Tuesday, January 6, 2009

Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Daging Masak Merah berempah Ala Utara, Jelatah dan Dalca Daging

Walau sesedap manapun nasi briyani, nasi minyak, nasi tomato atau nasi hujan panas dsb, kalau lauknya tak sedap, takkan ke mana jua.. Lauk dan nasi seperti irama dan lagu..he..heh.. tak dapat dipisahkan.

K.An tak pakar masak nasi briyani, setakat boleh saja.. tapi kalau nak makan yang betul-betul sedap K.An dan abang Azam akan pergi cari yang memang tersohor dengan nasi briyani. Contohnya, Restoran Anje Briyani Gam Johor (memang masuk senarai kami) di Bangi atau Presint 9 dan JM Briyani Gam di Shah Alam...(dah ada kat Alamanda juga rupanya)

Jadinya kalau nak resepi nasi briyani, K.An ikut yang tertera di peket rempah briyani je. Nasi briyani yang ada kat gambar di bawah ni pun K.An ikut resepi pada peket Rempah Briyani Faiza. Alhamdulillah.. sedap.


Di daerah sebelah utara, kalau ada majlis kenduri kahwin , daging masak merah kami adalah yang berempah dan banyak kuah. Memang enak dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato atau nasi briyani. Ada dua cara memasaknya, samada menggunakan rempah kurma ataupun mencampur sendiri serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan kas-kas.

Kalau 10 tahun lepas, di kampung-kampung, rempah-rempah ni digiling sendiri menggunakan batu penggiling dan hasilnya memang tak terbanding... asli.

Daging Masak Merah Berempah Ala Utara (Hidangan untuk 10 orang)

Bahan-Bahan:

A)

1 kg daging dipotong nipis sederhana besar- basuh dan toskan

5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dihiris halus

2 labu bawang besar dipotong melintang berbentuk gelang (onion ring)

B)

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

C) 5 sudu besar rempah kurma ayam dan daging

1/2 cawan tomato puri (atau sos tomato)

1/2 cawan sos cili

segenggam badam dibuang kulit dan ditumbuk halus

1 sudu teh serbuk kas-kas (kalau tak ada pun tak apa)

3 biji cili merah dibelah 4

Cara-cara:

1. Masukkan daging ke dalam mangkuk. Campurkan rempah kurma, sos cili dan tomato puri dan sedikit air. Gaul rata. Perap 15 minit.

2. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah campur (B) hingga bawang keperangan dan wangi.

3. Masukkan daging beserta rempah yang diperap tadi. (kesemuanya) Tutup periuk dan perlahankan api. Masak hingga daging empuk.

4. Apabila daging empuk, tambahkan sedikit air. Masukkan badam,serbuk kas-kas, bawang besar yang dihiris cili merah, garam dan gula. Gaul rata dan biar bawang layu.

5. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, tutup api.

Ayam Masak Merah (hidangan untuk 10 orang)

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 10

1 labu bawang besar holland dikisar

10 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih dikisar

1 inci halia dihiris

5 biji cili merah dikisar

1/2 cawan cili kisar (cili kering yang dikisar)

1/2 cawan tomato puri

1 biji tomato dikisar

1/2 cawan sos cili

2 batang serai diketuk

1/4 cawan santan

Cara-cara:

1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separa garing. Ketepikan.

2. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan cili kisar dan cili merah kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Tambah 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, tomato kisar dan tomato puri. masak seketika. Masukkan serai, santan, garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan biar mendidih. Tutup api dan sedia dinikmati bersama nasi briyani.

Dalca Daging( Hidangan untuk 10 orang)

Bahan-bahan:

500 gm daging no.2 (daging campur)

1/2 cawan kacang dal direndam semalaman

5 sudu besar rempah kari

5 urat kacang panjang dipotong 1 1/2 inci

1 batang karot dipotong 1 inci panjang

1 batang terung dipotong sederhana

4 biji cili hijau dibelah 4

1 biji tomato didadu kecil

1 labu bawang besar dipotong dadu

3 ulas bawang putih dihiris

1/2 inci halia dihiris halus

1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih,2 biji buah pelaga

1 cawan santan

2 sudu besar sos tomato/ tomato puri

Cara-cara:

1. Rebus kacang dal hingga empuk. Toskan.Bahagi 2. Separuh dikisar halus dan separuh lagi dibiar begitu sahaja.

2. Panaskan 5 sudu besar minyak didalam periuk. Tumis bawang besar, halia, dan rempah campur hingga berbau wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan daging. Kacau rata dan tutup periuk. Perlahankan api dan masak hingga daging empuk.

4. Apabila daging empuk, masukkan kacang dal, sayur-sayuran, sos tomato, tomato dadu dan cili hijau. Masukkan santan dan biar mendidih.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila sayuran telah empuk, tutup api dan boleh dihidang.

***Daging boleh direbus empuk terlebih dahulu bagi menjimatkan masa memasak dalca.

Jelatah (Acar timun dan Nanas)- hidangan untuk 10 orang

2 biji timun dikupas kulit dan dihiris nipis

1/4 biji nanas dihiris kecil-kecil

2 biji cili merah dihiris serong

2 biji cili hijau dihiris serong

1 labu bawang besar dihiris nipis-nipis -melintang

3 sudu besar cuka

garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

10 comments:

Nuridah said...

Salam,

minta izin copy resipi dalca daging ya...tq for sharing...minta halal.

mAma PinGu said...

TERIMA KASIH! sangat sedap ayam masak merah, hari tu masaak utk birthday semua org puji sy masak mcm mak org dah, terima kasih :D

Raihan Shaari said...

Salam Nuridah: terima kasih sudi ikut resepi K.An.. copy jelah.. K.An suka je..

Mama Pingu: alhamdulillah... lain kali boleh la masak yang lain pulak.. dah ada talent tu..!!:))

linear said...

assalamu'alaikum...
saya minta izin copy resepi ayam masak merah, jelatah dan dalca daging yer...sedap sgt.. =)

Raihan Shaari said...

salam linear.. terima kasih sudi cuba resepi K.An.. silakan copy. Jemput singgah lagi

I bake it you take it said...

Mula mula memang was was juga nak cuba resepi nasi briyani dan ayam masak merah K.An, lepas masak n makan, semua orang puji. Sampai ada yang minta buatkan lagi. Tapi saya nak tanya, boleh tak nasi briyani dimasak pakai margerin atau minyak masak?

Unknown said...

Salam k.an, saya nk mintk izin copy Smua resepi k.an..trima ksih Yer...Siti

Unknown said...

Salam kak an, saya nk mintk izin copy smua resepi kak an,nampak sdap sgt...trima ksih yer...

nora said...

salam,hubby mnta buatkan nasi hujan panas untuk berbuka sok,maklumla hari cuti...google pny google jmp resipi k.an,saya copy yer..tqvvm(",)

nora said...

salam,suami mnta saya wat nasi hujan panas untuk berbuka sok,maklumla cuti...google pny google sy berkenan nak try resipi kuah dalca akak ni,mohon share yer...kikiki,tqvvm(",)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin