Tuesday, November 10, 2009

Apam Beras lagi...

Buat lagi, lagi dan lagi....... Setiap kali jenguk periuktanah, pastinya 'kelibat' apam beras menyapa mata dulu... dah jadi kegemaran kami semua di rumah ni dan masih tak jemu-jemu menjamahnya. Boleh dikatakan juga, K.An sentiasa ada bekalan 'frozen' apam beras kat dalam peti sejuk beku di dapur tu...
Beberapa hari lepas, di pagi ulangtahun periuktanah, teringat pula nak masukkan kembali beberapa langkah membuat apam beras yang dulu tak sempat dikongsi bersama resepi yang disiarkan. Kebetulan K.An nak cuba warna baru yang lebih 'garang' (sebab anak-anak suka kuih warna-warni...) maka K.An rakamkan beberapa gambar menarik sepanjang proses kuih apam dimasak.

Untuk pengetahuan semua, antara sebab K.An suka buat kuih ni ialah "semacam ada rasa kepuasan yang tak terbayang apabila melihat apam yang dikukus mekar cantik dan tekstur gebunya apabila dimakan.... hmmmm... memang best.

Untuk resepi.. klik sini ye...
***tips galakan:

***apam yang siap dikukus dan dikeluarkan daripada acuan hendaklah dibiarkan sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau plastik yang di'seal' dan dimasukkan ke dalam bahagian beku peti ais.

*** Apam yang dibekukan tahan berbulan dan boleh dikukus semula apabila ingin dinikmati.

*** ragi yang elok juga memainkan peranan penting dalam mempastikan kuih apam yang enak dan gebu.

6 comments:

indahhouse said...

Salam kak,
comei sesungguh apam tu kak! Thumbs up! cam senang...tapi, cane nak wat gebush camtu ya? uhuk...

Ros2296 said...

k.ros dh beberapa kali buat resipi ni,alhamdulillah,memang gebu jadinya...tq An sudi share resipi ni

Unknown said...

hai periuk tanah....

boleh saya bertanya dimana boleh saya dapatkan ragi tersebut....sekiranya tiada ragi boleh tak diganti dgn bahan
lain dan akhir sekali cara2 nak meyimpan ragi tersebut samaada didlm peti ais ataupun mcm mana...

sudi sekiranya dapat mendapat membantu saya....
terima kasih,

Nukilan ida said...

tq kak kerana berkongsi ilmu..saya nak belajar buat apam dgn akak la..:P

Unknown said...

salam...akak suker makan tapi tak suker makan..

croquembouchee said...

A'kum,
Wah cantiknye apam! Saya dah lama mencuba tapi tak boleh jadi sepertinya!!! Apam nya jadi ringan tapi basah sikit, tak kering dan gebu macam at kedai. Juga tak merekah sangat. Saya agak mungkin tebung beras tak kena jenama atau masa nak kukus tu kak "kacau rata" sampai buih ragi tu dah tak de ke? Jadi apam tu naik atas eno ke? atau kerana buih ragi tu? Merekah tu mungki kukusan saya tak panas sangat, tapi nampak akak kukus sampai penh kukusan-OK je!!!
Saya minat sangat sebab apam ni tak de lemak!
Fauzi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin