Monday, June 27, 2011

Apam Polka Dot

Di sana-sini kuih Apam Polka-Dot atau Apam Dot-Dot ni menjadi buah mulut orang kerana kecomelannya dan kesedapannya.. di sana-sini juga ramai yang jadi pembekal Kuih Apam Polka Dot kerana banyaknya permintaan untuk dijadikan buah tangan atau 'door-gift' di majlis kenduri kahwin atau majlis harijadi. 

Pertama kali K.An tengok rupa kuih ni ialah dalam Majalah Jelita yang menyiarkan beberapa resepi eksklusif Hana sekembalinya ke Malaysia... memang menarik. Rasanya bagi peminat blog masak-masak, nama Hana memang tak perlu diperkenalkan lagi... Walaupun sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak yang masih kecil, Hana sangat rajin memasak dan mencuba pelbagai resepi baru.. semuanya nampak sedap dan menjadi.. 
Apa khabar Hana dan Darwish....? Bila nak jemput K.An ke Kuantan..hhihihiih...

Sebelum mencuba membuatnya, K.An google pelbagai versi resepi apam polka-dot.. dan K.An akhirnya ikut resepi dari dapur Linda (Teratakdhia). Resepi asal daripada Lilydvalley@MyResipi (apam comel inti Kelapa dan Hanamemories (Apam Dot Dot)

Alhamdulillah, pada awalnya terkial-kial juga K.An nak mengerjakan apam ni.. tapi bila dah kena rentaknya, mudah je membuatnya. Alhamdulillah rupa cantik, rasa pun sedap. Budak-budak memang suka.. saiz kecik, senang nak makan..

Bahan-bahan: (menghasilkan lebih 80 biji apam saiz S)

3 biji telur A dari peti ais (anggaran 55-60 gm tanpa kulit) - K.An gunakan 4 biji telur gred C
250 gm tepung gandum diayak bersama
2 sudu teh baking powder
200 gm gula halus
250 ml susu segar
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla

Jem pilihan- strawberry, blueberry dll

Cara membuatnya: (boleh tengok langkah-demi langkah bergambar di blog Farrah )

1. Masukkan telur, gula halus dan ovellete ke dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang menggunakan kelajuan tinggi (5-6) selama 5-10 minit. Pukul hingga adunan berwarna putih seperti ais-krim.

2. Tukar kepada kelajuan perlahan. Masukkan tepung dan susu sedikit demi sedikit silih berganti sambil digaul hingga rata. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati.

3. Panaskan pengukus dan sediakan acuan apam yang dialas dengan mangkuk kertas kecil. Bahagikan adunan kepada 3 warna pilihan. Masukkan ke dalam piping bag. Tinggalkan sedikit bagi setiap warna untuk proses dot-dot.

4. Paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas separuh penuh. paipkan jem dan penuhkan dengan baki adunan.  Masukkan baki adunan ke dalam piping bag lain dan tebuk lubang kecil (lebih kecil daripada adunan utama) dotkan ikut citarasa warna. (buat cepat-cepat agar jadi titik cantik)

5. Perlahankan api. (supaya apam tidak merekah ketika proses mengukus) Kukus kuih selama 10 minit. Angkat dan sedia dinikmati. Ulang proses hingga habis adunan.

11 comments:

Senorita Nadira said...

ermmm ovellate tu ape ye?
dari aritu ag dok cari tak jumpe2 pon..huhu

Mas said...

akak..cantik la apam tu..
mas juga tak sampai2 seru lagi membuatnya...

lina said...

salam dah lama juga teringin nak buat tp tak ada kesempatan lagi...sana sini tunjuk apam polka dot ni teruja sgt

niey_muhaini said...

kiut miutnya apam polka dot ni..geramnya tgk. sy masih blm ada peluang mencuba lg apam ni.
akak guna apa utk buat dot-dot tu?

Raihan Shaari said...

senorita Nadira: ovellete tu warnanya kuning ada dijual di kedai runcit, pasaraya atau kedai bahan buat kek. Digunakan untuk menggebukan kuih putu ayu, sponge cake dan aneka apam. K.An gunakan yang ada tanda halal seperti jenama Kijang.

Raihan Shaari said...

Salam Mas... K.An tetiba teringin nak cuba.. terus buat, kalau tangguh ntah bila nak jadi..hihihii..

Raihan Shaari said...

Lina: cantik rupanya... budak-budak nak makan pun senang. alternatif untuk apam beras tradisi.

niey muhaini: K.An isikan sebahagian adunan dlm plastik kecil. Tebuk lubang sebesar lidi.. pastu dot-dot kan... cepat2

Budakboy said...

Apam polkadot memang comel...saya sangat gemar apam polkadot. Comel dan menyelerakan =)

aqilah ila said...

boleh bgi sukatan yg tak pakai gram tak??sye tak tau la nak wat cmne ?

Inspirasicintaku said...

Salam akak..

sy suka sangat tengok blog akak. macam-macam resepi. Kalu petang jer selalu fikir lauk ape nak masak untuk hidang pada suami. Tambah lagi bulan puasa. Tapi Paling sedih sekali dengan pemergiaan anak akak. saya terkejut sangat dengan berita tu.. Walau pun sy tidak kenal akak tetapi saya dapat rasakan sebab sy pun mempunyai anak. Resepi apam saya dah cuba tetapi resepi yng sy ambil tidak letak esen vanila. buatkan apam sy hunyir bau telur. Selapas tu Dot-dot yg sy buat tidak bentuk dengan cantik. So apam yg sy buat tidak berjaya tetapi insya sy akan usahakan lagi supaya menjadi.

Yatichedet said...

salam perkenalan dari saya...
tak pernah buat dan hari ini cuba buat tapi ada setengah resepi tu tak tunjuk pun bagaiman nak wat dot2 tu so i google dan jumpa blog u ni... i pun ada blog masak2 jugak cuma tak berapa aktif sibuk ngan xtvt setempat...apapun i nak ucapkan terimakasih diatas sharing rahsia2 dan cara yang betul wat apam polkadot ni... luv u <3

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin