Wednesday, February 24, 2010

Jeruk Buah Cermai

Mai-mai...... sapa nak makan jeruk cermai, datang sini cepat. Ada semangkuk lagi tinggal kat dalam peti ais K.An tu... Nak dua, tiga mangkuk, kena tunggu K.An balik kampung lain kali pulak sebab buah cermai ni diangkut khas dari rumah mak K.An kat kampung kat Perak sana tu...

Masa dok meninjau keliling kampung hari tu, ternampak le buah cermai yang lebat yang dok memanggil-manggil.... petikla aku... sedap buat jeruk ni...
Pagi terakhir di kampung, ajak Asma' tolong K.An mengait buah-buah cermai tu dari pokoknya. Boleh tahan gak hasil kami, tapi K.An tinggal sikit untuk adik-adik yang lain kot teringin nak buat jeruk jugak...
Walaupun kali ni buahnya tak semuanya cun, tak kisahlah kan... asal boleh buat jeruk.
Caranya senang je:

Bahan-bahan:

500 gm buah cermai segar
1 sudu teh garam (k.An guna yang tak berapa halus)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air

***2 sudu besar gula pasir untuk ditabur atas jeruk.

Cara membuatnya:

1. Cuci bersih buah cermai dan toskan. Masukkan ke dalam bekas boleh ditutup dan taburkan garam. Tutup bekas dan goncang agar garam rata. Boleh juga digaul dengan senduk atau sudu.

2. Perap selama 12 jam.

3.Selepas 12 jam, cuci buah cermai dengan air bersih dan toskan. Masak gula pasir dengan air hingga gula hancur dan mendidih. Tutup api dan sejukkan.

4. Masukkan buah cermai ke dalam balang dan tuangkan air gula yang telah sejuk tadi ke atasnya. Taburkan 2 sudu besar gula pasir ke atas jeruk. Tutup bekas dan biar di tempat bersuhu sderhana selama 1 hari.

5. Selepas satu hari, gaul lagi jeruk dan jika sudah sebati dan manis rasanya, bolehlah dimakan.

Apabila buah cermai, telah menjadi jeruk, bolehlah disimpan di dalam peti ais agar rasanya lebih enak kerana disejukkan.

*** teknik sama boleh digunakan untuk membuat jeruk mangga muda dan jeruk betik muda

3 comments:

pak long said...

salam...
lama tak makan jerok cermai....pokok depan umah dah mati...

Raihan Shaari said...

pak long: memang payah nak jumpa dah pokok cermai ni. Nak tanam pun kena cari anak dia macam pokok belimbing buluh. Silap2 nanti anak2 kita dah tak kenal rupa buah cermai ngan jeruk cermai kan..

Unknown said...

Rasa sedaaap jer kn

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin