Budak-budak zaman sekarang, kalau tunjuk kuih ni kat kedai, sahih 90 % tak tau nama dia.. apalagi pernah merasanya... almaklum, kuih kasturi ni memang tradisi betul dan jarang orang hidang di jamuan atau di kenduri di bandar-bandar ni. Jual di gerai tepi jalan macam karipap dan pisang goreng pun payah nak jumpa. Cuma sejak akhir-akhir ini boleh juga kita jumpa kuih kasturi sejuk beku yang dikomersialkan.... alhamdulillah, taklah kuih ini pupus ditelan zaman...
Dulu-dulu masa K.An kecik, mak selalu buat kuih kasturi atau kami panggil 'cucoq Kacang' ni sebab kosnya amat murah dan hasilnya banyak.... sesuai dengan rakyat jelata di rumah..hihihi... jadinya, memang tahu sangat macamana nak membuatnya. cuma sebelum-sebelum ni, K.An pun main agak-agak je... Tapi untuk kemudahan semua, kali ni K.An bagi sukatan.... Boleh cuba nanti..
Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 40-30 biji kuih kasturi mengikut saiz masing-masing)
2 cawan kacang hijau- rendam dengan air secukupnya semalaman
1 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan gula pasir
1-2 sudu besar gula merah- ikut citarasa manis
sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak
Bahan salutan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
air secukupnya
sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Keesokan paginya, toskan kacang hijau dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 2 cawan air biasa dan rebus kacang sehingga empuk dan kembang. (lebih mudah dan cepat jika menggunakan periuk tekanan)
2, Masukkan gula pasir, garam dan kelapa parut. Kacau rata dan perlahankan api bila kacang mula kering. Tambahkan gula merah ikut citarasa. Gaul lagi hinggalah campuran kacang menjadi pekat dan tidak berair.
3. Matikan api dan masukkan kacang ke dalam dulang ,talam atau loyang. Ratakan setebal kira-kira 1 sm. Sejukkan kira-kira 2-3 jam. (Kalau sikit, cepatle sejuk)
5. Setelah sejuk, jemputkan kacang dan bulatkan anggaran sebesar bola ping-pong. Leperkan dan padatkan. Buat sehingga habis campuran kacang.
6. Sediakan bancuhan tepung. Teksturnya agak cair sedikit daripada tepung pisang goreng agar kuih bersalut cantik. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
7. Celupkan kuih ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan.... Angkat, toskan dan sedia dinikmati.
Jika ingin dibekukan, goreng kuih separa masak dan susunkan di dalam bekas bertutup. Bekukan dan kuih ni tahan berbulan-bulan di dalam peti beku... Bila nak makan, cuma perlu digoreng semula hingga garing..
Selamat mencuba...!!!
7 comments:
kat bando ni diorang panggil kuih rengas... tp saya pun panggil cok kacang jugak, dan merupakan salah satu produk frozen food saya. Kebanyakan yang membelinya org cina..entah laa..
ni pun sambil blogwalking, sambil rebus kacang...hehehe
Assalamualaikum,
Kak An, boleh dapatkan alamat emaail.
TQ
Assalamualaikum,
Kak An, boleh dapatkan alamat email.
TQ
Assalam puan,
Saya mencari cari resepi Nasi Maqlubah, cari punya cari terjumpa blog puan. Saya share resepinya di FB saya.
Kira nak kirim email kat puan sebab I share your periuktanah blog with friends yang mencari the resepi juga.
Dengan ini semuga amalan puan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Semuga puan dan keluarga di rahmati Allah. Amin ya Rabb.
Terima kasih
Salam Cendana Kasih... ya betul, K.An pun pernah dengar orang sini panggil kuih rengas.. itupun kakak K.An yang jadi cikgu KH bagitau..
Bagus juga Cendana Kasih turut menyumbang ke arah mengekalkan kuih-muih tradisional ni..Tahniah
Putra Putri Ku Sayang:
Waalaikumussalam... email K.An - raihanshaari@gmail.com
Aneeqa Julaihi... terima kasih kerana sudi mengunjungi Periuktanah.. silakan share kerana itulah tujuan K.An berkongsi resepi... email add K.An ada di atas tadi ye..
Post a Comment