Monday, July 5, 2010

Pengat Biji Nangka

Assalamualaikum wrt semua...

Entah kenapa, hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas.... rasa baru je bangun tidur, tau-tau dah tengahari.... siap masak, makan.... tau-tau dah lewat petang.

Rasa macam baru je pergi buat pemeriksaan bulanan pertama untuk 'baby' dalam perut ni, tup-tup... dah masuk 8 bulan kandungan ni... tak lama lagi bertambah le ahli rumah ni.... memang cepat masa berlalu.
Sebelum terlewat, jom kita semak resepi hari ni..

Pengat Biji Nangka ni sedap juga dibuat juadah berbuka puasa. Mau 2, 3 mangkuk habis kalau dah jatuh cinta dengan rasanya. Di rumah ni, semua anak-anak K.An suka... buat tak rugi sebab habis licin tak berbaki. Kalau di Pantai Timur orang panggil Kuih Butir Nangka. K.An panggil pengat Biji nangka dan K.An tambah dengan isi nangka agar rasanya lebih enak dan berlainan daripada pengat yang lain.

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras -k.An letak agar kuih tidak terlalu kembang, tak letak pun tak apa
3/4 cawan air suam dicampur sedikit pewarna hijau
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur cair
4-5 biji nangka- dibuang biji dan gunting kecil-kecil
1 helai daun pandan- carik dan simpul

Untuk kuah:

2-3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan pati santan


Cara membuatnya:

1 Masukkan tepung pulut, tepung beras, garam dan air kapur ke dalam mangkuk. Campurkan air beserta pewarna hijau sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.

2. Ambil sedikit tepung, dan bentukkan menjadi bulat bujur seperti di dalam gambar. Susun di atas pinggan/ talam yang ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis.

3. Didihkan 2-3 cawan air bersama daun pandan. Masukkan kuih yang siap tadi dan masak hingga timbul seperti memasak buah melaka.

4. Apabila masak kesemuanya, masukkan gula, nangka dan pati santan. Perlahankan api. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga pengat mendidih sekali lagi. Matika n api dan sejukkan sebelum dihidang.
****K.An suka makan sebarang pengat atau bubur beberapa jam selepas dimasak kerana ketika ini, rasa kuah telah sebati dengan kuih dan pengat menjadi lebih pekat.

3 comments:

Acik Erna said...

salam kenal dari akak..terima kasih..akak kalau bulan puasa..selalu beli pengat ni..tapi tak pernah pulak buat sendiri..lepas ni bolih la cuba sendiri ni..

Mas said...

sedapnya pengat biji nangka, mas tak tahan tengok nangka tu, sedapnya...nangka tu peberet mas tau...masa mas mengandung dulu suka sangat makan nangka...melekat sampai sekarang..

Raihan Shaari said...

salam kak erna... betul tu kak, kalau beli satu bekas, tak cukup dah tak boleh ulang... haaa... buat sendiri, puas sikit nak makan..

salam mas: kak An ngan anak2 suka sangat nangka.. makan gitu je pun boleh, buat cekodok campur pisang pun sedap. Satu lagi buat murtabak nangka... fuiih... mmg sedap.. dah ada resepi kt periuktanah ni. boleh le mas cuba.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin