Wednesday, August 3, 2011

Sup Tulang Jalan Doraisamy

Mari-mari salin resepi... lepas tu jangan simpan dalam laci je tau.. pergi pasar, cari bahan yang diperlukan, terus buat... haaa.. lepas tu baru tau kesedapannya..

Assalamualaikum wrt semua.. alhamdulillah dah selesai puasa hari kedua dan tarawikh malam ke-3... moga Allah beri kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan kemampuan beribadah di bulan yang mulia ini. Jangan lupa, memasak pun jadi ibadah jika kita niatkan kerana Allah Ta'ala dan juga boleh tambah lagi pahala jika dikongsi bersama jiran tetangga.

Berbalik kepada Sup Doraisamy yang K.An tayang gambarnya di sini tidak dimasak di Jalan Doraisamy ye, tapi dimasak di Putrajaya... resepinya K.An dapat daripada Blog Chef  Saadi di jommakan_saadi.blogspot.com Dengan kepakaran chef, K.An percaya 100 % resepi yang dikongsi dan terus mencubanya beberapa hari lepas. Alhamdulillah, walaupun kami sekeluarga tak pernah sekalipun makan sup Doraisamy, tapi sup yang K.An hasilkan, mendapat markah tinggi daripada pengkritik makanan di rumah ni... hilang penat-lelah mengerjakan sup ni yang agak renyah kerjanya berbanding sup Siam kegemaran K.An.

Resepinya mengikut resepi Chef saadi dan K.An tambah sikit bahan ikut citarasa K.An.. Terima kasih chef atas resepi yang sedap ni.

Bahan-bahan: (anggaran hidangan untuk 5 orang)

1 kg tulang yang ada daging- boleh juga guna tulang rusuk/rawan- K.An tambah lebih kurang 200 gm daging tetel
2 sudu besar rempah kurma
6 biji buah keras ditumbuk halus
8 biji bawang merah dikisar
1/2 inci halia diketuk- K.An gunakan halia muda dihiris nipis
3 ulas bawang putih dikisar
1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji kentang dibuang kulit- K.An gunakan 2 biji kentang bersaiz besar
2 batang seleri dipotong anggaran 1 ini panjang
garam dan lada hitam secukup rasa
***K.An tambah 1 biji tomato dibelah 8 dan sedikit gula

Cara membuatnya:

1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk. Jika menggunakan periuk tekanan, tulang direneh anggaran 1 jam. Jika menggunakan periuk biasa, reneh(didihkan daging dengan api perlahan dan periuk bertutup) selama 2-3 jam.
3. Masukkan kentang dan seleri ke dalam periuk rebusan dan biar empuk. Setelah kentang lembut, keluarkan kentang dan seleri dan kisar halus bersama sedikit air rebusan. Masukkan semula ke dalam periuk rebusan.

4. Di dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi... (kalau nak tahu, baunya memang wangi dan membuka selera). Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan buah keras dan kacau seketika. Masukkan tumisan rempah tadi ke dalam periuk sup. 

5. Masukkan garam, tomato, sedikit gula dan lada hitam kisar secukupnya. Biar mereneh hingga sup agak pekat. Taburkan daun sup dan bawang dan sedia dihidang bersam nasi putih atau roti sandwic...

13 comments:

resipe-masak-makan said...

Salam kak An,Selamat berpuasa, tq kerana cuba resepi saya, awat tak ajak cek sama rasa sup tu, nampak mengancam.

Diana @ Melley Mey said...

Sedapnya tengok sup tulang tu.... dah lama dah x buat sup tulang... menyelerakan sungguh

resmipadi said...

Memanggggg sedaaapppp!!!

Mas said...

bestnya kak ann sup tulang tu......
pekat berempahhh...

Nurul said...

Salam Ramadhan buat K An Sekeluarga...
Cara buat sup tulang ni mmg lain, selery & kentang yang dah empuk kena kisar n masukkan dlm sup tu... emmm, bleh la try gak nanti... Mesti sedappppp sgt sup ni.. :)

Mamasya said...

Salam Ramadan An dan slmt berpuasa buat An sekeluarga.sedapnya nampak sup tu...nanti boleh cuba.kalau bulan puasa ni suka sup2 berbanding dgn lauk bersantan. sebelum ni pernah cuba sup siam resepi dr An, itupun sedap....dah jadi favorit kami sekeluarga.

ctsal said...

salam perkenalan kak an,
saya suke baca blog akak.
resepi yang akak kongsi nampak mudah tapi sgt menyelerakan :)
saya jadi follower akak ek

kak ina kl said...

selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia buat kamu sekeluarga. Boleh try nanti resepi ni.

Raihan Shaari said...

resipe-masak-makan: salam chef, suami K.An kata sekarang ni sup ni dah naik takhta no 1 carta sup di rumah ni...wooo.. terima kasih byk atas resepi ni.. lain kali K.An buat byk lagi n ajak chef ye.. datang tau..

Raihan Shaari said...

Salam Diana.. ni kali pertama K.An buat sup ni.. tapi memang sedap dan boleh ulang buat. Diana boleh cuba juga sup siam K.An.. insyaAllah tak mengecewakan..

Raihan Shaari said...

Resmipadi... nanti kita buat lagi ye.. 'Aisyah hirup mcm makan mushroom soup tu..

Raihan Shaari said...

Mas n Nurul.. Cuba buat ye.. supnya agak pekat dan sedap dicicah roti atau makan dengan nasi putih. Tak payah cari kat kedai mamak lagi dah

Salam Ramadhan Mamasya.. An pun macam tu.. prefer sup macam ni di bulan puasa. Thanx mamasya sb sudi cuba resepi An..

Raihan Shaari said...

Salam kenal ctsal... selamat mencuba aneka resepi di periuktanah..:)

Salam Ramadhan kak inakl.. masak apa hari ni...?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin