Saturday, April 10, 2010

Bengkang @ Bingka Ubi Kayu

Siapa yang belum pernah rasa keenakan bengkang @ bingka ubi kayu ni, carilah kat mana-mana dan cuba rasa... Bagi K.An yang saaaangat gemarkan kuih-muih Melayu ni, bengkang ni antara top 10 kuih 'febret' tau....

Seperti dalam entry yang lepas-lepas, bab kuih-muih tradisi ni memang sajian harian kami sekeluarga masa kecil-kecil di kampung dulu-dulu. Almaklum, ubi kayu ni tanam di batas bendang je.... tau jelah, batas bendang ni kan ke subuuur yang amat. Sementara padi masak, ubi kayu ni dah cukup matang untuk diambil ubinya... besar-besar gajah tau satu rumpun tu.,.. puas direbus, tapai, buat lempeng, lepat dan bengkang.

Masa abang Azam pergi memancing di Gerik baru-baru ni, selain ikan sungai yang dibawa pulang, masyarakat orang Asli di situ juga bermurah hati bagi seguni ubi kayu yang saiznya pun besar-besar gajah....(bahagi 4 orang yang pergi sekali)
Apa lagi, dua hari (2 loyang) K.An buat bengkang ubi. Siap boleh bagi kawan-kawan pejabat dan kawan surau Abang Azam... Almaklum tak ramai yang rajin buat bengkang ni sebab tak kuasa nak memarutnya. Tapi sebab K.An memang suka, sakit pinggang pun... buat juga sampai siap...


Sebenarnya, resepinya dah pernah masuk sebelum ni, tapi untuk rujukan semua, K.An tulis sekali lagi ye..

Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
*** ramai yang tanya kenapa bengkang K.An lembut dan lemak manis, K.An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang K.An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya.Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi K.an mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan.

***sebarang kemusykilan boleh angkat tangan tanya ye....heheh..

7 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam raihan..sedapnya bengkang ubi..tp atie suke buat kuih talam ubi!masakan dr ubi nie mmg sedapkn? tp leceh sikit la cara buatannya...

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, perkenalkan diri, pertama kali sampai di sini, ternampak pula bengkang ubi... dush! memang feberet sy ni..

Raihan Shaari said...

azatie: semua berasaskan ubi kayu, K.An sukeee sangat.. talam ke, lepat ke, ketuk ubi, tapi... hhmmmm. cuma kat sini kekadang payah nak jumpa ubi kayu yang elok..

resepi talam ubi pun dah ada, cubalah nanti..

Sari Yusa: salam kenal... itule dikatakan rezeki... datang lagi ye..

ejaMaria said...

salam kenal Kak An,
minta izin salin resepi - nak cuba buat... ;p

anis faiez said...

salam kak an.. nk tnye ade bace resepi dr blog org lain (rujukan dr blog akk, periuk tanah) tpi ade telur dan mentega. konpius, bce blog akk ni xde plak.. hehe..

nk tnye kak, ubi yg dh siap parut tu nk kene perah ke air nye sblm di cmpur gn bhn2 lain..?? tq kak.. :)

Aya said...

salam k. An.. saya dah cuba.. memang jadi dan sedap.. mintak izin copy kat blog saya ya.. tq.

Aya said...

salam k. An.. saya dah cuba buat.. memang jadi dan sedap pulak tu.. mintak izin masukkan resepi ni dalam blog saya ya.. tq.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin