Tuesday, March 23, 2010

Nasi Daging

Selain nasi putih dengan lauk-pauk ala kampung, dan juga nasi Maqlubah, kalau makan nasi Daging ni pun boleh makan berpinggan-pinggan sebab rasanya yang tak 'muak' jika dimakan banyak. Walaupun ringkas, tetapi tetap istimewa terutama bagi Orang Utara yang menyajikan nasi ni semasa kenduri-kendara atau majlis istimewa yang diadakan.

K.An mula-mula masak nasi ni, sejak 5 tahun lepas atas permintaan rakan-rakan guru yang selalu tempah makanan daripada K.An. Masa tu selain dimakan dengan air asam, mereka minta K.An buatkan sekali Dalca Daging atau ayam sebagai lauk sampingan.

Kali ni, K.An kongsikan set asas Nasi Daging yang terdiri daripada nasi, air asam, daging rebus dan supnya...
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang dewasa)

500 gm daging segar
2 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar rempah kurma- campur dengan 1/2 cawan air
**4 ulas bawang merah
**3 ulas bawang putih
**sedikit halia
semua bertanda ** dihiris halus

serba sedikit- 3 kuntum bunga cengkih, sekuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan kulit kayu manis
3 sudu besar minyak masak - boleh campur dengan minyak sapi jika suka
sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul
sedikit pewarna kuning -(ikut citarasa)

Cara membuatnya:

1. Potong daging anggaran 2 inci X 2 inci. Basuh, toskan dan rebus dengan 10 cawan air hingga empuk. (lebih cepat jika guna periuk tekanan. Jika guna periuk biasa, bila daging yang direbus mendidih, tutup periuk dan perlahankan api. Biar mereneh hingga daging empuk- lebih kurang 30 minit ikut jenis daging.

Apabila daging masak tutup api dan sedia untuk proses memasak nasi.

2. Gunakan periuk nasi biasa. Masukkan beras yang telas ditoskan tadi ke dalam periuk. Masukkan 3 cawan air rebusan daging. Masukkan sedikit garam.

3. Didalam kuali atau periuk lain- Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga pecah minyak. Tutup api dan tuangkan ke dalam periuk nasi.

4. Masukkan daun pandan dan masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, celupkan lidi sate ke dalam pewarna kuning dan cucukkan di beberapa tempat pada nasi dan biar 5 minit sebelum dikacau rata.

Bahan dan cara membuat sup:

*** keluarkan daging daripada air rebusan dan hiris nipis

3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan sedikit halia-dihiris halus
rempah ratus- bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
1 sudu besar minyak masak
sebungkus sup bunjut
garam secukup rasa

a. Tumiskan bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi. Masukkan air rebusan daging dan sup bunjut. Didihkan. Masukkan garam secukupnya dan taburkan daun sup dan daun bawang. Tutup api dan sedia dihidang.

Air Asam

Tak lengkap nasi Daging, tanpa air Asam. Rasanya juga penting untuk menambah keenakan nasi Daging.

Bahan-bahan:

1 labu bawang besar- hiris nipis
1 cawan air asam jawa- K.An campurkan 1 sudu teh pati asam jawa Adabi dengan secawan air
4 biji cili padi- dihiris nipis
1 biji cili merah- dihiris nipis
1 sudu besar sos cili
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 cm belacan siap dibakar
garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh kerisik

Masukkan semua bahan didalam mangkuk dan gaul sebati. Hidang bersama nasi Daging, sup dan daging yang dihiris nipis.

**** K.An masak nasi dengan beras basmathi sama caranya dengan nasi biasa, cuma airnya K.An kurangkan sedikit berbanding beras super tempatan. Contohnya beras biasa 1 beras 2 air (1:2)
Jika beras basmathi 1 beras, 1 1/2 cawan air, jika 2 cawan beras, 3 cawan air. Jika 3 cawan beras, 5 cawan air.

*** tetapi jika beras direndam dahulu seperti kebanyakan resepi nasi beriyani, sukatan airnya perlu sama dengan beras supaya nasi tidak terlalu lembut.

10 comments:

cikmanggis said...

terima kasih kerana sudi kongsi resepi nasi daging ni..simple dan rasanya pasti sedap

Pnut said...

kak An-orang utara memang pemes nasi daging....
kalau emak saya buat..
tak payah kuah lain, nasi daing dengan ayaq asam saja..
perghhh aduhhh

Raihan Shaari said...

kak CM: yang simple gitu kak..!! orang dulu-dulu tak cerewet bab makan. Yang mudah tapi sedap.

Raihan Shaari said...

Pnut: macam tau2 je K.An teringat kat awak heheh..
K.An ngan Abg Azam pun makan nasi daging tu ngan air asam + air rebusan je.. Tak sempat buat sup, nasi dah habiiiis... hahah.. sebabnya manis daging + air asam sedap kan..? aahhh Pnut, hanya yang dah merasa tahu nikmatnya......

Nina Rizwina said...

harus dicuba..thanks kerana sudi berkongsi..siap dengan cara2nya yg penuh detail..:)

Raihan Shaari said...

Nina: gitulah caranya... hhihi.. kalau tertinggal step, nanti lain pulak jadinya... Terima kasih, sudi menyinggah.

ILANI said...

semalam sy catit resepi, hari ni makan malam buat nasi daging.. Alhamdulillah suami suka.. 2 pinggan nasi dia makan. sy jarang masak, ni baru nak jinak2 ngan dapur...TQ k.An for resepi yg best & simple..

Raihan Shaari said...

Salam Ilani: tahniah kerana mencuba.. K.An pun tak rajin sgt masak yang susah-susah.. almaklum masa pun terhad.. Boleh le cuba lagi resepi mudah2 di periuktanah ni..

Kadang2 yang mudah tu lebih sedap dan kena dengan selera kita..

Su said...

salam kak an.. nampak mcm sedap... len kali blh try buat nasi daging ni plak. hr ni buat kuih qasidah ikut resepi kak an. buka posa nati br tau sedap ke tak... tenkiu sudi kong resepi.

Raihan Shaari said...

ADMIN: salam dan terima ksih sudi cuba resepi... nasi daging ni dah ramai yang cuba dan alhamdulillah kena pulak selera mereka... nanti jangan lupa cuba ye..

Macamana dengan kuih Qasidah? ok tak rasanya?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin