Friday, March 18, 2011

Pinjam gambar, copy resepi dan ucapan penghargaan

Assalamualaikum wrt...

Entah kenapa rasa terkilan pulak pagi ni bila salah seorang follower Periuktanah mengkhabarkan satu berita yang tak ingin mana-mana 'blogger' dengar.... huhuhuk...

Bab 'copy' n 'paste' resepi... sebelum ni ramai rakan yang dah terkena dan nampaknya giliran K.An pulak. Terima kasih Anna sebab bagitau.. almaklum, K.An memang sibuk dan tak sempat nak jalan-jalan laman sesawang orang lain lama-lama... tambah pulak nak menyiasat kes curi-mencuri ni. (kepada tuan punya blog, sila ambil perhatian ye...)

Nak disingkatkan cerita, K.An jelaskan di sini, atas dasar moral dan pertimbangan hati mulia seorang insan.... Resepi di sini K.An kongsikan kerana ingin berbakti kepada masyarakat.. memberi sumbangan sekadar kemampuan dalam mengekalkan resepi masakan keluarga dan warisan. Semua pembaca SANGAT DIALUKAN mencubanya dan menyebarkan kepada orang lain. TETAPI janganlah lupa bila 'copy' (istilah salin tak berapa sesuai) letaklah RUJUKAN dan berilah penghargaan agar kita sama-sama mendapat manfaat. Tambahan pula kalau 'copy' gambar 100 peratus... KESIAAAAN SAYA.....

Hargailah penat lelah kami blogger yang belum ada copyright rasmi...

6 comments:

MaMaNiAzIm said...

kak byk2 la bersabar ye...

rossysweety said...

salam perkenalan...

ala kak...kesiannya..tp jgn pulak kak tak tayang makanan-makanan yang lazat hasil air tangan akak tu pas ni...saya ni as a silent reader , suka tgk hasil masakan akak tu...ada gak try tapi so far belum lagi tayang kat blog sendiri...

familisihat said...

semua tu K.An punye resepi eh? tak patut betul la gitu..saya pon nak maklumkan ada copy resepi dari K.An..tpi saya ada kreditkan nama K.An..gambar tetap saya punya wpun comot x menggiurkan mcm yg K.An masak ;)

Unknown said...

salam kak an...sy ni merupakan salah seorang peminat setia blog kak an... dan terima kasih sbb blog kak an byk membantu sy seb suri rumah.

pendapat saya mengenai kes copy n paste resipi dari blog kak an...

1. mungkin kite think positif...mungkin dia dah try resipi kak an dan menjadi. so dia ingin letakkan resipi yng sama tapi mungkin dia x pandai nak olah...so sbb tu dia copy and paste je tu.

2. Mungkin silap dia sbb die tak tulis :

source : dari periuk tanah...

xpe la ....kite anggap jee sebagai sedekah ilmu (ilmu yang bermanafaat)kat dia. Saya doakan semogo ALLAH terima sebagai sedekah ikhlas dari Kak an.

Klo cikgu disekolah kongsikan ilmu kepada anak-anak murid...kak an kongsikan ilmu masak-memasak kepada semua wanita di dunia

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

s

Nina Rizwina said...

sabar ye k.An...saya dh tgk blog org tu...saya lebih suke blog akak sbb lebih presentation..dan yg penting menyelerakan..hmm.apa2 pun..resepi k.an saya suka dan mudah..if saya try resepi akak, saya akan letak rujukan..:).."selamat memasak kak"...adus laparnye ..

yatie chomeyl said...

mungkin entry saya ini bleh membantu Kak An tentang copyright gmbr di blog dan juga entry kita di blog --> http://yatiechomeyl.blogspot.com/2010/06/bertindak-segera-bila-gambarentry-anda.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin