Friday, August 13, 2010

Batil / Talam Pisang Kukus

Selamat Berpuasa semua... dah masuk hari ke-3 berpuasa, tentu dah tak terasa kepenatan lagi... Alhamdulillah, hari ni di Putrajaya, hujan turun dengan lebatnya di tengahari Jumaat menyejukkan suasana. Segar rasanya..

K.An tak nak cerita panjang sebab, tak sempat pulak nanti nak taip resepi... singkatnya masa, tapi kalau ada resepi mudah tu, rajin-rajinkan diri ke dapur. Lebih seronok rasanya berbuka puasa dengan air tangan sendiri.

Hari ni K.An sajikan kuih mudah warisan mak K.An.. kuih orang banjar tapi tak pasti Banjar di tempat lain. Kuih ni mudah sebab tak perlu daun pisang untuk membalut, tak perlu banyak bahan... yang wajib ada cuma pengukus...
Bahan-bahan:

10 biji pisang masak- K.An gunakan pisang awak (lebih kurang 300 gm)
1 cawan tepung beras
3-5 sudu besar gula pasir (ikut jenis pisang)
1 sudu teh garam
2 cawan santan pekat- K.An gunakan 200ml santan kotak dicampurkan air menjadi 2 cawan.

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang berdiameter 7 inci.
2. Lecek pisang hingga hancur. Gaulkan bersama tepung, santan, gula dan garam. Masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
3. Kukus selama 20 minit atau hingga kuih masak. Sejukkan selama 5 jam sebelum dipotong.

*** Seeloknya masak di waktu malam dan boleh dihidang diwaktu pagi. Kalau nak sedia untuk hidangan berbuka, masak waktu malam, waktu sahur simpan di dalam peti sejuk. Bila nak berbuka nanti bolehlah dihidang.
Yang kat bawah ni saudara mara kuih ni jugak. Dah pernah siarkan resepi sebelum ni... Namanya Batil juga tapi Batil Berkepala, maksudnya ada lapisan gula merah atasnya tu.. Nak resepi klik kat sini ye..

2 comments:

mayasara said...

Salam Kulaan,

hehehe..saya Dila..ex-Peers Uitm Shah Alam..maybe k.an xingat saya..tp masa saya join Peers semester ke 3,masa tu k.an la Penasihat@Penaung..hehehe..senior2 saya masa tu macam Abg Hizam,Kak Karmila,Abg Hafizi dll...
xsangka terjumpa k.an di blog ni masa saya search resepi bawal kukus..hehehe...
okla..anyway..Tahniah di atas kelahiran puteri ke 6..

indahhouse said...

Salam Ramadhan kak raihan,
Apa khabar kak, baby Munirah dan sekeluarga? Moga ceria selalu.
Sempena ramdhan, saya mohon maaf atas segala salah silap saya ya kak.
Talam pisang kukus tu buat saya terkenang mama saya.. huhu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin