Thursday, January 27, 2011

Sotong Tiga Rasa

Sesuai sangat dipadankan dengan tomyam, kerabu mangga dan kailan ikan masin, sotong 3 rasa ni melengkapkan lagi hidangan untuk seisi keluarga. Makan tengahari boleh, makan malam pun boleh juga.

Kita tengok resepinya:

Sumber: Encik Mohd Naim bin Omar dan Puan Hazura binti Kusman dari Medan Ikan Bakar, Jalan Jati Pantai Jeramn, Kuala Selangor- disiarkan dalam majalah Rasa Edisi AidilFitri 2008 (terima kasih banyak En. Naim n Puan Hazura, sedap sotong 3 rasa ni..)


500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ikut citarasa
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 labu bawang besar dicincang
5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas
4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang
1 sudu makan cuka
3-5 sudu makan sos Thai- K.An gunakan sos Thai Maggie
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sayuran seperti bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis-ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar sotong untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sebentar.Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
4. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.


****Tambahkan sos Thai jika ingin kuah yang lebih banyak..

3 comments:

Mas said...

sedapnya sotong 3 rasa tu kak an......peberet daniel klu sotong..masak pe pun tak pe..

cikmanggis said...

salam ann..lama tak singgah kat dapur ann ni.Tak jadi jadi nak singgah kat rumah ann walaupun sepelaung je dari rumah Cm ni.Apa khabar baby?tentu dah besar ya.Insyallah satu hari nnt akan muncul juga makcikmanggis depan pintu rumah ann ni hehe.Sedap sotong 3 rasa ni:)

sabar@kagawa japan said...

Salam akak smlm kite cube resepi nihh sedaaapppp

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin