Thursday, May 27, 2010

Karipap Pusing

Assalamualaikum.... Hari ni kita layan tengok gambar ye... Kalau tak, nanti tak faham pulak.

Karipap pusing ni, K.An belajar cara membuatnya daripada Kakak sulung Kak An (pakar buat kuih juga ni... suami dia, Abg Mie, pakar masak lauk-pauk). Dah lama juga sesi pembelajaran tu (lebih 5 tahun lepas) dan beberapa kali buat ikut resepi yang dia ajar.

Baru-baru ni terfikir nak cuba cari resepi lain yang mungkin ada kelainan dan boleh perbaiki resepi lama. Terjumpa di fotopages kak Rinn, nampak ok jugak... K.An juga ada tengok resepi di MyResipi dan kat dapur Hana bulan Mac lepas. Berdasarkan pengalaman yang lepas dan resepi-resepi tersebut, K.An menghasilkan resepi ni yang K.An rasa puas hati.... Tengoklah nanti kalau terjumpa yang lain, Kak An kongsi lagi kat periuktanah.

Bahan-bahan:

Doh A:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin
1 sudu teh garam
1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais

Doh B:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin

Cara membuatnya:

1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk. Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.

2. Bahagikan kepada 4/6/ 8 bahagian. K.An buat waktu malam dan dah mengantuk, jadi K.An bahagikan 4 je... (jumlah pembahagian ini menentukan saiz karipap tau... K.An punya karipap saiz harga 50 sen.

3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan. Uli hingga jadi doh licin. Bahagika juga seperti Doh A (4/6/8 bahagian)
4. Rujuk gambar. Canai doh A dan isikan dengan bebola doh B. Bulatkan. Buat hingga habis.
5. Canai satu bebola doh yang telah diisi doh B anggaran 1 1/2 sm tebal. Gulung kemas. Canai sekali lagi. (doh akan jadi panjang)
6. Gulung sekali lagi. ke arah bujur agar gulungan jadi pendek. Potong guna pisau seeloknya yang bermata gergaji setebal 1 sm.

7. Canaikan dan terbalikkan. ( supaya corak yang terbentuk seperti diingini) Isikan inti secukupnya. (boleh semak resepi inti di post karipap keledek ye)
8. Kelim karipap seperti biasa. Doh sebanyak ni menghasilkan lebih kurang 30-35 ketul karipap. Malam tu sempat goreng 10 biji sebab anak-anak nak 'supper'. Yang lain K.An bekukan untuk sarapan esok pagi dan bekalan anak-anak ke sekolah juga suami ke pejabat.
*** Jika ingin simpan beku karipap, alas bekas dengan plastik dan setiap lapisan karipap. Goreng dengan minyak yang telah dipanaskan ketika karipap masih beku. Perlahankan api atau gunakan api sederhana agar karipap cantik ketika digoreng.

**** Gambar tu, warnanya agak tidak sekata sebab goreng waktu subuh untuk sarapan dan bekal anak juga suami. Nak cepat masak, guna api yang agak besar... petang tu, K.an goreng guna api perlahan, cantik je 'kaler' dia...

**** K.An suka resepi ni sebab lapisan tidak berderai ketika digoreng dan kekal rangup selepas 8 jam..

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

duhaiiii... bilalah nak dtg rajin buat karipap pusing ni, yg tak pusing pun bercinta nak buat... yummy btul nmpk karipap tu kak raihan..

MamaFaMi said...

Mama ni kan, suka sangat makan karipap. Kalau gi kat stall mana pun, karipap tetap menjadi pojaan hatiku... cuma nak bikin sendiri tu ada bercinta sikit. Tapi rasanya macam nak buat jugalah, biar puas sikit dapat makan..

Raihan Shaari said...

sari Yusa: bangun pagi esok doa byk2 supaya didatangkan kerajinan tu...
K.An memang kena buat sendiri sbb kt umah ni semua 'hantu' karipap. Sekali buat paling kurang 30 ketul... baru puas makan..

Raihan Shaari said...

Mama:
Karipap ni kan ke kuih sepanjang zaman dan sepanjang musim. Sesuai dimakan tak kira masa dan tak kira majlis. Tapi dah siap pun senang nak dapat sekarang ni... Mama kan ke rajin buat kek?.... setakat beli karipap je takde hal mama... Yang An ni, bercinta nak buat kek.. kadang2 2, 3 kali butter keluar masuk peti, tak jadi juga keknye.. hehehh...

My Life My Journey.. said...

Salam An,
Lama tak tinggal jejak kat blog An.. An ni bagi apa aja bahan mesti jadi juadah istimewa, best la.. jeles kak fa..:)

Raihan Shaari said...

Salam Kak Fa... rindunya lama tak dengar berita... taknak kacau akak sebab tau sibuk..

Masak biasa2 je K.Fa... alhamdulillah rezeki Allah bagi. yang lain tak pandai, setakat masak hari-hari ni bolehla.
Suami An tanya, K.Fa dah cuba buat mihun goreng guna resepi periuktanah ke..?

Anonymous said...

Nak bagi jimat, doh a bancuh dgn air je. doh b bancuh dengan minyak kepala je. karipapnya kurang muak bila dimakan. Maklum la saya ni kalau masak mesti nak sehabis jimat tapi rasa nak sehabis sedap. Itu yang saya tekankan dalam blog saya. Resepi masakan komersial. kalau jual baru banyak untung

Raihan Shaari said...

Salam coodeang:

Sebelum ni K.An pun guna resepi yang tu- kakak yang ajar, tapi agak keras bila karipap sejuk.(anak2 dan suami kurang gemar) Tu sebabnya K.An dah ubahsuai sikit sebanyak. Yang ni anak-anak dan suami suka. Almaklum selain masak untuk dijual, selera keluarga diutamakan juga. Mereka ni juri no 1... hehehheh..

nisa said...

Salam perkenalan,
karipap pusing tu nmpk sgt sedap..sy nk try buat arr..

(^_^)

nisa said...

Salam perkenalan,
karipap pusing tu nmpk sgt sedap,
sy nk try buat arr.. (^_^)

nnti kalau jd cantek n sedap sy letak kt blog sy. jemput2 arr melawat blog sy:
dapur-nisa.blogspot.com

Chin Chie said...

adakah asal usul karipap pusing ? kalau ada bolehkah berikan tentang asal usul karipap pusing ??

kerana saya mahu buat kerja kursus PMR ><

thanks :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin