An.... Rinduuuu

KuNanGKuNanG said...

bestnye..tringin nak blaja tp tkt sy ni xsabar,nnt sparuh jalan je...huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin