Salam ceria.... moga semuanya sihat di pagi Khamis yang sejuk nyaman di Putrajaya ni.. alhamdulillah sejak lepas raya hari tu, cuaca agak lembab hampir setiap hari di sini. Bagi yang tak suka panas dan dudk di rumah macam K.An, suka sangat cuaca macam ni. Tapi bagi yang nak pergi kerja.... aduuuh.. liat juga dibuatnya nak melangkah keluar dari rumah... betul tak?... ni berdasarkan pengalaman sendiri juga dulu-dulu..
K.An ni macam mengejar due-date juga.. dah nak habis bulan, baru le sibuk terkejar-kejar nak siapkan tugas.. hehehhe... tugas meng'update' blog... sori bos ye...
Apapun, menu hari ni sedap tau, boleh buat minum petang nanti ataupun nak jamu tetamu yang datang beraya... senang je. Resepi 'cheese cake' ni dikongsi oleh kakak angkat K.An- Roswani lebih 5 tahun lepas...(masuk ni, baru 2 kali buat sebab cheee kan ke mahal...hehehe..- tapi sesekali buat memang berbaloi). Buat kali ni sebab dah terliur sangat tengok cheese cake lapis coklat K.Aida ngan cheese cake Intan kat Swiss tu...habis pantang je, peluang K.An pulak nak menge'cis'... alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan..
Terima kasih Kak Ros atas resepi yang mudah ni..
250 gm Philadelphia Cream Cheese
1/2 cawan susu cair- boleh juga guna 1/2 cawan krim putar
75 gm gula kastor
3 biji telur A
sedikit esen vanilla
1 peket Biskut Marie original
20-25 gm mentega
jem blueberry secukupnya
Cara membuatnya:
1. Kisar biskut marie hingga halus. Dapatkan 1 1/2 cawan.
2. Cairkan mentega dalam microwave atau kuali. Jangan didihkan. Campurkan dengan biskut marie tadi. Gaul rata dan tekan kejap ke dalam acuan spring foam. Ratakan. Simpan di dalam peti ais sementara bahan lain disediakan.
3. Pukul keju dengan gula hingga kembang dan gebu.(guna kelajuan tinggi) Masukkan telur atu persatu dan gaulkan rata.( jika guna mixer, guna kelajuan sederhana)
4. Masukkan susu cair dan esen vanilla dan putar perlahan hingga semuanya sebati.
5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius. Tuangkan adunan keju ke atas pastri biskut marie tadi. Balut loyang dengan aluminium foil sebanyak 2 lapis dan masukkan ke dalam bekas lain yang berisi air. Bakar kek selama 45 minit atau sehingga permukaan kek keperangan.
***dah ada yang bertanya, tak berapa faham step ni.. Begini sebenarnya: kek keju selalunya dibakar menggunakan teknik 'water bath' atau 'bain marie'.(supaya tekstur kek gebu) maksudnya loyang kek dimasukkan ke dalam bekas yang lebih besar yang diisi air. Kemudian baru dimasukkan ke dalam oven. Memandangkan kek keju dimasak di dalam loyang spring foam (dasarnya boleh ditanggalkan) loyang perlu dibalut aluminium foil agar kek tidak dimasukki air.
Kek boleh juga dimasak di dalam loyang biasa tapi tak boleh le nak dikeluarkan sebiji gitu macam kat gambar kat bawah ni... nanti berderai dasarnya... kalau guna loyang biasa, kenalah dipotong di dalam loyang dan disudukan keknya dengan berhati-hati.
***kalau guna oven yang kecil dan tak muat nak letak bekas air yang lebih besar, boleh juga letakkan bekas berisi air di rak paling bawah dan letak kek di rak di atasnya.
6. Apabila kek sudah masak, ratakan jem blueberi atau jem buah kegemaran anda di atasnya.
7. Sejukkan kek di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
10 comments:
Sedapnya cheese cake tp x pandai nk buat, satu lg macam susahnya nak cari bahannya.
Jom jd follower kita..hehehe
Ct... K.An pun macam Ct jugak.. kalau susah nak cari bahannya, jadi malas nak buat. Yang ini senang je bahannya. cheese tu boleh dapat kat kedai bahan2 kek atau pasaraya besar. jem tu optional. tak letak tak apa atau letak jem dalam botol pelbagai perisa..
salam K.An,
Saya baru first time baca blog ni...
best la..!
Saya dah cuba buat kek ni semalam...
Alhamdulillah, jadi...
Tapi dia nipis skett coz saya pakai loyang besar...
Husband pun suka...
Thanks Akak... :)
Mintak izin nak letak resipi ni dalam blog saya...
saya letak link blog akak sekali.. :)
K. An...saya nie follower tegar blog akak....tapi inilah kali pertama saya nak bertegur sapa. Selamat Hari Raya yer kak..( ada 2 hari lagi nie..). Saya teringin juga nak buat cheese cake atau apa2 keje membaking...masalahnya..saya x ada yang pemutar adunan tu. Kira kalau nak pukul telur tu...manual jer...guna tangan sepasang ini. Agak2..kalau pakai tangan pukul...bantat tak kek nie nanti? Sy takut x cukup kembang dan sebagainya.... Lagi satu...saya guna oven yang sekali dengan dapur tu. Brand Zanussi...pakai gas. Sangat tak pandai adjust suhu dia... Mcm mana yer...?
resepi nie agak senang boleh la qira cuba nanti... akak kalau taruk susu cair ada beza tak rasanya???
salam k.An...
iemah ada resepi Philadephia Chilled Cheese Cake..senang jer..nanti iemah tempek kat blog eak :)
Nurul:... bagusnya dah cuba n tahniah.. kalau nurul nak tepek resepi tu silakanlah... lagi ramai yang pandai buat, lagi banyak pahala kita nurul...
aziela: assalamualaikum... sori le lambat nak membalas komen ziela,
Kalau nak buat kek yang memerlukan bahan basah spt telur dan gula dipukul hingga kembang atau putih, sebaiknya gunakan pemutar untuk hasil yang memuaskan. sebab bahan mcm tu mesti dipukul dengan kelajuan tinggi.jika tak kek tidak gebu dan naik dengan sempurna.
tapi jika bahan hanya perlu dipukul dgn 'whisk' atau digaul dengan senduk, bolehlah gunakan cara manual i.e tulang 4 kerat...hehehe..
kalau ziela tgk resepi kek pisang, bahan di'blend' dengan pengisar sb menggunakan minyak dan bukan margerin/mentega.
oven gas pula sebenarnya lebih jimat dan mneghasilkan kek yang lebih cantik jika faham penggunaanya. laraskan suhu seperti diarahkan dan letakkan kek di rak tengah ketika membakar. tapi kdg2 lain jenama lain caranya. tips penting faham oven anda dan catitkan sebarang perbezaan ketika membakar di rak bawah, tengah atau atas. begitu juga penggunaan api atas, bawah dan atas bawah;..practise make perfect
salam qira... k.An guna susu cair je, tak siapa tahu perbezaannya. sedap dan berkrim..
salam iemah: tq... k.An suka sangat klu dpt try resepi lain juga..
Post a Comment