Monday, May 9, 2011

Kerabu Limau Bali Dengan Tilapia.. hidangan segar di Hari Ibu


Ramai yang belikan kek khas untuk ibu di Hari Ibu, tapi tak semua mak yang sukakan kek. Kena pulak yang dah di usia emas. Kalau anak tolong masakkan nasi dengan lauk-pauk kampung, mungkin lebih istimewa untuk mak sebab boleh makan banyak-banyak. Kalau kek, setakat sepotong dua je, yang lain anak cucu le yang tolong habiskan.... Jadi, apa kata kita pakat masak untuk ibu, emak, mommy, ummi, di hari Ibu. 

Istimewa, tak semestinya susah... ingat tu.. 
Hari ni, kita buat kerabu Limau Bali dengan Ikan Tilapia 'spesel' dan tak boleh dapat kat kedai kecuali kedai tu kita punya sendiri..hihihih...

 Yang kat dalam gambar tu, rupa Limau Bali ye tuan-tuan... Kalau selalu ke Utara Malaysia, singgah di Hentian Rehat dan Rawat di Perak, pastinya akan kelihatan kelibat Limau Bali yang banyak dijual di gerai buah-buahan. Mungkin bagi yang tak pernah  cuba merasa, tak tahu keenakannya; tapi bagi yang menggemarinya, rasa manis, rangup dan berair limau bali, memang menyegarkan di musim  panas begini.

Selain dimakan begitu sahaja, limau bali boleh dijadikan salad atau kerabu. Ikutlah citarasa masing-masing nak gunakan bahan asasnya. Boleh guna ayam, sotong, udang ataupun ikan. Ikut resepi asal yang K.An tengok di TV, chef tu gunakan ayam. K.An tukarkan menggunakan ikan tilapia goreng. Bahan-bahan lain pun K.An campurkan ikut citarasa.... Nak tahu sedap atau tidak, cubalah sendiri.. memang tak rugi, InsyaAllah..
 Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang bersama lauk-pauk lain)

1 ekor ikan Tilapia Merah saiz sederhana -gaul dengan garam dan kunyit, goreng separa garing (Boleh gantikan ikan tilapia dengan ikan lain seperti ikan keli, ikan kembung atau kerisi)
200 gm isi Limau Bali dicerai-ceraikan sedikit
1 urat kacang panjang- dipotong kecil
3 ulas bawang merah dihiris nipis
  5 tangkai cili api akar- ditumbuk halus (ikut citarasa pedas)
1 batang serai dihiris kecil dan ditumbuk halus juga
1 biji tomato- dihiris kecil atau didadu
1 biji limau nipis- perah jusnya
sedikit garam dan gula

Cara membuatnya:

1. Asingkan isi ikan daripada tulang dan carik kecil-kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan-bahan lain, kacang panjang, bawang merah, cili padi, tomato, serai dan limau bali. Perahkan limau nipis dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul lagi dan sejukkan sebentar di dalam peti ais. (Jika limau sememangnya telah disejukkan, bolehlah dihidang terus bersama nasi dan lauk-pauk lain)

Untuk lauk sepadan, lauk-pauk ala Thai sungguh sesuai dihidang bersama sebab kerabu ni ikut selera Thai yang ada pedas, masam, manis dan rangup.

3 comments:

Mas said...

akakk....mesti sedappkan kak sebab ada rasa limau bali tu..
kecur mas nengoknya...

1na said...

salam kak,

cili padi akar tu macam mana rupanya kak?

Raihan Shaari said...

Mas:..krup-krap-krup bunyinya bila dikunyah... memang sedap. Cuba, jangan tak cuba..:)

Ina: Cili Padi akar tu, yang panjang-panjang warna hijau..Baunya wangi dan kurang pedas berbanding cili padi kampung. Selalu digunakan dalam masakan Siam. cili padi kampung yang kecik-kecik tu... super pedas

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin