Friday, May 21, 2010

Kek Coklat Kukus Untuk Hari Guru

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Rejab... pastu Sya'aban, pastu, Ramadhan.... Haa.. kepada sesiapa yang nak menambah pendapatan tu, boleh le jual kek coklat kukus ni di musim perayaan nanti.
Tahun ni nampaknya, K.An tutup kedai le jawabnya sebab insyaAllah bersalin awal Ramadhan nanti. Tak dapat buat sendiri, bagi peluang kat orang lain pun dapat pahala jugak kan..

Hujung minggu baru ni, K.An sibuk buat kek Coklat kukus ni untuk dijadikan buah tangan sempena Hari Guru anak-anak di sekolah. Resepinya mudah dan boleh di sesuaikan rasanya jika ingin kurang manis atau ingin yang lembab atau agak gebu....
Resepi ni memang digunakan seantero Malaysia dan tak tahulah siapa yang jadi pereka pertamanya... dah banyak tempat K.An tengok resepi ni,(blog masak ataupun majalah) tapi yang ini K.An salin daripada SajiOnline... terima kasih banyakle kepada pencipta asal resepi ni..banyak pahala beliau.... memang sedap

Bahan-bahan: (boleh buat 2 loyang bulat macam K.An punya tu, ataupun loyang 4 persegi 7 X 7 inci)

A)
1 cawan serbuk koko
1 cawan margerin cair ( K.An guna 3/4 cawan minyak masak dan tambah margerin hingga penuh cawan)
1 cawan susu cair
1 cawan gula

**** masukkan bahan di atas di dalam periuk. Masak di atas api perlahan sambil dikacau hingga gula hancur dan bahan sebati. Ketepikan seketika hingga adunan agak suam.

B) 1/2 cawan susu pekat
4 biji telur B/ 3 biji telur A- dipukul guna 'whisk' hingga kembang sedikit

C) 1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

ayak bersama bahan C

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus. Gunakan api kuat.
2. Masukkan susu pekat ke dalam adunan A. Kacau sebati. Masukkan telur. Kacau lagi menggunakan 'whisk' agar mudah sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Pastika sebati dan tidak berketul-ketul.

4. Bahagikan kepada 2 acuan dan tuangkan adunan kek. Kukus selama 20-30 minit. Kalau guna acuan berlubang macam K.An tu, K.An kukus 20 minit je dah masak.

5. Angkat daripada kukusan dan kukus sebahagian lagi adunan.

***panduan: lebih besar dan dalam bekas yang digunakan lebih masa mengukus diperlukan. Contohnya jika adunan penuh dikukus sekaligus, masa yang diperlukan adalah 45 minit ke 1 jam agar kek betul-betul masak.

*** jika menggunakan bekas kecil atau cawan kertas yang diisi di dalam acuan apam, masa mengukus hanyalah selama 5- 10 minit.


Hari Ahad, K.An buat dalam bekas kecil untuk dijadikan buahtangan untuk guru-guru sekolah. Satu adunan penuh di atas menghasilkan 25 bekas dadih kecil.
Kalau isi dalam mangkuk kertas kecil macam ni, boleh dapat dalam 100 biji.. sesuai untuk majlis harijadi atau buahtangan kenduri kahwin...
Yang ini Abang Azam bawak pergi 'opis' baru bagi kawan-kawan dia rasa... semua suka sebab tak manis sangat.. sedang gitu je rasanya...


Selamat mencuba...

9 comments:

indahhouse said...

salam kak raihan,
bagus betul idea tu kak. bole buat gift. dapat 25 cup? memang berbaloi kak...

Raihan Shaari said...

salam nur...
ha aa.. nur. Tahun yang lepas-lepas, K.An pack buah atau mafin untuk hadiah Hari Guru... Kali ni buat kek coklat ni... ramai kawan2 anak yang teringin juga.. hihih... lain kali boleh tempah kat Makcik An ye...

cik dah ganu kiter said...

alamak sedap la plk nmpk kek tu...tp x wape nak reti nak buat...

Raihan Shaari said...

salam idah, kalau ada bahn, tengok resepi tu, insyaAllah menjadi... senang je tu Idah. Cuba separuh adunan dulu. Dah jadi elok, baru le buat banyak...

fiza said...

assalamualaikum..kalau yg dlm bekas dadih tu akak jual berapa ringgit ek?

imah said...

Assalamualaikum Kak An,
Mcm mana nk buat hiasan yg macam dlm bekas plastik tu? Cantik...!

habsahharun said...

salam kak. saya dah ter'copy' resepi ye. thanks :)

maebnaa said...

bru abey bwat je kak...sodap gila..........tq for da recepi.........

maebnaa said...

bru abeh bwat jew nie.........gila sodap..............tq kak forda recepi...........;p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin