Wednesday, November 18, 2009

Nasi Minyak Hujan Panas dan Ayam Masak Merah (resepi II)

Set Nasi Minyak Hujan Panas ni K.An masak bagi memenuhi tempahan sepupu K.An, Nazirah untuk jamuan di pejabatnya. K.An sediakan untuk 50 orang termasuk yang ada di rumah ni.. Sesekali makan nasi minyak buatan sendiri, memang puas hati... Lagipun nasi ni tak 'muak' dan boleh makan berulangkali berbanding nasi beriyani..
Kepada yang nak masak 'spesel' untuk keluarga, boleh cuba resepi mudah K.An ni... K.An masak sekali ayam masak merah, dalca ayam dan acar timun (jelatah) sebagai pelengkap hidangan.

Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit.
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna
sekata bagi keseluruhan periuk.

4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.

Ayam Masak Merah (resepi II)
resepi I boleh tengok kat sini

Bahan-bahan:

1 ekor ayam bersaiz 2 kg- dipotong 12
Bahan dikisar halus:
1 labu bawang merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih
2 cawan cili kisar
1 cawan tomato puri
2 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa
kunyit untuk menggoreng ayam
minyak untuk menumis
2 labu bawang besar di hiris bentuk gelang
air secukupnya

Cara membuatnya:

1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan kunyit. Goreng separa garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak (diambil dari minyak gorengan tadi) di dalam periuk. Gunakan periuk yang besar agar mudah menumis. Tumis bahan kisar dan rempah ratus hingga naik bau wangi.

3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan tomato puri dan masak lagi hingga kuah pekat. Masukkan serai dan 1 cawan air. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambah garam dan gula. Masukkan bawang besar dan masak ayam hingga kuah pekat dan meresap ke dalam isi ayam. Gaul sebati. Jika cukup garam dan gula bolehlah ditutup api dan dihidang bersama nasi hujan panas.

Untuk resepi dalca dan acar timun boleh tengok kat sini. Tukarkan daging tetel dengan ketulan kecil ayam untuk dalca ayam ye...

4 comments:

Qaseh eena (Rosazlina) said...

sya da cuba resepi nasi nya..alhamdulillah mjadi cuma sya ada ubah sikit resepi tu dgn mguna kan myak sapi dan stok nasi ayam pganti rebusan ayam...mmg sedap dan menarik...terima kasih

lina said...

Assalamualaikum akak, saya lina. Blh x akak bg resepi hidangan nasi dan sampinganya untuk betul2 50 orang.harap sgt pertolongan akak. Terima kasih.

yana said...

terima kasih atas resepi ayam yg diberi.. nk cuba buat utk raya nnti.. =)

Zaidipargo94 said...

Assalamualaikum, resepi yang sangat menarik. Btw,saya ni orang baru di sini. Ada masa nanti boleh singgah2 lawat blog saya ye. Kalau boleh follow sekali saya akan follow balik :) Terima Kasih.
http://zaidipargo94.blogspot.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin