bersambung...(mata dah kuyu..)
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
400gm udang harimau -dibuang ekor dan potong hujung kepalanya
1 peket petai siap dikopek (boleh guna petai keping, ikut citarasa)
1/2 cawan cili kisar-pekat
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
sedikit belacan -hujung jari kelingking
1 sudu besar santan pekat
1 sudu besar air asam jawa cair
garam dan gula secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan petai, air asam jawa, santan dan belacan. Masukkan 1/2 cawan air. Didihkan.
3. Masukkan udang dan kacau rata hingga udang masak. (lebih kurang 2 minit) masukkan garam dan gula secukupnya. Sedia dinikmati.
2 comments:
Mcm mana nak pilih petai yang power yea..Dah cuba resipi ni, makan ngan nasik lemak. Puas hati..
http://saysfifi.blogspot.com/2011/09/recipe-nasi-lemak-with-sambal-tumis.html
saya akan cuba resepi ini. diharap suami dan anak2 suka akan rasanya. bagi saya ia lain sedikit kerana ada santan & belacan. saya cuba dulu. apa pun saya akan inform balik sekiranya saya dapat pujian dari suami dan anak2....
Post a Comment