Kebiasaan makanan Barat yang disajikan di Restoran Makanan Barat atau di Dapur hotel-hotel dihidang bersama aneka sos pelbagai perisa. Tetapi yang kurang 'syoknya' sos tu diletak ala-ala
malu-malu kucing kat atas atau keliling daging dan ayam bakar yang dihidang... dalam erti kata lain, 'ciput' sangat... belum habis daging, sos dah licin.. Kalau nak 'extra' sos, ada 'extra' bayar pulak.... kedekutnya lah...
Menyediakan makanan barat sebenarnya tak susah.. Kebanyakannya dibakar dan dimakan dengan sos. Sedap tak sedap, bergantung kepada sosnya.
Kali ni, K.An kongsi resepi sos kacang panggang yang mudah yang K.An pelajari daripada K.Mah dan Abg Jis (kakak dan abang ipar K.an). Mereka jamu kami chicken Chop bersama sos ni, tapi K.An buat kambing bakar sebagi variasi. Maksudnya juga, boleh buat sos ni banyak-banyak, pastu masak le salmon panggang ke, kambing panggang ke, chicken chop ke... semua boleh...
Sejarahnya, Abg Jis yang rajin dan pandai masak, belajar resepi ni nun lebih 25 tahun lepas masa dia masih di maktab perguruan Pulau Pinang. Dulu sibuk membesarkan anak-anak, sekarang baru berpeluang cuba pelbagai masakan sebab dah banyak masa lapang...
Kambing Panggang: (hidangan untuk 2 orang)1 keping daging kambing -bahagian buat lamb-chop tu..
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
1/2 sudu teh paprika
sedikit garam
1 sudu teh minyak masak
Cara membuatnya:
1. perap daging bersama rempah selama 1 jam. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius dan bakar lebih kurang 15-20 minit atau hingga daging masak. (boleh juga dipanggang atas kuali)
Sos Kacang Panggang:
Bahan-bahan:
1 cawan kacang panggang dalam tin- lecek kacang hingga hancur
1 sudu besar sos cili
1/2 labu bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam (K.Mah tak letak- K.An tambah sendiri, sedap)
2 sudu besar sup campbell (tak ada tak apa) K.An ganti dengan 1/4 cawan air
minyak untuk menumis
sayur campur kalau suka- K.An tak letak
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan kacang panggang, sos cili dan air atau sup campbell. Biar mendidih.
2. masukkan lada hitam, sayur campur jika ada, garam dan sedikit gula secukup rasa. Biar sos pekat dan tutup api. Sedia dihidang.
** K.an buat sekali kentang bakar (dah ada resepi), makan dengan kambing ni memang sedap.
3 comments:
Salam kak. Nampak sedap kambing tuh. :)
Bestnye... selalu mkn ngan blackpepper sauce je. Lain kali blh try resipi kak an ni :)
Salam, terima kasihhhhhhhhhhhhh banyakkkkk-banyakkkkkkkkkkkk. Sebabbbbbbbb dagingggggg kambinggggggggggg makan ngan sos gitu mmmg favourite saya tu kak,. Boleh cuba sangat2 ni. Klu ade resipi real lamb chop,jangan lupa bagitau ye, hehehe. Salam perkenalan dari anak muda,-ropi
Post a Comment