Tuesday, August 10, 2010

Sup Ikan Merah untuk sahur....

Dah fikir nak masak apa untuk sahur nanti..? Bagi K.An sekeluarga, kami tak begitu cerewet bab makan ni. Alhamdulillah selalunya baki lauk berbuka boleh dibawa untuk sahur. Kalau habis, cukup dengan sambal telur pun berselera makan untk alas perut berpuasa keesokannya.

Kebetulan K.An berpantang, sesuai untuk semua, sup ikan merah ni bukan sahaja mudah tapi cukup sejenis lauk ditambah sambal belacan dan nasi putih... dah siap hidangan.

Sebelum ni dah ada sup ikan Nyok-nyok, tapi resepi tu K.An gunakan sup bunjut ikan Adabi. memang mudah. Kali ni K.an maska gunakan rempah sup yang serbuk biasa je... (rempah sup serbuk adabi)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah +/- 300 gm- potong 3
1 sudu besar rempah sup Adabi-serbuk
1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 1 inci kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halis- dihiris halus
minyak untuk menumis
daun sup, bawang
1 sudu teh Asam Jawa Xtra Adabi
1 biji tomato dibelah 6_ ikut citarasa
3 biji cili padi diketuk- jika suka
1 batang seleri dihiris nipis
1/4 labu bawang besar holland dihiris kasar
air, garam secukupnya
Ikan segar hasil ekspedisi memancing (yang ini dapat dengan rawai)

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan.

2. masukkan 2 cawan air dan rempah sup. masukkan cili padi, asam jawa, seleri, bawang besar, tomato dan biarkan mendidih selam 5 minit supaya rempah masak.

2. Masukkan ikan dan garam. Tutup periuk dan didihkan lagi 5 minit. Rasa garamnya dan taburkan daunsup dan bawang yang dihiris halus.. jika sudah cukup rasanya bolehlah dimatikan api dan dihidang.

*** tambah air jika ingin kuah yang lebih banyak. Sup akan terasa manisnya selepas lebih kurang 10 minit api dimatikan.. tak tau kenapa, mungkin masa ni air daripada ikan dah sebati dengan kuah. (K.An tak pernah letak gula dalam sup sebab K.an suka rasa manis semulajadi daripada ikan, sayur daging atau tulang)

3 comments:

Anonymous said...

Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa buat Kak An sekeluarga dari kami di sini.. sahur kami nak makan piza aje.hehe :)
Ijan

fuzidss said...

Salam Moga Ramadhan tahun ini mencipta sejarah hidup kita kearah kecermerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat..InsyaAllah

MyStory said...

Salam Kak An...saya baru aje terjumpa blog akak ni semasa cari kuih favourite saya di bulan Ramadhan iaitu kuih qasidah..kawan-kawan di ofis ni tak pernah dengar atau tengok rupa kuih ni. Jadi sedang saya search terjumpa blog Kak An ni...seronok sungguh membaca dan yang paling penting resepi-resepi Kak An memang membuka selera.rasa mcm tak sabar nak cuba!

Salam Ramadhan dan salam perkenalan dari saya Annis Shazlin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin