Wednesday, March 6, 2013
Ayam Panggang bersama Cendawan Shitake
Begitulah juga dengan kekalutan yang berlaku di Sabah ketika ini. Apapun, doa K.An agar Allah memberi kita jalan keluar yang terbaik dan memelihara umat Islam semua.. Takziah kepada semua ahli keluarga pejuang kita yang terkorban. Percayalah, tidak sia-sia pengorbanan mereka itu...
Bila berlakunya situasi begini, Terasa betapa masa yang kita ada tidak tentu bila hujungnya.. mungkin esok, mungkin minggu depan... maka cepat-cepat K.An kembali menulis supaya lebih banyak resepi dapat K.An kongsikan dengan semua... mata dah nak pejam, tapi caiyo-caiyo... teruskan usaha ....
Hari ni, K.An kogsi resepi mudah ayam panggang bersama cendawan shitake.
Cendawan shitake segar ini adalah buah tangan Abang Azam ketika bermesyuarat di Gunung Jerai Kedah Darul Aman.. Dipetik dari ladang dan dipek cantik seperti di dalam gambar. Menurut pemilik ladang, cendawan shitake ini banyak khasiatnya dan boleh merawat pelbagai penyakit seperti tertulis di kotak tersebut. Kalau nak tahu, cendawan ni boleh dimakan mentah atau dimasak mengikut citarasa masinbg-masing.
Puas juga kami makan cendawan sebab Kak An keluarkan cendawan dari kotak dan simpan dalam bekas kedap udara (tupperware) kemudian baru disimpan di dalam peti sejuk. Tahan sebulan lamanya..
Diringkaskan cerita, ini resepi ayam panggang bersama cendawan shitake..
Bahan-bahan:
1 kg ayam (K.An ambil bahagian pinggan ke peha ayam)
1 sudu teh rempah campuran arab (abaikan jika tiada)
1 sudu teh paprika
1 sudu teh oregano kering (ikut citarasa)
1 sudu teh lada hitam segar dikisar
3-5 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam dan kuyit secukup rasa
sedikit (1/8 st) serbuk kulit kayu manis)
Cendawan shitake ikut suka banyaknya
Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan perapan bersama minyak zaitun di dalam mangkuk. Ratakan ke seluruh bahagian ayam dan perap 15 minit.
2. Panaskan kuali pemanggang dan gliskan sedikit dengan minyak zaitun. Masukkan ayam dan tuangkan sebahagian bahan perapan bersama. Tutup kuali pemanggang agar ayam dimasak tidak kering. Masak selama 15 minit setiap bahagian. Cucuk bahagian peha ayam dengan pisau untuk mengetahui ayam sudah cukup masak atau tidak. Bahagian dalam ayam sudah masak jika air yang keluar adalah jernih dan tidak berwarna merah bila dicucuk dengan pisau.
3. Masukkan cendawan yang telah dihirs ke dalam mangkuk bahan perapan dan perap sementara ayam dipanggang.
4. Keluarkan ayam daripada kuali dan terus gorengkan cendawan selama 3- 5 minit kerana khasiatnya akan hilang jika dimasak terlalu lama. Hidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain atau enak dimakan begitu sahaja bersam sos cili, sos thai atau sos lada hitam.
Thursday, September 30, 2010
Kurma Ayam-resepi II
Hari ni K.An kongsi lauk biasa je, tapi dengan rasa yang berbeza daripada resepi sebelum ni... Kata Abang Azam, kena bagitau resepi ni sebab dah menepati kualiti yang dia dok makan kat kedai mamak tu... (katanya la)... Jadinya, inilah resepi hasil pemerhatian K.An pada kurma ayam di kedai mamak kegemaran kami sekeluarga...Thursday, September 2, 2010
Ayam Kicap Aroma-Resepi Makcik Linda

Thursday, August 26, 2010
Ayam dan Udang Panggang Santan Utara
Hari ni kalau teringin nak makan ayam panggang, boleh cuba resepi klasik k.An ni. Friday, June 25, 2010
Kerutuk Ayam Adabi

Thursday, May 20, 2010
Nasi Tomato dan Kurma Merah
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
Bahan-bahan:Tuesday, March 23, 2010
Ayam Gajus Dengan Sos Mangga
Masa kami makan-makan di Kelab tasik Putrajaya hari tu, Abang Azam makan nasi berlaukkan ayam gajus. Sedap juga dan ada rasa tersendiri. Tapi rupanya agak gelap- mungkin banyak sos tiram dan kicap pekat.
Bahan-bahan Ayam Gajus: (hidangan untuk 3 orang)Thursday, August 27, 2009
Ayam Sos Pedas, Lemak Cili Api Tenggiri dan Puding Santan Pandan

pencuci mulut hari ni- puding santan pandan.. resepinya di sini. Kali ni rupanya lebih cantik dan licin..
Kurma Ayam

Menu Ringkas- Ayam merah dan Ikan Bakar






Thursday, July 9, 2009
Ringkas..Ayam Goreng dan Coleslaw
Assalamualaikum semua.. dah makan tengahari ke hari ni..? Hari ni kita makan yang ringkas je ye. Ayam goreng ala-ala KFC dan coleslaw. Nak makan dengan nasi pun boleh, kalau tak nak pun tak apa.Coleslaw ni senang sangat nak membuatnya.. anak-anak pun boleh buat sendiri..
Bahan dan cara membuatnya: 180 gm kobis bulat- dihiris halus/ 20 gm karot dihiris halus/ 1 sudu besar cuka/ 2-3 sudu besar mayonaise/ 1 sudu teh gula
>>> masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata. Sejukkan sebelum dihidang.
Ayam goreng ni pulak K.An gunakan tepung ayam goreng yang dah siap dijual tu... tapi tak semua yang sedap. K.An selalu guna jenama yang kat dalam gambar tu.. Bahan dan caranya: 
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 biji telur dipukul sedikit
tepung ayam goreng secukupnya
>>> Panaskan minyak lebih kurang 1 1/2 cawan. Celupkan ayam ke dalam telur. Biar rata. Gaulkan dengan tepung dan goreng. Gunakan api sederhana. Buat proses sama untuk semua ketulan ayam.
Untuk isi ayam yang lembut dan berair , tutup periuk atau kuali ketika awal 5 minit menggoreng. Kemudian baru buka tudung dan terbalikkan ayam dan goreng hingga keperangan.
Sunday, June 14, 2009
Ayam Panggang dan Cucur Udang Seri Kandis
Bahannya: 2 cawan tepung gandum, 1 labu bawang besar dihiris, segenggam udang kering direndam air panas dan tumbuk halus, 1 biji cili merah dihiris halus, 1 biji telur, garam secukup rasa.
Bancuh tepung dengan semua bahan dengan 3/4 cawan air hingga sebati. Tambah air jika terlalu pekat atau tambah sikit tepung jika terlalu cair. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan goreng hingga keperangan. Hidangkan dengan sos cili dibancuh sedikit air masak dan gula.
Bahan-bahan:
10 ketul ayam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 biji buah keras*
1 inci halia*
2 batang serai dihiris halus*
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap manis
Cara membuatnya:
1.Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Kisar atau tumbuk halus bahan bertanda*. Gaulkan bersama ayam tadi hingga sebati. Campurkan gula, kicap manis, serbuk jintan putih dan jintan manis. Gaul rata. Simpan ayam dalam peti ais sehingga sedia dipanggang.
2. Panggang ayam dalam oven, kuali atau di atas api arang sehingga masak.
Serbuk jintan boleh diganti dengan jintan biji yang ditumbuk halus, lebih sedap...
Monday, April 27, 2009
Ayam Goreng Kicap
Bahan-bahan ayam goreng kicap ni sama dengan ayam masak kicap, cuma yang berbeza, yang ini kita gunakan isi ayam di bahagian dada dan dipotong kecil-kecil.Gaul dengan garam-kunyit, Panaskan 3 sudu besar minyak masak, dan goreng isi ayam hingga kekuningan. Jangan angkat tapi terus masukkan bahan tumisan (seperti resepi ayam masak kicap- rujuk resepi lepas) dan ikutlah proses seterusnya hingga selesai.
Masakan ni sesuai untuk ibu-ibu yang nak makan sikit je untuk 2,3 mulut dan sesuai juga dimasak untuk makan malam yang tak payah guna bahan banyak-banyak...
Tuesday, February 24, 2009
Cepat dimasak Sedap dimakan..Ayam Goreng Kunyit
Yelah... kadang-kadang, dah beli bahan mahal-mahal, masak tak menjadi, dan akhirnya membazir. Asal nak pahala, dapat dosa la pulak..
Sebut ringkas dan sedap, ayam, daging, sotong atau udang yang digoreng kunyit pastinya tidak mengecewakan kalau kena cara menggorengnya. Masa K.an 'kecik-kecik' dulu, kami adik-beradik memang awal-awal lagi pandai masak goreng kunyit ni. Sebab senang sangat.. yang kelakarnya, di awal perkahwinan kami yang perempuan ni, menu goreng kunyit nilah yang kami paling pakar. Hinggakan abang Jis, suami K.Mah 'komplen' asyik-asyik goreng kunyit, asyik-asyik goreng kunyit..... hah...hah. K.Mah kena 'komplen' sebab Abg Jis pandai masak...., tapi bagi kami yang suami pandai makan je..memang selamaaat..
Tapi ada perkara yang ramai tak tahu.. walaupun bunyinya senang, kalau tak kena cara.. sori.. tak sedap juga. Sebabnya, lain bahan, lain caranya..
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil (ambil bahagian dada) digaul dengan garam dan kunyit
1/2 labu bawang besar holland-dihiris membujur
2 ulas bawang putih diketuk
3 biji cili padi diketuk
1 biji cili merah dihiris serong
2 urat kacang panjang dipotong 1 inci/ 4 urat kacang buncis dipotong serong (pilih salah satu)
100 gm bunga kobis dipotong kecil
3 sudu besar minyak masak
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan isi ayam dan goreng hingga berbau wangi dan ayam keperangan di luar.
2. Masukkan bawang besar, cili padi dan cili merah. Tumis hingga wangi dan bawang besar layu. Tambah 1/2 cawan air.
3. Masukkan bawang putih dan kacang panjang. Tutup kuali dan biar mendidih dan kacang lembut. Selepas 2-3 minit, buka tudung kuali dan masukkan bunga kobis. Masukkan sedikit garam dan kacau 1 minit. Tutup api dan sedia dihidang.
Friday, February 6, 2009
Ayam Goreng Berempah

Sebelum pergi sempat K.An masak dan bekalkan dia nasi lemak
berlaukkan ayam goreng berempah...Resepi ni, K.An belajar daripada kakak K.An, K.T yang tinggal di Bandar Rinching semenyih masa 'pot-luck' buka puasa kat rumah dia 2 tahun lepas.

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)
1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis(biji)
1/4 sudu teh jintan putih(biji)
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Tumbuk semua bahan rempah ratus, halia dan lengkuas hingga halus. Boleh juga dikisar dengan pengisar kering.
2. Gaulkan ayam dengan garam hingga rata di dalam mangkuk. Campurkan dengan semua rempah yang ditumbuk tadi. Gaul rata dan perap 30 minit.
3. Selepas 30 minit, panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam beserta rempah dengan api sederhana hingga keperangan dan garing. Gunakan sudip berlubang supaya mudah mencedok rempah ratus yang digoreng sekali. Angkat ayam dan toskan.
Sedia dinikmati bersama nasi putih, nasi ayam atau nasi lemak.
** jika suka rempah yang banyak , gandakan sukatan bahan. Pastikan ayam adalah yang segar bagi mendapatkan ayam berempah yang enak.
Monday, January 19, 2009
Agak Remeh Tetapi Berbaloi..Ayam Merah Kukus
K.An pun kalau belek majalah keluarga, ruangan yang K.An selak dulu ialah ruangan resepi. Kalau ada yang menarik dan baru, K.An akan beli majalah tu. Tapi tu dulu-dulu lah.. Sekarang dah jarang sangat beli sebab banyak lagi keperluan anak yang nak dipenuhi. Jadinya, sekarang K.An cuma belek majalah lama dan cuba resepi-resepi yang ada dalam koleksi buku resepi peribadi.
Resepi ayam merah kukus ni, K.An dapat daripada Majalah Mingguan Wanita lebih kurang 4 tahun lepas. Masa tu bulan puasa juga (selalunya bulan puasa kena pelbagaikan resepi supaya semuanya berselera nak makan sahur)... Dalam majalah tu, ayam ni dimasak seekor terus, tapi untuk memudahkan anak-anak makan, K.An potong kecil-kecil sebab rasanya tetap sama.
Dah banyak kali menu ni K.An hidangkan untuk saudara-mara dan kawan-kawan... semuanya suka tetapi bila dengar cara memasaknya ada 3 peringkat, (goreng, masak dan kukus)resepi tinggal resepi... tak ada lagi yang cuba masak sendiri di rumah.
Percayalah.. walaupun nampak remeh, tapi bila selalu buat, senang je dan kalau masak ayam merah kukus, dah cukup dimakan dengan nasi. Tak perlu lauk lain lagi...
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
A)
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1.Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit hingga rata.
Taburkan tepung jagung dan gaul hingga sebati. (seperti dalam gambar). Goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
B) Bahan-bahan masak merah
Friday, November 28, 2008
Selera Thai lagi...Padprik Ayam
Bahan-bahan:1 cawan isi ayam dipotong kecil - senang anak-anak nak makan
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah ditumbuk kasar
1/2 labu bawang besar (Holland) dihiris bujur
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji cili merah dihiris serong
1 tangkai kacang panjang-potong 1 inci panjangnya
bunga kobis, karot dipotong ikut suka
3 helai daun limau purut dicarik kasar.
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng isi ayam hingga wangi dan masak (3-5 minit)- jangan angkat.
2. Masukkan bawang yang ditumbuk dan cili merah. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar. Kacau. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Tambah sedikit air.
3. Masukkan sayuran. Tutup kuali seketika (2 minit)
4. Buka tutup. Masukkan sedikit garam dan gula (sedikit sahaja sebab sos dah ada rasa masin dan kicap ada rasa manis). Masukkan tepung jagung dan daun limau purut. Kacau.
5. Bila dah mendidih dan kuah pekat, tutup api dan hidangkan.
*** ada perbezaan rasa kalau kita tidak mengikut susunan memasukkan bahan ke dalam kuali.
Rasa ayam berbeza jika digoreng sebelum atau selepas bawang ditumis.
Wednesday, November 26, 2008
Seringkas dan semudah Ayam Masak Kicap
Nak diceritakan asal resepi ni dari sebuah restoran di Kundang Selangor yang menjual makanan dan minuman dengan harga yang sangat murah.. Cotohnya air teh O- 50sen, teh tarik 70 sen dan nasi campur lauk RM2 je...
Masa tu kami dah pindah ke Bandar Tasik Puteri tapi A.Azam masih mengajar di Bukit Rahman Putra. Jadi, tiap-tiap hari lalu kat kedai tu dan sesekali singgah beli lauk untuk dibawa balik. Antaranya lauk Ayam Masak Kicap nilah.. Dua tiga kali rasa, taulah K.An macamana nak buatnya..
1/2 ekor ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah ditumbuk halus/kisar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau dipotong serong
1 labu bawang besar dipotong melintang(1/2 sm tebalnya)
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar sos tiram
3 biji cili padi diketuk (tak perlu kalau tak suka pedas)
Garam, kunyit, minyak masak secukupnya
Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan gaul dengan garam kunyit.
2. Goreng separa garing. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang dan halia hingga wangi. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cili merah, cili hijau,cili padi dan bawang besar. Masukkan ayam. Masak hingga kuah pekat.
5. Tambah garam jika kurang masin. Tutup api dan sedia dihidang.
*** walaupun nampak tak 'glamer' tapi anak-anak suka dan walaupun ringkas tapi ada yang tak tau tapi segan nak tanya... jadi K.An memenuhi permintaan orang macam ni la..
Sunday, November 23, 2008
Ayam Bakar Cikgu Aziz
.Masa balik beraya 3 tahun lepas macam selalunya ada satu malam kami buka puasa ramai-ramai dan yang jadi ketua BBQ tak lain tak bukan.. abang ipar K.An -Abg Jis lah (cikgu Aziz). Kali ni dia guna resepi 'special'; memang lain dari yang lain.
Bahan-bahan: (makan 10 orang kalau makan dengan nasi)
1 ekor ayam dibersihkan, dipotong 10- direbus separa empuk
1/2 biji nanas muda -dikisar halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 cawan cili kisar/ cili boh
Cara-cara:
1. Kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan nenas kisar tadi.
4. Masukkan garam dan gula. Masukkan ayam yang telah direbus tadi. Tambah sedikit air rebusan ayam. Gaul ayam agar sekata. Masak lebih kurang 5 minit atau kuah pekat.
5. Sediakan pemanggang atau kuali. Masak ayam sambil disiram kuah ke atasnya. Terbalikkan ayam dan masak hingga garing di luarnya.
6.Boleh dihidang bersama baki kuah tadi dan air asam.
Friday, November 21, 2008
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Caranya pulak, ayam tu direbus dahulu dengan kentang hingga empuk. Tak perlu buang airnya tapi tambah je santan pekat dan bahan lain. masak semula seperti biasa. (rujuk resepi masak lemak cili api udang di 'kongsi resepi hari-hari')
Hari ni K.An masak nasi putih, buat masak lemak cili padi ayam, goreng tepung ikan sardin, buat cicah budu campur ulam-ulaman. Berpeluh-peluh A.Azam makan.. he..heh..


