Tuesday, June 14, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Keli dan Tauge Kasar

Sudah 2 hari sesi persekolahan dimulakan dan seperti biasa selesai juga sesi melayan anak-anak selama 2 minggu... Kembali sahaja dari kampung, K.An kerah anak-anak  supaya menyiapkan kerja-kerja sekolah.. Sambil-sambil tu ajar buat kerja-kerja rumah yang mudah. Walaupun penat mulut juga dibuatnya, tapi kalau tak dilatih, takut nanti sampai ke tua kekok nak menolong orang tua... paling kurang setakat nak sidai kain, lipat kain, sapu sampah, kemas bilik sendiri, buat air dan cuci   pinggan mangkuk boleh diharap.. Betul tak..?

Selain sibuk dengan anak-anak, K.An juga tolong jagakan anak kecil kawan Kak An, Mimi yang ditimpa masalah biasa zaman sekarang... apa lagi kalau tak 'bibik' lari... atau dalam bahasa ibunda mereka... 'kaburrr'.. K.an tak ada masalah nak tolong, lagipun ada Asma' dan Sarah yang membantu.. Kesian Mimi.. kenalah cari pembantu yang lain.

Bila sibuk, K.An pun masak yang senang-senang je.. tak sempat nak kejar sana-sini. Teringat resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli dalam majalah Saji yang disiarkan dalam Edisi Februari 2009... Mari kita Cuba.

Bahan-bahan: hidangan untuk 5 orang

3 ekor ikan keli- dibersihkan dan potong ikut citarasa (K.An potong 3)
4 sudu besar tempoyak
10 tangkai cili api- kurangkan kalau tak tahan pedas
2 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
sedikit daun kesum
1 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa
3-4 cawan air
50 sen tauge kasar dibuang akarnya

Cara membuatnya:

1. Tumbuk/ kisar lumat cili padi, cili merah, kunyit hidup dan bawang merah. 
2. Masukkan air,  bahan kisar/ ditumbuk ke dalam periuk. Didihkan. Kacau rata dan masukkan ikan. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Perlahankan api dan biar mereneh selama 10 minit. Akhir sekali masukkan tauge kasar. Kacau sedikit dan matikan api. Sedia dihidang bersama nasi panas...

*** masak lauk macam ni, ikut citarasa masing-masing. Kalau suka kuah lebih pekat, tambahkan tempoyak. Kalau suka pedas, tambahkan cili. Begitu juga, rasa masam,manisnya... pandai-pandai le nak tambah ye..

Cuba ye, jangan tak cuba...!!

4 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ann..mmg sedap gulai tempoyak bila dimasak ngan taugeh kasar.Tp jarang jumpa taugeh kasar skrg...

Raihan Shaari said...

azatiesayang... salam.mmuah.... gulai tempoyak ni bila dipanaskan 2,3 kali lagi sedap.. dengan kuah sekali boleh hirup..hmmm... kalau nak bekalan tauge kasar, meh dtg pasar presint 8 putrajaya. InsyaAllah ada..

indahhouse said...

salam kak raihan,
apa khabar kak?
dah lama tak cari tempoyak. menyelerakan betul keli masak tempoyak ni.
wah, resipi ni ada bubuh taugeh kasar. memang brbeza.

Unknown said...

ya allah sedapnya...teringat arwah opah...nnt i try buat,tq ye resepi...mei la lawat blog kite:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin