Wednesday, February 2, 2011

Croissant dan chicken-mayo sandwich

Idea nak buat croissant sendiri ni dah laaaama sangat dipendam.... almaklum, tak pernah pergi kelas atau kursus membuat croissant ni.. harapkan belajar dari blogger lain dan buku masakan je. Kena pulak masa yang terhad... asal nak buat, ada je halangannya. Tapi bulan Disember lepas, masa cuti sekolah panjang, sempatlah K.An mengumpul tenaga bagi menjayakan projek menghasilkan croissant sendiri. Walaupun tak secantik yang dibuat professional chef, tapi rasanya sungguh sedap. (sebab boleh ulang buat lagi) Agak rumit dan susah tapi berbaloi mencuba jika ada masa lapang. Kali pertama buat, saiznya agak kecil, jadi bila kali ke dua, K.An besarkan sikit dan alhamdulillah adalah rupa croissant...

Sebenarnya K.An suka sangat chicken-mayo sandwich menggunakan roti croissant yang dibeli di Dunkin Donut. Puas makan... siapa yang belum cuba, cubalah beli.. rasa sendiri kesedapannya..
Bila sebut Dunkin Donut pulak, teringat adik-adik junior K.An di Aisyah College, UIA yang rajin buat kerja part-time di Dunkin Donut- Hospital Universiti, setiap hari lepas kuliah. Ita, Atie, Sher dan Liza.... selalu juga bawak balik bekalan lepas habis kerja. Rajin adik-adik K.An ni.. walaupun penat tapi enjoy je. Pengalaman dapat, duit extra pun dapat. Dah lebih 15 tahun tak jumpa mereka ni... rindu rasanya...

Oklah... bernostalgia la pulak. Resepi kali ni sekadar berkongsi je.. tak payahle buat kalau tak ada masa... remeh sikit kerjanya.. Tukang masak pro yang baca entry ni janganle gelakkan K.An ye.. almaklum, belajar sendiri.."idakle cantik ghupe croissant teman nih..hihiihi.."

Resepi asal dan teknik membuat dari buku Aneka Roti oleh Saadiah Mohamad terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad.

Bahan-bahan:

125 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)
100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
25 gm mentega dicairkan
120 gm margerin pastry(untuk lipatan)- boleh beli dari kedai bahan-bahan bakeri
1 biji kuning telur- untuk disapu di permukaan croissant

Bahan (A) dilarutkan
100 ml susu segar
50 gm gula kastor
7 gm yis segera

1biji telur

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung roti dan garam ke dalam mangkuk adunan. Masukkan telur dan margerin. Gaulkan hingga rata.

2. Tuangkan bahan A. Uli doh hingga lembut dan kenyal. (uli selama lebih kurang 15 minit) . Bulatkan doh, masukkan ke dalam mangkuk. Tutup dengan tuala dapur atau cling wrap. Biar doh naik selama 40 minit atau dua kali ganda.
3. Canaikan doh sekali lagi hingga lembut. Masukkan margerin pastri seperti gambar di atas. Margerin pastri juga perlu dicanai beralaskan plastik supaya sesuai besar dan lebarnya dengan doh. Buat proses lipatan seperti di atas.

4. Balut dengan cling wrap dan rehatkan selama 20 minit di dalam freezer. Selepas 20 minit canai leper doh bentuk segiempat panjang dan ulang melipat seperti di atas.(tak perlu letak margerin pastri lagi). Rehatkan lagi di dalam freezer. Ulang proses sama selama 3 kali.
5. Setelah dikeluarkan dari freezer, canai doh pastri seperti gambar. Lebar yang dicadangkan ialah 25 sm dan 2 mm tebal. Boleh ikut saiz yang dikehendaki juga.

6.Potong doh menjadi bentuk segi tiga seperti gambar. gulung dan bentukkan seperti bulan sabit. Letakkan di dalam loyang pembakar dan biarkan croissant naik dua kali ganda. Panaskan ketuhar ke suhu 200 darjah Celcius dan bakar croissant hingga ke perangan.

***hati-hati ketika proses membakar. kurangkan sedikit suhu kalau rasa nak terhangit croissant tu mcm K.An punya... huhuhu...
Dah siap... dapat banyak jugak... tapi sekejap je habis bila dah dijadikan chicken-mayo sandwich. Yang pasti, saki baki lebihan doh tu, K.An gulung dan bakar sekali. Makan macam tu saja pun sedap.
Nak buat sandwich senang je. .. boleh guna isi ayam goreng, salad, sos, mayonaise. Belah dua roti dan isikan semuanya. K.An perapkan dada ayam dengan sedikit paprika, lada hitam, rosemary kering,garam dan madu. Panggang dan hiris nipis. sedap tau...

4 comments:

~mrs azmi~ said...

2-3 menjak ni asik tengok rancangan kat tv buat croissant ni.. food jammer & poh's kitchen

jadi teringin nak buat sendiri.. bahan nampak macam mudah cumenye remeh sikit nak buat eh?

Raihan Shaari said...

mrs azmi: kalau rajin, apa salahnya mencuba. tapi memang perlukan kesabaran sebab perlu direhatkan doh bagi setiap lipatan. Kali pertama buat, K.An buat kecik sikit dan bila dibakar, banyak yang terbuka gulungannya. Kali kedua buat, K.An besarkan saiznya dan banyak jadi elok. Tapi rasa puas juga bila dah cuba sendiri.

aLoY said...

wa.. menarik nyer.. nk buat mls lor.. salam perkenalan.. i follow ye kak.. ni satu croissant!!!

momma said...

wat pastry sendiri. jadi cantik la croissant tu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin