Kepada peminat krim paf (cream-puff), wajib cuba resepi ni terutamanya resepi krim kastard Mat Gebu yang saaaangat sedap rasanya.... Kebetulan masa membalas kunjungan follower Periuktanah- Iemah di
qt1878.blogspot.com , K.An ternampak resepi Mat Gebu yang dia poskan. Tanpa berlengah lagi terus K.An geledah dapur
Mat Gebu- (pakar masak terkenal seantero dunia tu) dan terus cuba resepi ni.... Sedaaaap sangat sampaikan 2 adunan yang K.An buat-menghasilkan lebih kurang 70 biji krim paf, habis liciin dalam beberapa kelip mata sahaja...hahahhah....
Terima kasih sangat, kepada Mat Gebu yang sudi kongsi resepi dan Iemah yang tolong 'promote' Mat Gebu....
K.An pernah siarkan resepi K.An sebelum ni yang menggunakan margerin, tapi yang ni lebih gebu dan coraknya lebih cantik

Bahan-bahan: (menghasilkan =/- 35 biji krim paf comel)
Doh/ 'butter':
50 gm mentega
125 ml air
1/3 st garam
75 gm tepung gandum- diayak
1 biji telur + 1 biji kuning telur
1/2 st esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau hingga cair.
2. Perlahankan api. Masukkan garam dan tepung. Kacau cepat-cepat menggunakan senduk hingga campuran jadi doh. (proses sgt cepat, tak sampai seminit) Kalau kacau perlahan-lahan, adunan tak jadi doh tau....
3. Ketepikan sebentar hingga adunan suam. (gambar 1)
4. Masukkan doh ke dalam mangkuk adunan. Campurkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati menggunakan speed sederhana.
5. Sediakan loyang pembakar dan lenser dengan sedikit mentega. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang. Paipkan adunan berdiameter 2-3 sm (ikut citarasa) ke dalam loyang. (gambar 2)
6. Panaskan oven pada suhu 180- 200 darjah Celcius ( ikut jenis oven)dan bakar selama 25 minit atau krim paf keperangan. KAn letakkan loyang di bahagian tengah oven agar krim-paf masak sekata...

Ingat ye... tak ada makna krim-paf gebu kalau kastardnya tak sedap... resepi krim kastard ni memang sesuai sangat dengan krim paf ni...
Bahan-bahan krim kastard:
1 bijikuning telur
150 ml krim putar (whipping cream)
1 1/4 sudu besar tepung kastard
25 gm gula halus
1 sudu besar parutan keju cheddar
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan kecuali keju cheddar di dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk.
2. Hidupkan api perlahan dan biar panas. Masukkan keju cheddar dan terus mengacau adunan hingga bancuhan pekat.
3. Kata Mat Gebu, bila whisk diangkat, kastard jatuh bertali. Matikan api dan alihkan kastarddari dapur. Tutup bekas dengan cling wrap agar permukaan kastard tidak mengeras. Biar sejuk sebentar..
Belahkan krim paf dan isi krim kastard secukupnya... sedia dinikmati...
**** K.An buat 2 X kali ganda adunan, sepadan dengan isi rumah...(hiihihi...). K.An cuma ada 1 kotak 200ml krim putar. jadi K.An campurkan 200 ml krim putar dengan 100ml susu segar... rasa krim kastard tetap enak dan lemak berkrim. Jadi, kepada yang tak ada krim putar, boleh le cuba guna susu segar sebagai pengganti.

Kakak-kakak dan ummi terpaksa beralah sikit sebab 'Aisyah suuuka sangat krim-paf ni....
