Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri dan Kembali Bersiaran...

Asalamualaikum wrt.wbt...

Pertama sekali, K.An dan keluarga ingin mengucapkan salam aidil fitri kepada semua... walaupun dah masuk hari ke-13 kita beraya, kalau di Lembah Kelang ni, masih ramai yang mengadakan rumah terbuka sempena AidilFitri dan juga jamuan raya di pejabat-pejabat atau tempat bertugas. Tak kurang juga yang menyambut raya selepas selesai mengerjakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.... Pendek kata, ramai yang masih beraya..

Di kesempatan ini kami menghulur tangan memohon kemaafan jika ada sebarang salah dan silap selam K.An bersiaran di sini. Antaranya, terlebih mohon cuti raya kali ni..hehehhe... almaklum bila balik ke kampung tu, memang nak luangkan sepenuh masa dengan sanak-saudara yang jarang dapat berjumpa.... tak teringat nak menjenguk lap-top yang dibawa bersama. Apatah lagi nak mengemaskini 'entry'

InsyaAllah walaupun dalam kesuntukan masa , K.An akan cuba kembali berkongsi aneka resepi lagi untuk semua.

Hari ni masuk hari ke-2 Asma' UPSR dan esok selesai... Tunggu Iqbal yang nak PMR pulak bulan Oktober nanti... Terasa 24 jam berlalu begitu pantas...

4 comments:

AlKisahKu.. (^-^) said...

slmt kari raya kak An..slmt kembali bersiaran...

ilahjy said...

salam aidilfitri an.. comel2 anak an..kejap jer si teecikk tu kan dah besar..

fififiedafirdausi said...

assalammualaikum.. salam lebaram.salam perkenalah dengan penuh ukhwah..saya fieda dari terengganu.Saya suka baca blog kak.hari2 buka..suka cari resepi dan baca cerita serita di dalam nya..

Tuty said...

salam kak an. tuty baru je terbaca blog kak an ni sbb dok sibuk2 tgk resepi2 best. tak sangka blog ni kak an punye..
wahh anak2 sumer dah bsr2 ek. iqbal mcm lbh tinggi dr ayahnye hehe. ahli kuarga pun dah bertambah ye. tahniah. bila nak jgk2 bndr tsk puteri. jemput la dtg umah..
best gak periuktanah ni. resepi simple2. senang nak ikut. jgn brenti menulis ye. atleast ade idea nak msk utk suami klu dah x tau nak msk ape hehe..
kirim slm kat ust azam and anak2 :-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin