Thursday, October 1, 2009

Kek Buah Makcik Siah

Di musim beraya macam sekarang ni ramai yang kurang menjaga pemakanan.. patut pantang manis, tapi bila pergi ke rumah terbuka semua 'main belasah' je... Tak boleh makan daging, tengok rendang terhidang, pasti meruntun tekak yang ingin menjamahnya.. Apa pun beringatlah sebelum mendatangkan mudharat.. betul tak?

Kepada yang gemarkan biskut raya dan kek, cuba-cubalah yang kurang manis macam kek buah K.An ni... Dari dulu lagi K.An tak berapa gemarkan kek buah yang padat dengan buah dan maniiiis sampai melekat di tekak.. Tapi sejak berkahwin dengan Abang Azam dan merasa kesedapan kek buah Makcik Siah (makcik dia la ni) dalam kunjungan raya lebih 10 tahun lepas... K.An dah dapat resepi kek buah pilihan hati..

Jadi, bila nak makan kek buah terutama bila raya dan buat rumah terbuka, K.An buat sendiri je.. boleh sesuaikan rasa manisnya.. Kek ni kek wajib setiap tahun dan teknik pembuatannya pun mudah..
Resepi asal: Makcik Siah Titi Serong, Perak.. Terima kasih makciiik...
Bahan-bahannya:

4 biji telur gred A
2 cawan tepung kek (tepung naik sendiri)
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan margerin
2 cawan air biasa
3/4 cawan buah-buahan campuran (K.An suka guna yang campur betik dan kurang kismis sebab kurang manis- boleh didapati di kedai menjual bahan2 bakeri)
2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:

1. Masukkan gula, margerin, air dan buah-buahan campuran ke dalam periuk. Biar hingga mendidih selama 2 minit dan warna bertukar agak keperangan. Kacau sebati. Sejukkan.

***selalunya K.An masak waktu malam dan sambung proses lain keesokan paginya

2. Pukul telur sehingga kembang (berbuih). masukkan bahan rebusan ke dalam telur. Gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan senduk. Gaul sebati.

3. Panaskan oven dengan api bawah pada suhu 190 darjah celsius. Lengserkan loyang berukuran 8 inci X 8 inci dan alas dengan kertas minyak. (atau apa-apa kertas putih yang agak tebal)

4. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar kek dengan api bawah sehingga kek naik (lebih kurang 20 minit bergantung jenis oven)

5. Tukarkan kepada setting api atas dan bawah dan bakar lagi hingga kek masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidang.

*** boleh cuba separuh adunan menggunakan loyang 4 inci X 8 inci...

Kek buah ni bukan sahaja sedap tetapi juga lembab dan gebu... Simpan kek dalam bekas bertutup di tempat sejuk dan kering untuk tahan lebih lama.

4 comments:

alin0ne78 said...

alalalalallalalalalll
raya lps kita teringin sgt nak buat tp tak berkesempatan ..
brg2 dh ada .. bleh start hari nih ..

try kak an punya resipi yerk ..

ps: jom exchange link ..

armouris said...

info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

Raihan Shaari said...

opps armouris: jgn salah sangka.. K.An bukan tak suka kismis.. ,malah sangat menggemarinya terutama kismis hitam yang dimakan begitu sahaja. kalau buat roti selalu letak kismis juga... buat puding roti pun sama... cuma dalam kek buah, tak boleh letak banyak sebab akan menjadikan kek terlebih manis..

Raihan Shaari said...

alin.. dah siap kek tu, pos le sepotong ke sini..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin