Memandangkan ramai yang bertanya, jadi, hari ni K.An tunjukkan rupa tepung pulut hitam yang digunakan untuk buat kuih koci tu.. Yang ini K.An beli di kedai runcit di pasar Presint 8 Putrajaya je. Siap dipeket 200gm. Boleh 4 kali buat kuih koci sebab guna sikit je dalam adunan. Tepung ni dari Melaka sebab kuih koci pun terkenal di Melaka kan... kalau di Perak, memang tak jumpa tepung ni. Nak cari kat mana tu, rasanya kenalah tanya tuan kedai. (runcit) Kadang-kadang, bila ada permintaan, barulah mereka ni ambik stok. Almaklum, benda macam ni tak berapa tahan lama. Beli, kena terus buat. Ataupun cuba tinjau di bahagian tepung di pasaraya besar... mungkin ada. Ok, kepada yang bertanya, selamat berjaya...
1 comment:
thanks kak An sudi share gambo dan info tepung pulut hitam tu.. zura ada jugak mencarik kt Giant and Carrefour tp x jmpa.. maybe kena try carik kt kedai2 runcit kt pasar.. harap2 ada.. thanks again kak..
Post a Comment