Thursday, July 8, 2010

Tat Keju Bluberi

Assalamualaikum wrt...

Demam Piala Dunia makin terasa akan meninggalkan kita.. kalau panjang umur dapatlah kita menonton lagi aksi jaguh-jaguh bolasepak dunia 4 tahun dari sekarang.... sedih pulak rasanya sebab kali ni K.An pun turut serta menyaksikan hampir setiap perlawanan disebabkan jadualnya bersesuaian dengan waktu santai kami sekeluarga....

Minggu depan, rutin harian kita pun akan kembali seperti biasa... tinggal menunggu bulan Ramadhan pulak menyambut kita sebulan dari sekarang insyaAllah..

Hujung minggu baru ni, bila anak bujang K.An balik bermalam, sperti biasa K.An buatlah sesuatu yang istimewa sikit untuk minum petang keluarga. Asalnya nak buat 'cheese cake' tapinya bila terpandang 'cheese tart' kat rumah Ira menu pun bertukar. Macam biasa belek koleksi majalah kat rak buku, terjumpa beberapa resepi tat keju yang nampak menyelerakan. Dalam banyak-banyak tu, K.An pilih yang menggunakan bahan yang mudah dicari dan mudah cara menyediakannya.

Masa tat ni dibakar, terbukti pilihan resepi kali ni tidak silap... baunya sungguh mengujakan. Bila siap... rasanya pun sungguh enak.. tak kalah rasa tat di hotel-hotel dan bakeri yang pernah K.An nikmati. Terima kasih, Puan Salhah Bujang dari MYSAL HOMEMADE CAKE yang berkongsi resepinya dalam Majalah Rasa Edisi Aidilfitri 2008. K.An pernah cuba resepi Roti Arab daripada beliau sebelum ni.. juga tak mengecewakan..

Jom kita tengok resepinya:

Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 40 biji tat saiz besar)

Bahan Pastri Tat:

250 gm mentega- sederhana lembut
120 gm gula aising
500 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh air sejuk

Bahan inti keju:

500 gm krim keju
50 gm mentega
120 gm gula halus
2 biji telur

Hiasan:
jem bluberi secukupnya

Cara membuatnya:

1. Untuk pastri; campur tepung dan gula aising di dalam mangkuk. Campurkan mentega dan gaul ramas hingga menjadi 'crumb' kasar.

2. Masukkan esen vanilla, kuning telur dan air sejuk. Uli hingga menjadi doh lembut. Rehatkan selama 15 minit.

3. Canai dan terap ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega dan bakar daam ketuhar bersuhu 180 darjah Celsius selama 10- 20 minit atau setengah masak. (K.An bakar hingga masak sebab suka rasanya yang lebih rangup.)

4. Bila siap, keluarkan daripada acuan dan sejukkan seketika.



Untuk membuat intinya:

1. Pukul krim keju (K.An guna Philadelphia cream cheese), mentega dan gula hingga kembang dan lembut. (high speed)

2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati (kelajuan sederhana)

3. Masukkan ke dalam 'piping bag' dan paipkan ke dalam pastri yang telah dimasak tadi. Paipkan jem bluberi di atas adunan keju.

4. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celsius. (tak perlu guna kaedah 'Bain marie')


**** masing-masing nak jem banyak dan tulis nama sendiri..... yang ni sebelum dibakar
***** K.An senagaja buat pastrinya tebal sedikit supaya sesuai dengan inti keju yang diisi. almaklum kalau banyak sangat keju, nanti rasa muak pulak.

*** tat keju ni sungguh sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais.

5 comments:

MamaFaMi said...

Sedapnya!!!

kak ina kl said...

salam ..memang favourite anak-anak..tapi malas nak buat sorang-sorang..

Raihan Shaari said...

Salam mama: kalau dekat ngan rumah mama... takyah buat sendiri, order je 10 ketul kt dapur mama..hihihik...

Kak ina.. An pun malas juga, tapi tengok si Hana tu rajiiin masak hari-hari, An ambik sikit semangat dia tu.. baru jadi..

mySal Bakery said...

Assalam.....terima kasih krn mencuba resepi sy, sy rasa bangga krn puan telah berjaya mencuba.h

Raihan Shaari said...

Waalaikumsalam Puan Sal... saya kagum sungguh dengan resepi2 puan.. semuanya nampak sedap. Banyak kali dah belek, baru sempat buat tart ni dan roti Arab.. semua tart yang puan buat memang cantik sangat. Ada peluang nak jumpa puan sendiri.. Terima kasih banyak sudi kongsi resepi hebat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin