Wednesday, August 10, 2011

Ais-Krim Goreng....mesti cuba..

Malam ni, lepas berbuka , solat Maghrib, solat isya' dan Tarawikh, Tadarrus Al-Quran.. lepas tu boleh sediakan ais-krim goreng ni untuk berbuka puasa esok.. Cuba, jangan tak cuba...

K.An terpandang cara membuatnya dari album seorang kawan di fb.. Suziyana Sulaiman... tak sabar-sabar K.An nak mencubanya. Pergi kedai, beli ais-krim dan roti dan buat senyap-senyap dengan anak-anak. Siap digoreng, ... tadddaaa.. suprised untuk Abang Azam... terkejut betul dia..hihihi... thanx Suziyana.. kata suzi dia dapat resepi daripada MyResipi, tapi K.An cari-cari, tak terjumpa.. nanti kalau jumpa, K.An add linknya kemudian.


Bahan-bahan: 

ais-krim apa-apa perisa- K.An beli ais krim neopolitan Nestle.. ada 3 pilihan ikut citarasa masing-masing
1 buku besar roti sandwic

Cara membuatnya: ikut seperti di dalam gambar
1. Ambil sekeping roti sandwic. Tekapkan bentuk bulat menggunakan gelas atau cawan plastik. Buat banyak-banyak.  (Kubit/kulit roti tu jangan dibuang, boleh buat puding roti nanti..)
2. Cedokkan ais-krim secukupnya. Letakkan kepingan roti kedua di atas ais-krim. Tekan keliling menggunakan dua jari agar bahagian tepi tidak terbuka. basahkan sedikit dengan air agar melekat elok.
3. Simpan dalam bekas bertutup. Bekukan 3-4 jam atau semalaman.

4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Keluarkan aiskrim daripada freezer. Goreng ketika minyak cukup panas selama 1-2 minit untuk setiap bahagian. Angkat dan makan segera... Rangup di luar, sejuk di dalam... yummmy....




8 comments:

M[i]$Z[a]C[k] said...

senang je rupenyeee ;)

Eliza said...

Salam Kak An..nampak sedaplah. minta izin nak cuba nnt yer dan saya copy paste resipi sekali. Tima kasih..

Arryana Nasution said...

ooo... snang jer upenyer..
hihi..tq 4 da recipe

Sheery Dream Cakes said...

tgk pun dah tau sedap... anak2 pasti sgt suka kat ais krim goreng nie.. biasanya mkn kat luar jer... buat sendiri lagi puas ati kan

resmipadi said...

Saya memang terkejut! Masa tengok K.An masak, siap tanya, "Yang beli ais krim goreng frozen kat mana?". "Ini buat sendirilah, bang..". Kalau kat kedai mamak, mahal tu...!

indahhouse said...

Salam kak raihan,
wah! nasib baik kak An ada ambik gambar stepnya. aritu dah jumpa, tapi lupa kat blog mana. ini kena bookmark dulu, nak cari eskrim. :D Thanks a lot kak... :))

Faradilla Rashid said...

Alahaiii senang jer rupanya...selama ni dok cari2 gak resepi nak buat untuk anak2 buah.... Thanks Kak An kerana sudi kongsi resepi ni kat sini... Sayang Kak An...

Husnahyuna said...

sedapnye..aiskrim goreng,

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin