Seindah senyuman suria di luar sana, harapan K.An begitulah juga indahnya senyuman para ibu semua bersempena Hari Ibu kali ini.
Kerana kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, tak sempat K.An nak mengemaskini periuktanah. semalam. Tapi belum terlewat rasanya untuk K.An mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia.... Ucapan khas ditujukan kepada Mak K.An yang tercinta Hjh Selamah dan ibu mertua tersayang Hjh Siti Zainab, kedua-duanya berada di Perak.
Kepada semua, jasa kalian sebagai ibu insyaAllah akan Allah balas dengan sewajarnya. Teruskan usaha mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran terutamanya di zaman serba mencabar ini. Jadikanlah Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda dan juga Para Anbia' yang lain sebagai contoh dalam mendidik anak-anak. Tahniah kepada mereka yang telah mengharungi kehidupan sebagai ibu... penat-lelah kalian tetap dikenang selamanya...
Terima kasih kepada suami tercinta yang belanja makan sempena Hari Ibu dan anak-anak yang bagi ucapan dan hadiah.... Ummi sayang semua tak kira bagi hadiah ataupun tidak.. yang penting jadilah anak-anak soleh dan solehah.
2 comments:
selamat hari ibu juga buat kak ann
selamat hari ibu kak ...
Post a Comment