Wednesday, November 18, 2009

Kuih Lapis Tradisi

Salam ceria semua...
Kalau belum ada idea nak masak apa untuk juadah minum petang, bolehlah cuba resepi kuih lapis K.An ni... Sambil menjamah kuih lapis ni, teringat zaman K.An kecik-kecik dulu, kuih nilah yang terkenal di kampung K.An, di samping kuih cucur badak, karipap, tepung bungkus dan tepung torak...
Ada sorang pakcik (kalau tak silap namanya Pakcik Ali) yang jual kuih-muih dalam tong berpetak warna biru kat atas basikal je... setiap hari, ramailah yang menunggu kedatangannya sebab kuih muih yang dijual sedap-sedap belaka. Susah nak cari kuih tradisi sedap macam tu sekarang ni...

Kuih Lapis yang dijual sekarang pun dah banyak diubahsuai resepinya di sana-sini. K.An dah cuba juga resepi lain, tapi sudahnya k.An kembali kepada resepi sendiri yang menggunakan banyak tepung beras. Lebih asli rasanya...Tapi terpulanglah kepada anda untuk memilih ye...

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..

*** tips galakan

-boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis
- kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.
- kata cik mat kuih lapis nyonya mesti ada 7 lapis... k.an punya dapat 6 je... kira Banjar punya versi la ni...heheh..

15 comments:

Mat Gebu said...

salam kak...cun kuih lapis tu..oo yg ni versi banjar ek...nak try nanti..

Pnut said...

k.An-kalau nak baut versi coklat punya kueh lapis. boleh ka kalau hok warna merah tu ganti dengan choc emulco?? tau tambah sedikit serbuk koko???

hero kecik saya suka ape yang berasaskan coklat

cikmanggis said...

cantiknya An!akak nak cuba resepi ni ya,angkut resepi ni!

Raihan Shaari said...

hahah Mat... gurau je.. sebenonye dah takat tu je cukupnye.. Lagipun tak larat nak lapis banyak-banyak ..Iklan susu menunggu..heheh..

yanizz said...

Salam kak an, sukatan cawan tu berapa gram? Saya x pasti cawan apa nak digunakan. Pernah buat jd lembik ja.

Raihan Shaari said...

yanizz... k.An dah jawab soalan tu kat post kuih lapis coklat ye...kuih berkukus terutamanya jenis kuih talam memang payah nak jadi kalau tak kena sukatannya.. Cubalah ikut resepi k.An ni, InsyaAllah ok..

Raihan Shaari said...

Pnut... Boleh guna coklat emulco dan juga serbuk koko.. InsyAllah sedap..

Raihan Shaari said...

Cik Manggis... Bila kita nak jumpa ye.. Kot selisih bahu pun tak sedar..heheh

lihathecolourfullikers said...

assalamualaikum.

Sudu besar tu as in tablespoon ke?

Raihan Shaari said...

lihathecolourfullikers.. waalaikum salam.. betul tu. sudu besar sama dengan sudu makan. Ada gambarnya dalam entry kuih lapis coklat.

myda_ahmad said...

dh lama teringin nk wat kuih lapis nie....lepas tgk2 resepi nie gerenti mesti buat...

Madu Lebah said...

wah ni resepi org banjar ke?..hehehe leh la cri kulaan ni... sbb sya pun org banjar... resepi mak bg haritu dah ilang la... nti nk try wat.,.. tenkiu

Deena Yahya said...

Menariknya tengok kuih lapis ni.faveret saya jugak..nnt blhla singgah blog sy jugak ye kak.. www.madeenayahya.blogspot.com

Deena Yahya said...

Kak,ni faveret abah saya..tp,smpi sudah x penah wat utk dia.hehee..bnyk entry menarik akk post..anyhow,klu sudi blhla visit blog saya n jg blogging fren..tq

Enn Arifin said...

Tq kak an.. sy try buat ikut resepi kak an mmg jadi laaa.. tq byk2 yer.. memandangkan resepi kak an mmg menjadi..sy akan simpan resepi kak an dlm buku sy.. hihihihi slamat berpuasa n slamat berbuka puasa!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin