Wednesday, June 22, 2011

Fluffy Pancake

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera semua...

Kepada yang ada di rumah dan belum bersarapan, pagi ni bolehlah cuba buat penkek sendiri... dengan sedikit bahan yang mudah, boleh dapat 5 X ganda jumlah penkek berbanding harga yang sama di restoran makanan segera yang menghidangkan menu sama... (K.An cuma rasa agak tidak munasabah harga yang dikenakan untuk 2 keping penkek dengan golden syrup...ishk..ishk..ishk..)

Sebelum ni K.An dah pernah kongsi resepi penkek versi K.An. Tapi kali ni K.An nak kongsi resepi yang laaagi mudah diingat, yang kawan merangkap Junior K.An di UIAM dulu (Nurbani) kongsikan.

Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 7- 10 keping penkek-ikut saiz)

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur A/B
1st baking powder
1 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya:

Ramai yang tanya, apa bendanya 'whisk' tu.. Ianya adalah alat mengacau adunan/ bater yang agak cair seperti adunan mafin, ketayap, kuih talam dan penkek. Boleh beli dari  pasaraya atau kedai barang-barang peralatan dapur atau kedai pembekal bahan-bahan kek.

1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk adunan. Gaul sebati menggunakan whisk hingga adunan licin. Tutup dan biarkan 30 minit.

2. Selepas 30 minit, panaskan kuali leper dan lenserkan dengan sedikit margerin. Gunakan api kecil. Sendukkan adunan secukupnya ke atas kuali. Biarkan seketika kerana adunan akan mengembang sedikit ketika dimasak. Bila penkek meletup-letup, bolehlah diterbalikkan. Biar masak seketika dan boleh diangkat.

3. Ulang proses hingga habis adunan. Bila siap, bolehlah dimakan bersama madu, krim atau sambal sardin... hmmm, yummy...

Kalau ada sesiapa yang kata buat penkek susah, memang tak patut.... Bahan senang, cara menyediakan senang, nak masak pun senang. Makan, lagi lah senang.  .... Jangan hairan kenapa K.An kata macam ni ye, bukan marah, cuma nak membuktikan hakikat kepada orang yang sebut ayat susah tu... heheheh...

***sebenarnya baru-baru ni, anak kedua K.An -Asma' nak masak penkek untuk projek sarapan Kemahiran Hidup. Cikgu dia tak bagi sebab katanya itu untuk tahap Tingkatan 3. Tingkatan 1 ni buat yang senang-senang je.... hisssh... cikgu ni.. tak patut. Pssst.. jangan bagitau sesiapa yang berkaitan ye...hehehheh..

Apapun, jutaan terima kasih Bani untuk resepi yang best ni.... K.An buat dua adunan dan bagi jiran sebelah ... dia kata, cantik sangat penkek ni sampai sayang nak makan... heheheh..kelakar la Kak Lin.." Saya bagi ni untuk makan la,.jangan pandang je...."


6 comments:

cik cek said...

Emmm...gebunya pankcake tu....makan ngan butter & maple syrup ni fuh...tak yah p McD lagi dah kan...:)

ShashaCatering said...

Memang sedap nampaknya pancake tu. Bagi kat Kak Ani tu, makan cicah apa?
Terima kasih kongsikan resipi yang hebat ini. saya suka ;)

mimi said...

pn
saya mimi bpsh anak buah ustaz azam masa kat unit kewangan dulu
saya nak tanya whisk tu apa ye?

Raihan Shaari said...

salam cik cek: tengok rupa pun nampak kegebuannya kan.. buat sendiri boleh makan byk2.. bekal anak ke sekolah pun bagus juga:)

ShashaCatering:.. ramai-ramai jom kita buat penkek sendiri.. dijamin halal..An makan cicah madu ataupun sambal sardin.. sedaap

mimi: K.an dah letak gambar whisk tu... selamat mencuba

Intan Nabihah said...

Boleh saya tanya kuali leper tu yakde boleh tak saya guna kuali tempat masak roti canai?

Intan Nabihah said...

Boleh saya tanya kuali leper tu yakde boleh tak saya guna kuali tempat masak roti canai?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin