Thursday, June 24, 2010

Ketupat Pulut Jagung Manis

Jangan marrrrah ya.... hari ni punya menu pun mengimbau gema takbir raya ye.... macam terdengar-dengar pulak masa menjamah ketupat pulut jagung manis dengan kari ayam.. macam yang K.an kata sebelum ni, sementara boleh makan ni, K.An dah mengatur macam-macam menu yang kena 'pantang' masa lepas bersalin nanti.. terutamanya juadah Raya... huhuk.. tak le nanti rasa kempunan tak dapat menjamahnya..

Kebetulan minggu lepas ada tempahan pulut kuning dengan Kari ayam dan kek pisang daripada teman pejabat Abang Azam. Cikgu Azhari siap bagi beras pulut sekali... melihatkan banyaknya beras tu, K.An saja ketepikan sikit untuk buat ketupat pulut jagung manis ni supaya ada kepelbagaian... Alhamdulillah, kata Abang Azam, awal-awal lagi ketupat ni licin sebab jarang jumpa kat tempat lain kan... tak rugi buat..

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut
3 cawan santan sederhana pekat daripada 1 biji kelapa- pastikan kelapa yang dimesin putih sahaja supaya rupa pulut tidak lebam. Kalau beli santan pekat dah siap tu, jangan masukkan hampasnya..
sedikit garam
1/2 cawan jagung manis- yang dipeket atau jagung segar dihiris. (boleh tambah kalau suka lagi banyak jagung

*** sedikit gula jika nak rasa macam ketupat manis pantai timur- K.An tak letak sebab dah ada rasa jagung manis.

5-8 helai daun pisang berukuran 7 X 8 inci- dilayur terlebih dahulu
*** boleh guna daun palas jika ada

tali rafia untuk mengikat

Cara membuatnya:

*** Boleh Rujuk juga di 'Entry' Pulut Pasong

1. Masukkan pulut, santan, garam dan jagung ke dalam periuk nasi. Masak seperti biasa hingga masak. Biar suam-suam sedikit sebelum dibalut.

2. Sediakan daun pisang. Sendukkan pulut ke atas daun pisang. Padatkan seperti membuat lopes. Bentukkan silinder dan gulung kemas.

3. Ikat bahagian tengah. matikan ikatan dan potong tali. Padatkan di kedua hujung daun pisang. Ikat kemas setiap satu. Buat hingga habis pulut.

4. Panaskan kukusan. Susun ketupat di dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit. Matikan api dan angkat ketupat. Sejukkan sebelum dipotong.
Dah siap potong, bolehlah dihidang bersama kari ayam, rendang daging atau ayam, serunding dan daging dendeng....

Jemput semua..

2 comments:

indahhouse said...

Salam kak raihan,
wah! sukanya! my MIL slalu cakap ketupat pulut jagung ni sedap. saya blom try lagi. salin resipi ni. hihihi. terima kasih kak.
Makanlah kak, selagi bole. :D

Raihan Shaari said...

salam nur... betul kata your MIL tu...ketupat pulut jagung ni boleh dimakan begitu saje.... takyah cicah apapun boleh...lemak manis.ada umph..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin