Saturday, July 24, 2010

Nasi Dagang Terengganu dan Gulai Ikan Tongkol

Masuk yang ini dah 3 kali K.An buat nasi Dagang Terengganu berlaukkan Gulai Ikan Tongkol resepi yang disalin daripada rumah Mat Gebu beberapa bulan lepas.

Sebelum ni tak masukkan dalam periuktanah sebab tak berapa cukup bahannnya. tapi kali ni, semua bahan lengkap tapi rasanya tak banyak lari daripada yang K.An masak sebelum ni. Memang puas hati sebab dapat rasa keasliannya.
Dulu-dulu ada kawan K.An orang Terengganu yang bekalkan rempah siap, tapi sejak pindah ke sini, terpaksalah buat ramuan sendiri. Dengan resepi ni, tak kempunan le K.An nak makan nasi Dagang asli ni..
Terima kasih banyak Mat sebab tolong sebarkan resepi sebab kalau Mat yang masak, insyaAllah boeh sangaaat dipercayai...

Bahan-bahan Nasi Dagang:

K.An yang dah 'buyong' ni masak yang simple je, tak pakai pengukus sebab nak cepat... Nak versi kukus, cari kat Dapur Mat ye..

2 cawan beras super 5%- basuh dan toskan
1/2 cawan beras pulut- basuh dan toskan
4 cawan santan cair- ikut citarasa.. kalau nak pekat sikit pun tak apa. K.An jaga kesihatan..heheheh
3 ulas bawang merah dihiris
1/2 inci halia dihiris
1/2 sudu teh halba biji
garam secukup rasa

Cara memasaknya: Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi. Masak seperti biasa.


Gulai Ikan Tongkol: sumber Mat Gebu

K.An dah kurangkan sikit ikannya sebab yang ini pun dah banyak. Mat kata dia dapat tips memasak gulai ni daripada Kak Maz.., bolehle jenguk dapur Kak Maz sekali ye..

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk. K.An rebus dalam periuk tekanan selama 1/2 jam hingga tulang ikan pun lembut. Jika guna periuk biasa biarkan rebusan mendidih selama 1 jam

Bahan lain:

700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan gula
2 sudu besar cili kisar - K.An letak 5 sudu besar sebab suka lebih pedas

Bahan dikisar halus:

8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar- ganti dengan serbuk pun ok jugak rasanya
1 st jintan putih
2 biji buah keras

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan gula. Masak Gulai hingga kuah pekat.

Matikan api dan sedia dihidang bersama nasi dagang dan acar mentah/ jelatah.

*** gulai Ikan tongkol lebih sedap setelah dipanaskan berulangkali seperti kuah laksa utara.


8 comments:

Sueozana said...

Salam Kak An..
Sedapnyer nasi dagang terengganu n ikan tongkol ni, ni kak sue nak try laa, selalu dok merasa nasi dagang kelantan ajer.. Rasa2nyer lbih kurang sama kan? Cuma berasnyer jer yg berlainan sket..

openid said...

Salam Kak An,
Sedapnye nasi dagang... kena pulak dengan ikan tongkol tu. Mengancam ni..
Ijan

cikmanggis said...

sedapnya An!!! akak beli kat Food court P 9 tu nasi dagang trengganu sedap tapi mak ai mahal betul:(..lauknya ciput je:(

eliyaezlinalias said...

sedap nyer...bulan puasa nnt nk cuba la...

indahhouse said...

Salam kak raihan,
Rajinnya kak. Dah dekat due date kan? Moga segalanya dipermudahkan Allah.
Dah lama tak makan nasi dagang. Windu pulak. hihi

Mazlan said...

Salam Kak An;

Gulai Ikan tongkol tu kalau tak letak gula melaka boleh kan....

naz said...

wow!!!saya 1st time buat guna resepi ni org puji...!!!best!!thanks!!!

MAK TEH said...

salam cik an, kalau yg betul2 asli kan cik An,gulainya tak ditumis, tapi dimasak santannya sampai naik minyak muda( org tua2 kata minyak muda tu-keluar minyak--tapi bukan pecah minyak)cuba la cara ni pula,rasanya lebih sedap--tapi memasak gulai tu aduhai, teramat la lama....nak wat camna, sbb itu caranya.maaf mak teh mencelah ya.salam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin