Friday, January 16, 2009

Mee Goreng Mamak

Kami sekeluarga jarang sangat pesan mee goreng di kedai kecuali mee goreng mamak. Sebabnya, jarang sekali dapat yang betul-betul puas di tekak dan puas di hati. Selalunya kalau nak makan mee goreng basah, K.An masak sendiri ( nanti K.An kongsi resepinya sebab dah masak hari tu, tapi habis licin sebelum sempat ambil gambar) dan kalau nak makan mee goreng mamak, barulah kami makan di ...kedai mamak.. memang lain rasanya. Lagipun itulah peluang nak rehat memasak dan makan di kedai.. ye tak? he..heh..

Yang ini rasanya macam mee goreng mamak tapi dimasak oleh ummi Raihan... Yang 'special'nya mee kuning ni dibuat sendiri oleh adik K.An (Raidah) hasil kursus membuat mee yang dihadirinya. Untuk mee kuning Ateh ni, K.An bagi 5 bintang..

Bahan-bahan: (hidangan 5 pinggan)

1 bungkus mee kuning- dicelur dengan air panas seketika,toskan)
2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
5 ekor udang harimau (kalau kat kedai tak ada udang)
1 biji telur
1 keping tauhu lembut dihancurkan
segenggam taugeh
2 tangkai sawi dipotong 1 inci

1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili kisar
sedikit kicap manis dan kicap masin ikut rasa
limau kasturi untuk diperah airnya di atas mee

bawang goreng untuk ditabur
*** jangan letak garam ketika menggoreng mee kerana mee dah masin dan kicap juga dah masin


Cara-cara:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. (Gunakan api besar untuk hasil yang memuaskan) Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan 1/4 cawan air. Masukkan sawi, kicap dan udang. Goreng seketika.
3.Masukkan tauhu yang dihancurkan, telur dan taugeh. Masukkan mee dan kacau cepat-cepat.
4. Tambah kicap manis jika perlu. Kacau rata dan tutup api. Hidang bersama bawang goreng dan limau kasturi.

4 comments:

Unknown said...

salam kak..
sy ni orang bujang (lelaki) tinggal sorang.mcm mn nak tahu sukatan nye kalo nk masak untuk seorang? sbb sy xreti nk bajet sukatan2 ni ^^
tq~

eiela said...

salam..
akak, saya nak tanya tauhu lembut tuh tauhu yg putih tu ke? yg sekali dgn taugeh tu, ke yg luarnya coklat tuh.

Raihan Shaari said...

salam azri... susah2 nak sukat, masak je untuk 5 orang, kalau rasa banyak, bagi jiran sebelah..pahala pun dapat..hihihi... tapinya ni simple matematik je, kalau dalam resepi untuk 5 pinggan, untuk satu pinggan, bahagi setiap bahan dengan 5...

Raihan Shaari said...

eiela... tauhu lembut tu, tauhu yang putih yang dijual sekali dengan tauge..dihancurkan sebelum dicampur denggan mee yang sedang digoreng. Boleh juga kalau nak letak tauhu kuning yang dah digoreng tu kalau suka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin