Sunday, June 26, 2011

Lemak Tempoyak Udang dengan Jantung Pisang

Memandangkan K.An 'kesiankan' (ayat abang Azam..hihihih) sedikit baki tempoyak pemberian Hjh Firos tempoh hari, K.An masaklah lemak tempoyak Udang dengan jantung pisang ni... Jantung pisang pun ambik kat belakang rumah je.. tak payah beli kat pasar... Sebelum ni K.An pernah kongsikan Lemak udang dengan jantung pisang atau dalam bahasa Banjarnya Sesangan Udang juga dengan jantung Pisang. Untuk kelainan rasa, ditambah dengan tempoyak supaya kuah lebih pekat dan ada rasa masam manis gitu..

Jom kita tengok resepinya:

1 biji jantung pisang-K.An gunakan jantung pisang awak
10 ekor udang harimau-bersihkan
1 sm kunyit hidup
5 ulas bawang merah
5-10 tangkai cili padi-ikut citarasa pedas
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam dangula secukup rasa
2 sudu besar tempoyak

Cara membuatnya:

1. Didihkan secukup air dicampur 1 sudu besar minyak di dalam periuk. Belah 2 jantung pisang dan rebus selama 5 minit atau sehingga jantung lembut. Toskan dan hiris kecil- 1 sm tebal

2 Tumbuk bawang, kunyit dan cili padi. Masukkan santan cair, bahan ditumbuk, udang dan jantung pisang ke dalam periuk. Biar mendidih. Perlahankan api dan masukkan tempoyak. Masukkan pula pati santan, garam dan gula secukup rasa.
3. Kacau hingga mendidih dan kuah agak pekat. Matikan api dan sedia dihidang.


3 comments:

Mas said...

akak..sedapnya Lemak Tempoyak Udang dengan Jantung Pisang tu....
lama dah tak makan jantung pisang..

~~zAnAfAhMi~~ said...

saya kalau tempoyak campur dlm lauk, baru mkn, nak2 kalau org lain masak.....

intan morsalin said...

sedapnya jantung pisang...goreng pon sodap....dah lama x mk jantung pisang...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin