Assalamualaikum wrt...
Alhamdulillah, semalam selesai juga K.An menggantikan 30 hari puasa Ramadhan tahun lepas yang tak dapat K.An tunaikan kerana nifas selepas melahirkan almarhumah Munirah Huda... Lega rasanya sebab dah terbayar hutang dengan Allah... Bagi yang belum selesai meng Qada' puasa, ada lagi tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk Ramadhan...
Kembali ke dapur periuktanah, hari ni K.An lontarkan idea juadah mudah untuk berbuka puasa minggu depan. Sesuai kalau nak masak banyak untuk diberi kepada jiran2 ataupun dijadikan buahtangan untuk majlis berbuka puasa di rumah mertua, kawan-kawan atau rakan sekerja di pejabat. Sesuai juga kalau nak buat juadah untuk moreh di rumah atau surau...
Yang inipun K.An buat banyak untuk dibawa ke surau sebagai juadah pencuci mulut lepas solat Isya' di malam Jumaat. Buat kecil-kecil supaya senang dimakan dan tak membazir...
Walaupun resepinya dah ada sebelum ni, tapi K.An kongsikanjuga sebab kali ni, K.An gunakan minyak masak sepenuhnya menggantikan margerin cair.
(sumber asal daripada SajiOnline: telah diubahsuai sedikit sebanyak mengikut citarasa K.An)
Bahan-bahannya: (menghasilkan lebih kurang 90 ketul kek saiz kecil seperti apam)
3/4 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir- K.An kurangkan 2 sudu besar
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair/ sejat
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum***
1 sudu teh soda bikarbonat***
1 sudu teh baking powder***
bahan bertanda *** diayak bersama
3 biji telur Gred A atau B dipukul sedikit.
Cara membuatnya:
1. Campurkan serbuk coklat, gula pasir, susu cair dan minyak di dalam periuk. Hidupkan api sederhana. Kacau adunan hingga gula cair dan bahan sebati. Tak perlu mendidih. Angkat daripada dapur dan biarkan suam.
2. Sementara itu, ayak bersama tepung , soda bikarbonat dan baking powder.
3. Tuangkan susu pekat atau krimer manis ke dalam periuk adunan yang dah menjadi suam tadi. Gaul rata. Masukkan telur dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit-demi sedikit dan gaul hingga sebati. Sediakan acuan apam dan alas dengan cawan kertas kecil. Isikan adunan kek 3/4 penuh acuan. Kukus selama 10 minit.
Adunan boleh juga dimasukkan ke dalam loyang besar yang sesuai. Pastikan adunan cuma diisi 3/4 penuh kerana kek akan mengembang setelah dimasak. Jika menggunakan loyang masa mengukus adalah 30 minit atau sehingga kek masak (cucuk dengan lidi, bersih apabila dikeluarkan.)
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment