Saturday, December 4, 2010

Kuih Koci...ummph..nikmatnya terasa....

Tak sabar rasanya nak berkongsi resepi kuih koci ni yang menjadi kegemaran K.An, Asma' (anak kedua) Mun dan Nida (adik2 Kak An)dan mak Kak An sendiri. Selama ni dok makan yang orang lain buat je sebab kuih ni tak ada di kampung kak An dan tak pernah dibuat mak. Sebabnya lagi kuih koci ni ada di sebelah selatan Malaysia ni je. Dah lama duduk di KL dan selalu merasa samada yang dibeli di kedai atau dihidang di rumah yang dikunjungi... K.An sudah jatuh cinta dengan keenakan rasanya.

Banyak resepi yang Kak An semak- buku, online, blog dan majalah. Akhirnya berkenan dengan resepi Zaharum Uda Baharu dari Bandar Tasik Puteri yang disiarkan dalam majalah Saji Februari 2009.Cuma bezanya kuih koci Zaharum Uda mnggunakan tepung pulut biasa spenuhnya dan K.An ubahsuai sedikit dengan menambah tepung pulut hitam.

Bahan-bahannya: menghasilkan lebih kurang 25 biji kuih Koci.... banyak, tapi berebut juga kami anak-beranak..hihiihi..

Inti:

4 sudu besar gula merah
3-4 sudu besar gula putih
1/2 biji kelapa parut putih- seeloknya kelapa yang tidak tua- kulitnya masih belum keras
1/2 cawan air

Cara menyediakan:

1. Masak gula merah, putih dan air di dalam periuk dan kacau hingga gula hancur. Tapiskan dan buang hampas. Masukkan semula ke dalam periuk dan masukkan kelapa parut. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga inti kering dan berkilat. Inti yang cukup masak akan tahan lebih lama. Matikan api dan Sejukkan.

Bahan doh:

1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam

1 cawan santan pekat + 1 sudu besar tepung gandum dimasak dengan api perlahan sambil dikacau hingga campuran agak pekat.

25 helai daun pisang berukuran 5 inci X 5 inci- dilayur

Cara membuat doh.

Masukkan kedua-dua jenis tepung ke dalam mangkuk dan gaul dengan garam. Tambahkan santan cair, sedikit-demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh lembut ketika di tekan. Tambah 1- 2 sudu besar air, jika doh belum cukup sebati. Uli dan bulatkan.
Cara membuat kuih koci:

1. Sapu permukaan daun dengan sedikit minyak. Bulatkan doh saiz kecil sedikit daripada bola ping-pong.
2. Leperkan dan nipiskan di atas tapak tangan. Isikan inti. Cantumkan bahagian tepi, bentukkan seperti bantal dan letak di atas daun pisang yang telah disapu dengan minyak.

3. Curahkan 1 sudu teh santan pekat yang telah dimasak dengan tepung gandum tadi dan bungkus kuih seperti di dalam gambar.

4. Susun di dalam pengukus dan ulang proses hingga habis adunan. Panaskan pengukus dan kukus kuih selama 15- 20 minit.

Angkat kuih dari kukusan dan sedia dihidang....
Lepas ni, tak beli dah la kuih koci kat kedai.... buat sendiri, puas makan...Asalnya kat rumah ni cuma kak An dan Asma' yang suka kuih koci, tapi kali ni bertambah saingan Sarah dan Maryam pulak... sahih kena buat sendiri lagi...

10 comments:

Lelord said...

uhhhh sedapnya...smlm g pasar malam musim sejuk kat doha ni..tp x sedappp uwaa sedih. nak cuba la buat

azian said...

Wah nampak sedap...memang sukar nak dpt kuih koci yang memenuhi citarasa...

NoorMasri said...

salam...
saya sgt suka kuih koci macam ni yg ada santan pekat lemak berkrim kat luar nya...sedapnya !

NuRuL aInI bInTi RosLe said...

my paberet ... baru jer ari2 wat ..mmg sdp ...

Raihan Shaari said...

Lelord:tu nak marah kat tukang jual kuih kan.....? K.An pun selalu terkena camtu, dan akhirnya buat sendiri baru puas hati..:)

azian: k.An setuju 100%.. tapi K.An tak berani 'komplen' sangat kalau sendiri belum cuba...hihiihi..

NoorMasri: rasa lemak masin santan pekat tu yang menaikkan rasa kuih koci..mmmph..mmg sedap..

Nurul Aini:
macam anak K.An asma' yang sukakan koci tak kira masa..:)

momma said...

i rikes kueh koci!

Miss Kinkin said...

kueh k0ci..beshnyee

::Azura Rahman:: said...

kak an.. nk tnye.. tepung pulut hitam tu ada jual ke?.. atau kak an buat sendiri?.. thanks..

Liza Mohammad Jali said...

salam kak An, liza dh try wat kuih koci pulut itam nie semalam. sgt suka sbb sgt sedap n berjaya dgn cemerlang (4 me laaa..) org ngandung nie nmpk apa pon sume sedap..wlaupun hubby n anak x makan tp saya wat gak sbb teringin sgt. so arini jamu opismate dgn kuih koci saya tue. dorg sume ckp sgt sedap...suke ati saya kak. BERBALOI2 wlaupun mcm2 saiz & rupa bentuk. malu nak upload pic sbb rupa yg x semenggah tue. hehehe

Mummy Qairyn said...

salam kak,

mana nak dapat tepung pulut hitam?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin