Sejak akhir-akhir ni, ingatan K.An tak berapa sempurna sikit. Agaknya banyak terminum air atau gula bekas semut yang dok berkeliaran di serata rumah ni...
Masa dok edit gambar ni, di ingatan K.An kerabu ayam je... bila dah selesai, jenguk semula resepi asal,..... alamak!!! rupanya, namanya Salad Ayam Seleri.... ikutlah nak guna yang mana pun. Salad tu 'omputih' kata, kerabu tu, Orang Melayu kata....
Bahan senang, sajian sihat, cara membuat pun saaangat mudah... Apa lagi, cubalah resepi ni. Walaupun ringkas, tapi cukup membuka selera.
Resepi asal daripada sekumpulan Chef Hotel Allson Klana, Putra Nilai, Negeri Sembilan. Disiarkan dalam Majalah Rasa Oktober 2009 Edisi Rumah Terbuka Hari Raya... (ramai chefnya, tak tau siapa punya air tangan..
200 gm isi ayam- potong kecil dan rebus dalam sedikit air
**2 batang seleri
**2 helai daun limau purut
**1 labu bawang besar holland
**2 batang serai
**5 biji cili padi
semua bahan bertanda** dihiris halus
1 sudu makan pes tomyam- ikut citarasa
1/4 sudu teh lada sulah
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Toskan isi ayam dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan bahan lain yang telah dihiris dan tambahkan pes tomyam, lada sulah, garam dan gula.
2. Tambah sedikit air rebusan jika suka salad sedikit berkuah. Gaul rata dan sedia dihidang
*** baru-baru ni, K.An telah menjalani ujian kesihatan, dan telah dinasihatkan doktor agar kurangkan makanan berminyak walaupun mempunyai berat badan ideal... tapi nampak gayanya 'sinki' K.An pun dan macam sinki sumbat.... huhuk... terpaksalah kurangkan makan nasi lemak dan kuih-muih tradisi kegemaran K.An tu.... Kita makan salad ngan kerabu je ye..
*** baru-baru ni, K.An telah menjalani ujian kesihatan, dan telah dinasihatkan doktor agar kurangkan makanan berminyak walaupun mempunyai berat badan ideal... tapi nampak gayanya 'sinki' K.An pun dan macam sinki sumbat.... huhuk... terpaksalah kurangkan makan nasi lemak dan kuih-muih tradisi kegemaran K.An tu.... Kita makan salad ngan kerabu je ye..
4 comments:
salam k.an..sedapnya kerabu ayam ni..ada rasa tomyam gak kan..tu la risau gakkan..badan slim melim tapi bab kolestrol tak kirenyee..
Sedap nampaknya An. Hari tu dah cuba bihun goreng periuk tanah, sedaaap, lepas tu dok ulang buat guna resepi yg sama, TQ An..:)
P/S - tiap kali ke carboot market, byk sgt brg2 baby murah n cantik, ada tu belum d guna lagi, teringat sgt kat An, jika ada sesapa yg dekat2 dgn rmh An dtg sini bgtau yer, KFa boleh kirim brg baby unt An atau toys unt anak2 yg lain..:)
salam kak raihan,
bestnya... mesti rasa ala thailand. ;)
izahdaut:... betul izah.. masa tengok resepi ni macam biasa je, tapi bila dah rasa, tak sangka lebih sedap daripada rupa...
Kak Fa: alhamdulillah... cik abang An pun dah kenal kak Fa tru alam siber ni.. terharu plak bila ada juga orang yang ingatkan kita.. insyaAllah kalau ada rezeki, nanti An bagi tau ye...
Nur: bila dah campur seleri tu, rasa thai tu ada la sikit-sikit, tapi tak ketara sangat pun.. tapi sedaaap..
Post a Comment