Friday, October 30, 2009

Kerapu 3 Rasa Dengan Epal

Dah lama juga tak berjumpa dengan ikan kerapu segar di pasar Presint 8 Putrajaya ni... kalau ada pun dah lembik dan pucaaat matanya. Nak beli pun tak sampai hati. Nak dijadikan rezeki, minggu lepas.. dapat yang agak berkilat matanya dan mantap isinya. K.An sambar seekor.. boleh buat 3 rasa, kukus atau sweet sour... sedap kan..?

Kali ni K.An sengaja cuba bahan tambahan yang lain sikit daripada biasa. Ada separuh epal kat dalam peti yang dah tak berapa rangup, k.An dadukan dan campur dalam masakan... hmmm tak rugi mencuba..
Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang)

1 ekor ikan kerapu berat anggaran 500 gm

**2 ulas bawang merah, 1/4 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, 1/2 biji tomato, 1 biji cili merah, 2 tangkai cili padi- **dikisar halus

2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan namphla
sedikit sayuran seperti karot, bunga kobis dan jagung muda
1/2 biji epal fuji didadu kecil
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan hingga separa garing. Letakkan dalam pinggan besar. ketepikan dahulu.

2. Ambil 3 sudu besar minyak gorengan tadi dan panaskan di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. (3-5 minit)

3. Masukkan sos cili, 1/2 cawan air, sos ikan, dan sayuran termasuk epal yang didadu. Biarkan mendidih dan sayur lembut. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan tutup api. Tuang kuah ke atas ikan dan sedia dinikmati panas-panas.



3 comments:

cikmanggis said...

salam an..nak kena cuba ni..tak pernah bubuh epal..nak kena ke pasar p8 esok cari epal:)

CIKGU ZAM said...

teringat masa mak saya buat ikan siakap tiga rasa, dan mase kami makan sekeluarga, tetiba adik saya yang bongsu cakap,
"aikk, macam satu rasa je"
itulah kanak2, lidahnya masih belum mengerti asam garam kehidupan

Raihan Shaari said...

cik manggis.. an pegi pasar gak tadi.. beli ayam ngan barang kering.. je. agaknya masa tu kak cm tengah beli epal.. heheh... dah buat ke, belum..?

cikgu zam... anak-anak saya pun gitu juga.. tunggulah dia besar nanti tahulah dia maksud kita tu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin