Wednesday, October 21, 2009

Kek Lapis Bumi

Masak apa hari ni..? Waktu macam ni tentu dah sibuk meyiapkan hidangan tengahari bagi yang di rumah. Yang di pejabat pasti dah berkira-kira mahu makan di mana hari ni... jemu juga kalau makan di tempat yang sama selalu kan..?

Kepada yang bercadang untuk menyediakan minum petang istimewa, sempat lagi kalau nak cuba kek lapis bumi, bingkisan. K.An hari ni. Kek ni pun jauh sejarahnya. Resepi sumbangan rakan baik K.An masa di UIA dulu, Najahah.. (dah lama tak berhubung..) Masa tu dia bawa sebagai buahtangan dari rumah bila balik hujung minggu. (kampung dia di Meru Klang je..) Bila sedap, K.An tak lepas peluang tanya resepi... Sejak dari tu, memang selalu K.An masak kek ni untuk hidangan tetamu sebab kek ni cuma perlu dikukus. Almaklum, awal-awal kahwin dulu belum ada oven untuk bakar kek, tapi K.An suka masak kek untuk tetamu. Jadinya resepi kukus-kukus macam ni memang berguna untuk K.An.

Bahannya pun mudah dan murah.. apa lagi cubalah..!! K.An suka kek ni sebab keknya lembab dan tak rasa tercekik bila makan.. heheh.. tapi kena sejukkan dulu sebelum simpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama.

Kalau nak makan bersama keluarga je, buat separuh adunandah cukup sebab resepi ni untuk hidangan banyak ye..


Bahan-bahan:

500 gm margerin
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
10 biji telur
1 cawan kaya- perisa biasa atau pandan
3 cawan tepung naik sendiri jika guna telur gred A- kurangkan sedikit jika saiz telur lebih kecil
pewarna merah, hijau dan coklat emulco- ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Pukul margerin dan gula bersama esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga gebu.
3.Masukkan kaya- kacau dengan senduk hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup-balikkan hingga adunan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. satu diwarnakan merah, satu hijau, satu merah sat campur dengan 1/2 sudu teh coklat emulco dan satu lagi dibiarkan kosong.
5. Lengserkan loyang dan lapis dengan kertas minyak. Panaskan pengukus. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan ratakan. Kukus selama 10 minit. Cakar sedikit bahagian atas lapisan kek dengan garpu sebelum dimasukkan lapisan kedua. Kukus lagi. Ulang proses hingga adunan habis.

6. Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidang. Selamat mencuba.

2 comments:

Ibu n Abah said...

salam perkenalan buat Raihan,
seronok dapat berkenalan melalui blog ini kerana dapat resepi kek. Akak tak pandai buat kek, tapi kalau betul resepinya, merasalah akak buat kek sendiri untuk anak-anak.
Jika ada kelapangan jemputlah datang menjengah ke blog
http://akak-akak.blogspot.com

Raihan Shaari said...

salam kak... baut kek ni memang menguji kesabaran kalau bahannya susah nak sedia dan kena pulak yang banyak ragam. Kadang2 bantat lah.. tapi bila tengok nigella buat kek yang ala-ala tak naik gitu, An rasa kalau kek tak naik tu, kita pakat reka je nama baru.. kalau rasa sedap, takde orang nak kisah tak jadi pun.. kan?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin