Saturday, July 30, 2011

Pengat Labu Berjagung

Seminggu yang berlalu, K.An menghabiskan banyak masa dengan mengemas pejabat aka tempat  bekerja  K.An iaitu DAPUR... mengemaskini peti ais, melupuskan barang-barang yang sepatutnya dilupuskan dan menyusun-ataur bahan mengikut keperluan bulan Ramadhan.  Sambil-sambil tu, menghabiskan saki baki stok bahan mentah yang tinggal sedikit di dalam peti ais. Ambil situ-sini, maka terhasillah  Pengat Labu berjagung ni...
Sesuai untuk berbuka puasa atau boleh juga dijadikan juadah ringan selepas solat Tarawikh..

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang)

200 gm labu kuning yang telah dibuang biji- kupas dan potong dadu
1 tongkol jagung manis- dihiris isinya
1 cawan air
1 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
1 sudu besar gula merah/gula melaka/ gula perang
gula pasir secukupnya
secubit garam
1 helai daun pandan-dicarik dan disimpul
2 sudu besar sagu biji direndam dengan 1/2 cawan air selama 10 minit

Cara membuatnya:

1. masukkan labu kuning bersama 1 cawan air ke dalam periuk. Rebus sehingga labu lembut. Jangan terlalu lembut sebab ada sesetengah labu jenis yang hancur jika terlebih masak.
2. Masukkan jagung, santan cair, daun pandan, gula merah dan didihkan seketika hingga jagung empuk. Gunakan api sederhana sambil kacau pengat sekali-sekala. Masukkan pati santan dan sagu biji.

3.Akhir sekali Tambahkan sedikit gula pasir dan sedikit garam ikut citarasa  masing-masing. Apabila sagu jernih dan kuah memekat, matikan api. Sedia dinikmati ketika panas atau sejuk.
K.An suka sangat pengat ni sebab ada gabungan tekstur lembut pada labu dan tekstur rangup pada jagung. Rasa manis asli labu dan jagung juga sungguh sedap...

3 comments:

cikmanggis said...

salam An..Cm nak kemas "ofis"pagi ni.Teruk sikit sb ada dua "ofis" kena bersilat sehingga tengahari.Selamat menyambut Ramadhan An...

Malay-Kadazan girl said...

Sedapnya juadah ni untuk bulan puasa ni. Saya bookmark resepi ni. Terima kasih.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Raihan..slmt memasak tuk juadah brbuka puasa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin