Tuesday, April 13, 2010

Kuih Koci Sagu

Di petang yang nyaman ini, K.An kongsi satu lagi resepi kuih tradisi Banjar yang mak K.an ajar sejak kami kecil lagi... Ini kali pertama K.An buat di rumah ni sebab selalunya buat bila balik kampung je... berpuluh bungkus kami buat sebab ramai tukang 'ngap'nye..

Semalam ada baki inti buat ketayap masa minum petang, K.An buat sikit je sebab takut anak-anak tak pandai makan... kalau abang Azam memang tak berapa 'gemor' kuih manis... Alhamdulillah pandai pulak budak-budak ni makan. Jadinya... lain kali boleh buat banyak lagi..


Di tempat K.An nama kuih ni Kuih Koci, tapi kalau di bahagian selatan Malaysia ni, sebut kuih Koci, kuihnya dibuat daripada tepung pulut hitam tapi intinya sama, kelapa manis macam ni.

Kalau begini rupanya, di selatan kuih ini dikenali juga sebagai Abok-abok Sagu tapi caranya berbeza sikit sebab pernah K.An baca dalam majalah kuih Abok-abok ni intinya cuma gula melaka. Sagunya digaul siap dengan kelapa dan garam. Teringin juga nak cuba nanti versi macam ni.

Dah penat bercerita, kita semak resepi Kuih Koci Sagu ni:

Bahan-bahan: (menghasilkan 10 biji kuih)

10 helai daun pisang berukuran 6 inci X 7 inci- dilayur
1 cawan sagu biji- rendam dengan 1 cawan air dan 1/4 sudu teh garam selama 10 minit- toskan di dalam penapis

sedikit minyak untuk disapu pada daun

inti kelapa- K.An masak 1/2 cawan air gula merah dengan 1 cawan kelapa parut putih. Tambah sedikit gula putih jika kurang manis. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga air kering dan inti berderai.

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus. Sapukan minyak pada daun. Bentuk daun menjadi kelonsong seperti di dalam gambar.

2. Isikan lebih kurang 1 sudu besar sagu biji menggunakan sudu seperti di dalam gambar. Isikan inti dan tutupkan inti. Bungkus kemas. Masukkan ke dalam pengukus. Buat hingga habis sagu.

3. Kukus kuih selama 15 minit dengan api kuat. Angkat dan sejukkan sebelum dinikmati... Selamat mencuba...


5 comments:

indahhouse said...

Salam kak raihan,
Wah! cantiknya kue koci tu!. jeles2..saya. biji2 sagu tu pun cantik ngan kelongsong dia. Bertuah kak raihan dpt ilmu turun temurun. Ilmu My mama, tak nak turun kat saya...huhu.

Raihan Shaari said...

nur: sian ye awak ye... takpela, kongsi ilmu K.An pun tak apa... bab masak ni, K.An suka bertanya. Kadang2 ramai yang mak pandai masak tapi anaknya dok makan mak masak je... sudahnya bila mak takde, tak merasa lagi le resepi warisan macam ni... sayang kan...

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Yus suka yang versi abok2 tu. Tapi yang Kak Raihan punya ni pun nmpk sedap..

Raihan Shaari said...

Yus: K.An tak pernah jumpa lagi abok-abok Johor tu... kalau nak rasa, kenalah K.An buat sendiri..

NOOR AIN said...

tq kak sbb sudi kongsi resepi ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin