Thursday, July 21, 2011

Kuih Kalakatar lagi... 'febret' di bulan puasa

Antara kuih-muih tradisi yang paling dicari di kampung K.An, di bulan Ramadhan ialah kuih Kalakatar.... Istimewanya, telah K.An ceritakan dalam 'entry' kuih kalakatar sebelum ni. Kuih yang berasaskan air kelapa muda, isi kelapa muda dan tepung beras ni memang istimewa bagi masyarakat Banjar di tempat K.An. Bagi K.An tiada yang lebih istimewa berbanding kuih kalakatar buatan sendiri dari rumah.. Almaklum, yang dijual, agak kedekut sikit isi kelapanya dan ada yang tidak asli menggunakan air kelapa muda.(dicampur air biasa) tambahan lagi, kuihnya tidak lembut dan 'menggeletar' apabila diangkat. Sedangkan dari situlah datangnya nama kuih ini... KALAKATAR...

Istimewa sempena hari-hari mendekati Ramadhan, K.An sajikan sekali resepi kalakatar. Kali ni dalam jumlah yang lebih banyak. 2 kali ganda daripada resepi sebelum ni. Loyang kecil tak cukup...

Bahan-bahannya:

6 cawan air kelapa muda -daripada 2 biji kelapa muda yang agak besar saiznya
isi kelapa muda- seeloknya yang lembut dikokot menggunakan sudu. Jika isi kelapa muda agak keras, gunting kecil-kecil agar kuih senang dipotong nanti.

2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur B
8-10 sudu besar gula pasir- jika air kelapa sudah manis, kurangkan gula
secubit garam

Cara membuatnya:

1. Lengser loyang berukuran 8X8 inci atau yang bersesuaian dengan sedikit mnargerin. Tidak perlu dialas.
2. Panaskan oven ke suhu 200 darjah Celsius api atas dan bawah.
3. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul telur dan gula menggunakan 'whisk' hingga gula larut dan telur berbuih. Tak perlu kembang.
4. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa secara berselang-seli, sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul menggunakan 'whisk.' (pemukul telur manual) Pastikan adunan sebati.
5. Masukkan bater ke dalam loyang. Letakkan loyang di rak paling bawah di dalam oven. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius. Selepas 15 minit, keluarkan loyang dan kacau adunan kuih agar kuih tidak mendap ke bawah. Setelah dikacau rata, Taburkan isi kelapa muda di permukaan kuih. Terus membakar kuih di bahagian tengah oven selama 30-40 minit atau sehingga kuih masak. Bahagian atas kuih nampak keperangan apabila kuih masak seperti di dalam gambar.

6. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidang. Jika ingin dijadikan juadah berbuka puasa eloklah jika kuih ini dimasak di waktu pagi. Atau lebih mudah masak di waktu malam dan sejukkan di dakam peti ais. Potong keesokan harinya ketika hendak berbuka puasa... 



****Tips periuktanah. Gunakan cawan yang sama saiznya untuk menyukat tepung beras dan air kelapa. K.An menggunaka cawan berisipadu 220 ml. tepung gandum disukat penuh sudu, bukan rata..

Selamat Mencuba

13 comments:

ibundo said...

salam. macam taak pernah rasanya kuih ni. pasti sedap. bundo ambek resepi ya..

resipe-masak-makan said...

salam puan. den pun samo cam tak pernah raso dan tengok kuih ni. origin kiuh ni perak ko?

Aainaa said...

k'an...kuih ni sedap..kuih feveret aina ni...slalu aina jumpa kuih ni kalo balik kg arwah nenek kt kuala kurau..kuih org banjar..sedap sgt2..

Asyifa Mustaffa said...

salam kak....kulaan ni ye...^^ kuih peberet sy dri arwah2 tok nenek smpi la nie..trun kat cucu2 pulak...tp mak x pandai buat...walaupun banjar sejati....! x penah menjadi katanya....sy nak cuba pun x berani....:)

abazilah said...

hye , singgah jap .
tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
tq :)

Nurul said...

Salam, K An..
Jumpa kulaan pulang... hikhik, nurul x reti sgt bersurah banjar... walaupun majoriti keluarga org banjar... Kuih fav arwah abah nurul ni... Dia suka sgt2 kuih ni... cuma maklong nurul je yg pandai buat... :)

Raihan Shaari said...

ibundo: kuih ni memang tak de dijual di mana-mana gerai di Lembah Klang ni.. kalau nak cari pun area kampung An di Batu 5, Parit Buntar Perak.. itupun belum tentu dapat yang sedap seperti buatan di rumah.

resipe-masak-makan: kuih ni kuih tradisi Masyarakat Banjar di utara Perak. Nak rasa, chef buat temujanji ngan K.An

Raihan Shaari said...

Aainaa:... memang betul sedap... hanya yang pernah rasa tahu nikmatnya

Raihan Shaari said...

Asyifa: cuba buat guna resepi K.An ni, insyaAllah jadi.. orang dulu2 tak bagi sukatan, main agak2 je... tu yang jadi susah..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak An...Tak pernah jumpa kuih ni..Ada masa boleh cuba juga ni.....

sue_eila said...

Salam kak An..terliur la tgk kalakatar ni..teringat kat kalalkatar kt batu 5 tu huhuhuhu...rasa cam nakbalik kampung sekarang gak hehehhehe

loverainbow said...

tq.dah lama cr resepini.

Azali Arba'ain said...

Bihiri nireng. Lawas kada merasani. Almaklum..umanyak urang Kelantan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin