Assalamualaikum semua..
Berlalu sudah 10 hari dengan pantas sekali... Pelbagai peristiwa yang berlaku dan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga.. Ambik Kad Laporan Prestasi anak-anak, Maklong dimasukkan ke ICU (alhamdulillah dah kembali sihat), Hi-Tea bersama keluarga di Shah Alam, menghadiri kenduri kahwin dan kesyukuran dan balik kampung selama 5 hari.
Hampir 7 hari tak menjenguk komputer dek kerana liputan terhad di kampung dan aktiviti padat. Malam ni, diluangkan juga masa mengemaskini apa-apa yang patut..
Memang sedap, tak muak tapi rasa lemak manis jagung gitu.... Silalah cuba..
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-8 orang)
2 1/2 cawan beras Basmathi
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar tomato puri
1/4 sudu teh lada sulah
1 labu bawang besar didadu
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Buang cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis serba sedikit
5 biji buah pelaga
1/2 sm halia dihiris halus
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 cawan jagung manis- K.An guna yang dijual beku sedia untuk dikukus tu..
2 sudu besar margerin untuk menumis
1 sudu teh garam
3 cawan air rebusan ayam- K.An rebus beberapa ketul ayam bahagian bertulang dan ambil sebahagian airnya. Isinya K.An gunakan untuk buat dalca ayam
Cara memasaknya:
1. Basuh beras dan toskan. Letakkan periuk nasi di atas dapur gas. Hidupkan api dan masukkan margerin.
2. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan rempah ratus hingga wangi. Masukkan beras dan goreng sebentar.
3. Masukkan tomato puri susu cair, garam, jagung dan air rebusan ayam. Matikan api dan letakkan periuk nasi pada punca elektrik.
4. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi mendidih, kacau rata dan tutup periuk semula. Biarkan hingga masak. Apabila nasi masak, gaul dengan senduk agar nasi peroi. Sedia dinikmati bersama lauk-pauk lain.
4 comments:
SALAM..
ALAMAK SEDAPNYER NASI JAGUNG TU..X PERNAH MAKAN LAGI NASI JAGUNG NI..KLAU X PAKAI BERAS BASMATHI BOLEH X?
Boleh juga kalau guna beras biasa idah... tapi, bila guna beras Basmathi, baunya lebih wangi dan nasinya berderai elok.. K.An beli yang Basmathi Kashmir Faiza je.. takyah beli yang mahal2..
Jatuh cinta dgn namanya,mcm nasi CT Nurhaliza pulak yer..
Mula merasai keheningan Aidilfitri yg tidaklah semeriah mana buat kami di sini, cuti la sehari dua kemudian sibuk membuka buku semula..
Kerinduan terhadap ibuayah mula terasa, baju raya akan tiba minggu depan, namun tidaklah seseronok memakainya seperti berada d tanah ir tercinta..
An doakan KFa selamat tiba d penghujung perjuangan ini dengan selamat yer, moga An selamat melahirkan, ameen..
Assalamualaikum K.Fa... kali ni sungguh terasa kehadiran Ramadhan sebab berdebar menanti kelahiran ke-6..
Terasa cepat sungguh masa berlalu.. Kali ni kami anak beranak beli baju dah siap je la Kak Fa.. tak sempat nak menempah. Di mana pun kita berada, Ramadhyan dan Syawal tetap disambut dengan penuh kesyukuran..
An doakan Kak Fa selesai pengajian dengan cemerlang.. I know you can do it better than others...
Post a Comment