Monday, May 24, 2010

Kuih Lapis- Resepi II

Assalamualaikum semua... Salam penuh ceria untuk kawan-kawan blogger tak kira di mana berada dan juga salam penuh bahagia kepada 'follower rasmi dan tak rasmi.... Ina, Ana, siti, Nur, Asha, Ijan(Finland), Hana(Jepun), Abbot (sihat ke pagi ni..?), Cik Mat (masak apa Mat..?) Mun, Kak Rose, Rose, mamahafiy, Mai, Kak Cm, Kak Salma, Pak Ngah, Maria (Brunei), Fida (Ireland) dan ramai lagi yang tak tersebut namanya di sini...

Jangan sedih-sedih, kalau sakit, selsema, batuk, cepat-cepatle makan ubat.. jangan biar melarat.. Kalau takde selera nak makan nasi hari ni, jom kita makan kuih lapis. Tengok warnanya pun dah membangkitkan rasa ceria....

K.An buat kuih lapis ni atas permintaan anak kecik K.An Maryam yang ternampak gambar kuih Lapis kat Periuktanah masa dia tumpang 'Main mashak-mashak ngan Ummi'. Dia kata nak kuih 'pink' yang boleh wat camni-camni... (sambil tangan comelnya buat aksi makan kuih lapis -selak sekeping demi sekeping dan masyuk mulut)... kelakar pulak rupanya... selagi tak buat selagi tu dia tanya... dah 'syiap' ke Ummi kuih pink tu...? Kena buat jugak le...

Sebelum ni K.An dah kongsi resepi kuih lapis Melaka yang banyak menggunakan tepung beras, dan kali ni, K.An kongsi resepi saaaangat mudah yang diberi Mak Mertua K.An.. Hjh Zainab. Mak dapat resepi ni daripada seorang kawan di kampung masa buat 'pot-luck' kaum ibu-ibu...

Rasanya memang sedap. Teksturnya lebih kenyal dan lembut tetapi perlu disejukkan lebih lama sebelum dipotong.(berbanding resepi K.An sebelum ni). Kalau tak, lapisnya tertanggal pulak. Satu perkara lagi, bila lembut ni, kenalah makan habis sekali hidang jika tidak disimpan di dalam peti ais.... (kalau sedap, cepat je habisnya...hihihii...)

Panjang sangat dah cerita, jom kita tengok resepinya:

Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bulat berdiameter 7 inci)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) - K.An guna pati santan yang dibeli dipasar RM 1 sebungkus tu. campur air menjadi 5 cawan... sedang elok lemaknya
sedikit pewarna merah dan esen ros/ pisang( setitik, dua je)
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus.
2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.

3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.

4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.

5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berwarna merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya menyerlah.

6.Setelah siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan. Kalau nak cepat, rendamkan loyang dalam dulang berisi air ais dan bila loyang sejuk , barulah dimasukkan ke dalam peti ais.

Potong dan hidangkan.


"Kami suuuuka kuih 'pink' dan semuanya yang berwarna 'pink'..."... Yang ini ummi buat, jemput makan...

9 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

cantik kuih lapis akak, geram tengok anak akak makan kuih tu, seronoknya dia...

MAS ( DUNIAKU ) said...

wah kak, cantik la, kuih lapis akak, geram tengok anak akak makan, comei....

izahdaut said...

assalamualaikum k.an..comelnya budak bedua tu..mcm kembar...agak senang nk buat lapis ni..mcm nk try je.amik resep dulu..

faradilla said...

Assalamualaikum Kak An.....

Rindu lama tak jumpa Kak An... jadi hari-hari ler saya jenguk blog akak ni tengok resepi.... Bila dah tengok resepi lapo pulak jadinya....

Saya tak penah try lagi pun... tapi dah print byk resepi ni nak bawa balik kg utk try kat kg... bleh mak ayah rasa....bukan tujuan utk kembang kuncup idung tapi kalu kat sini takde tukang makannyer tambah2 kuih2 tradisional ni budak2 sekarang ni payah nak makan... tak macam saya kecik2 dulu semua jenis kuih asal ada je belasahhhhhh....hehehe

Kalu ada resepi yg mudah dan sedap kak an kongsi lagi tau.... thank you. luv u...

Raihan Shaari said...

Mas: resepi senang, mak mertua promote... cubalah buat, insyaAllah menjadi...

anak-anak tu, penyeri majlis je..heheheh...separuh loyang, budak2 tu je pulun..

Izah: buat je Izzah.. yang ni resepi paling senang.. resepi yang sblm ni fav. K.An. boleh cuba mana2 pun.. rasanya, dua-dua sedap.

Raihan Shaari said...

Fara:
Waalaikum salam.. K.An pun rindukan student K.An dulu-dulu. Akhir tahun lepas, jumpa Tini masa sekolah lama K.An buat bowling tourn... tupun tak puas sembang. Kalau jadi reunion yg Zaki kata tu, K.An nak join juga kalau blm bersalin..

Copy je resepi2 tu Fara... free je. Puas hati bila ramai yang dah cuba resepi K.An kat sini. Sebenarnya semuanya mudah. Cuma kalau kali pertama cuba je yang rasa susah sikit..
Nanti bila Fara dah buat, cerita kat sini ye... bye..

Musliyana said...

Salam Kak An

Saya minta izin ambil resepi yer..senang nak buat tgok bahan2 dia..

uNa said...

salam kak an..una nak try resepi ni..doakan m'jadi tau..hehe..

sha yusoff said...

Nk cuba ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin